Wednesday 29 February 2012

Lesbianisme & Servix Cancer


Doktor, apakah hubungan sesama jenis akan turut menyebabkan Kanser Serviks?

Lesbianisme - hubungan sesama jenis yang dilarang dalam agama. Lesbianisme tidak akan menyebabkan berlaku nya kanser serviks. Namun begitu, apabila sexual desire itu ada, ia akan mempengaruhi sesama perempuan itu untuk melakukan hubungan seks songsang. 


Kemudian, berlaku adegan pegang-pegang di tempat-tempat yang tidak sepatutnya termasuk kawasan genital (kemaluan). Apabila tangan dah menyentuh kawasan tersebut, tangan yang tidak diyakini kebersihan itu akan membuat kawasan genital untuk terkena virus HPV ( Human Papillomavirus). 

HPV adalah virus biasa yang menyerang lelaki dan juga wanita. Terdapat lebih 100jenis virus HPV. Daripada angka tersebut, kira-kira 30jenis HPV diberi nama HPV genital kerana virus tersebut memberi kesan terhadap bahagian genital. Sesiapa yang melakukan aktiviti seksual membabitkan sentuhan genital boleh mendapat HPV genital biarpun tidak melakukan persetubuhan.

Sunday 19 February 2012

Topup FREE!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Inginkan topup free seperti aku? Apa lagi... Rajin-rajinkan lah diri korang untuk menjawab survey dari kerajaan. Ini dah kali ke-5 dah aku dapat topup free dari goverment. Thank You, GOV untuk semua yang anda bagi pada aku. 

Baucar buku pun dah habis RM150 dan tinggal bakinya RM50. Even tak dapat tampung semua buku untuk dibeli, tapi aku bersyukur sebab dapat save duit sikit dengan baucar yang kerajaan beri.

#Apa lagi yang kita inginkan?

Atas Nama Cinta TV3 = Spring Waltz??

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Selamat hari minggu anak-anak. 
Pertama kali menonton Atas Nama Cinta telah cukup membuatkan aku menge-CAM mana datangnya idea menulis drama ini. Malah, runut bunyi lagu ini juga seperti kebiasaan didengar. Siapa yang pernah menonton siri Spring Waltz pasti memahami. 

Biarpun hanya 4episod baru berlalu, namun ianya membuatkan aku dah malas nak FOLLOW lagi drama yang bermula pada jam 7 malam sebab aku dah tahu perjalanan drama ini. Dah tahu selok-belok dan climax nya di mana. Mungkin ada lainnya di beberapa bahagian tapi aku rasa setakat ni, hanya 10% yang berbeza. 


Kenapa agaknya drama Spring Waltz cuba diangkat menjadi sebuah drama melayu? Kekeringan idea? Atau cerita ni TERLAMPAU best? Kalau nak ambil idea luar pun, ambil lah cerita best-best. Cerita Spring Waltz tu tak adalah best sangat pun kalau nak banding dengan cerita hebat lain macam Winter Sonata, Autumn In My Heart, Boys Over Flower, Hanakimi, etc....

Ini bukan kali pertama cerita dari negara luar dialih bahasa. Masih ingat lagi cerita 30hari Mencari Cinta lakonan Aaron Aziz dan Erra Fazira? Itu pun dari cerita Filipina -A very Special Love. Tak kisahlah if nak ambil pun. Cuma sila sesuaikan dengan kondisi adat dan kebiasaan orang Malaysia.


# Waktu belajar, Plagiarism. 
Macam ni dikira plagiarism tak?

Thursday 16 February 2012

Tuesday 14 February 2012

[Android] Sketch N Draw

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Ini merupakan kali pertama ary menulis jadi mohon maaf jika ada yang tidak kena sepanjang penulisan ary. Hari ini ary nak berkongsi satu application yang boleh digunakan untuk para penconteng Android. Ary dah lama tahu tentang application ni tapi baru ada kesempatan untuk berkongsi. Software yang ary maksudkan ialah Sketch and Draw.


Sketch and Draw merupakan aplikasi di mana korang boleh melukis di telefon bimbit korang. Jadi, tak payah lah tunggu sampai ada Galaxy Note. Kini korang mampu untuk melukis di mana sahaja! Untuk download, boleh download through phone di android market.

Antara hasil contengan ary:

#Seronok juga berblogging ni 
hasil tulisan arisyalee.blogspot.com