Wednesday 3 October 2012

Mencari Hidayah-Nya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^


Dataran Zaaba, Fakulti perakaunan dan perniagaan di Universiti Malaya. 10 pagi. 


Ary menghampiri seorang perempuan bertudung labuh dan berjubah hitam. Biarlah dia dikenali dengan nama Saleha. Dulunya, Saleha cuma seperti gadis biasa yang memakai t-shirt, jeans dan masih lagi tidak mengenakan tudung. Tapi sekarang, Saleha telah berubah. 


Ary menghampiri Saleha dan bertanyakan tentang perubahan dirinya. Terlebih dahulu ary meminta maaf pada Saleha andai kata pertanyaan ary sensitive dan mengguris hati Saleha. Saleha, kenapa dan macam mana kau berubah menjadi lebih baik? Dulu kau freehair tapi sekarang dah bertudung. Labuh pula tu. 



Bertanya bukan kerana tidak suka dan annoying dengan perubahan Saleha. Bertanya kerana ingin turut sama menjadi yang lebih baik. 


Entahlah. Semuanya secara tiba-tiba. Aku sendiri tak sedar bila aku berubah. Kata Saleha lagi, dulu dia adalah seorang yang sering mempertikaikan hukum Allah. Hingga lah suatu hari hatinya digerakkan untuk memakai tudung. Sedangkan waktu tu, dia tak ada pun niat nak berubah jadi baik. Katanya, semua ni ibarat takdir yang telah tertulis. 


Alhamdulillah.. Ary bersyukur apabila perubahan yang baik berlaku pada orang sekeliling ary. Sementara ary masih lagi mencari. Mencari dan terus mencari. Semoga Allah tunjukkan perkara yang benar pada ary tanpa perlu diberi kesusahan dan membuka aib diri ini. Amin..


Dari-MU ku temukan hidupku..
Bagiku.. KAU lah cinta sejati..

3 comments:

Noor Maizan said...

Mai pun berharap ingin jadi yg terbaik dikalangan yg terbaik...masih mncari...dan masih berusaha....perbaiki sikit2 mana yg mampu dulu. :')

Izwa Kamaruddin said...

Allahuakbar.....terharu..

Cikgu Ma said...

hidayah itu sangat misteri...

***adik akak fakulti apa ek?dia amik syariah ekonomi..dok kolej ungku aziz...leh la Ary cari... ^_^

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com