Thursday 31 January 2013

Cara Mudah Menjadi Golongan yang Hebat


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^






Ramai orang-orang hebat yang menemukan ilmu-ilmu baru dengan tidak sengaja. Antaranya adalah seperti archimedes, isaac newton, etc. Tapi itu mereka yang hebat. Then, kita yang biasa ni? Apakah mahu terus berada di level biasa-biasa ataupun nak upgrade kan diri supaya sama hebat dengan mereka-mereka?


Tak perlu jadi terlampau hebat. Sederhana pun boleh. Tapi, yang pasti, perlu BERILMU. Ilmu ni pula boleh dipelajari dengan pelbagai cara. Tapi selalunya, ramai yang kata, orang rajin membaca, lebih luas pengetahuannya. 


Seorang jutawan yang bernama Dr. John Dermatini menyamakan perbuatan membaca dengan mencelup tangan ke dalam gam. Katanya,"Apabila kita masukkan tangan ke dalam sebotol gam, sudah tentu ada sedikit gam yang melekat pada tangan kita." Begitu juga dengan membaca. Bila kita baca satu buku, walaupun tak mampu nak ingat setiap fakta dalam buku tersebut, tapi pasti ada ilmu dari buku tu yang terlekat dalam minda kita. 


Ingatlah juga bahawa wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah surah al-Alaq. Ayat pertamanya membawa maksud,"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk." Masihkah ada lagi keraguan bahawa membaca memberikan manfaat? 


Cuma fikirkan satu hal. Orang berilmu tidak mudah tertipu. Orang jahil iaitu orang tidak berilmu akan mengikut kata orang lain secara meng-khinzir buta lalu tertipu. Akhirnya, siapa yang rugi? Ary taknak tergolong dalam mereka yang kerugian dan ary harap korang pun sama. Sehari 1muka surat sudah memadai. Tapi, utamakan kalamullah terlebih dahulu ya, sahabat-sahabat^^ *tetiba terasa nak nyanyi lagu Sahabat Selamanya. HahahaXD

Wednesday 30 January 2013

Monday 28 January 2013

Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah by Muhammad Rusli Amin


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^




Buku ini membuka pemikiran ary tentang hikmah di sebalik perbuatan solat yang disyariatkan kepada umat Islam.  Dulu, ary pernah terfikir mengapa kita sebagai umat Islam diwajibkan untuk bersolat lima kali sehari? Mengapa solat itu yang utama? Dan bukan puasa? Zakat? Kenapa?? Kenapa??!! *Ok. Ter-OVER. Harap maaf. HahahaXD


Tidak kah korang terfikir semua itu? Lalu, selepas membaca buku hasil tulisan Kiai Muhammad Rusli Amin ini, ary mula menyedari keindahan bersolat. Jadi, ary memang suggest korang baca buku ini. Buku ini bukan sentiasa memberi pengetahuan, malah memberi motivasi secara indirectly. In shaa ALLAH^^


Buku seterusnya yang ary ingin kaji adalah : Sejarah Agama Yahudi. Kenapa? Sebab ary ingin tahu kisah di sebalik kekejaman Israel terhadap Palestin. Ibu bertanyakan soalan, kenapa buku-buku ini yang menjadi pilihan? Jawapan ary, ilmu itu luas dan ary ingin tahu tentang subjek-subjek yang diutarakan buku-buku tersebut. 



Saturday 26 January 2013

Fish&Co : Santapan di Paradigm Mall


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera^^


Hujung minggu ary kali ini diluangkan dengan menonton PARKER lakonan Jason Statham dan pengisian perut di Fash&Co. At first, we planned to have our dinner at Manhattan Fish.. Errr. Betul ke Manhattan Fish? WakakaXD However, tiada branch Manhattan Fish di Paradigm Mall. Jadi, kami melabuhkan punggung di tempat yang sewaktu dengannya iaitu Fish&Co.




Berdasarkan laman web Fish&Co, perniagaan ini asalnya dari Kota Singa, Singapura sebelum diluaskan ke Malaysia. Jadi pada malam itu, kami pesan Italian Fish & Chips, Seafood Baked Rice, Iced Water & Passion Fruit. Rasanya memenuhi selera bagi ary. Huhuhu. 





Harga pula berpatutan. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Total bagi menu yang kitorang order, Italian Fish & Chips (RM15.95) , Seafood Baked Rice (RM17.95) , Iced Water (RM0.80) & Passion Fruit (RM5.50) + Service Charge = RM44.20. Tapi,kalau cuma ada RM10 dalam poket, lupakan saja niat untuk membuat pesanan kecuali kalau ada orang lain yang nak bayar :-P






Thursday 17 January 2013

3 Langkah Mudah Elak Marah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^




Tuesday 15 January 2013

Kepentingan Pengulangan dalam Kehidupan Islam


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Siang^^


Bila tiba musim peperiksaan, ramai yang akan mula sibuk menghafal fakta-fakta yang perlu sebagai persiapan menghadap kertas peperiksaan.  Beruntunglah kepada mereka yang mendapat tips dari pensyarah. 


Dan adakah itu bermaksud yang tak dapat tips tu adalah golongan yang malang kerana mendapat pensyarah yang kedekut? issshhhh.. Ary harap perspektif negatif itu boleh diubah. Yelah.. Bila pensyarah tak bagi tips, kita akan baca semua chapter dan lagi banyak ilmu boleh diserap masuk. *sedapkan hati sendiri. HahahaXD


Jadi kali ini, ilmu yang hendak dikongsikan adalah Teknik Menghafal dan Mengingati Fakta dan Ilmu yang Dipelajari Melalui Teknik Pengulangan. Sebenarnya banyak lagi cara untuk mengingat dan menghafal tapi ary rasa teknik pengulangan ini lebih berkesan. Kenapa? Akan ary cuba huraikan dengan penuh teliti dan ary mohon kesabaran dari korang untuk baca sehingga habis ya^^


Kita mulakan dengan aktiviti yang dilakukan berulang kali setiap hari terutama sekali oleh mereka yang beragama Islam iaitu solat. Seperti yang kita sedia maklum, seorang Muslim diperintahkan untuk solat lima kali sehari  secara berterusan kecuali atas sebab-sebab tertentu (uzur,etc.). 


Dr. Abu Hasan Ali An-Nadwi iaitu salah seorang ulama pernah menerangkan,"Pelaksanaan solat secara berulang-ulang dan berterusan adalah sebagai santapan yang sihat dan lengkap bagi jiwa, hingga jiwa berfungsi mencegah manusia daripada lalai mengingati Allah s.w.t.". Perbuatan mengulangi solat memberikan inspirasi bahawa pengulangan perkara baik mengukuhkan perkara baik dalam diri seorang manusia.


credit to: Doodle Dakwah^^ Maaf. Tiada masa untuk ary mendoodle^^


Begitu juga dalam proses mengingati dan menghafal sesuatu fakta. Pengulangan yang berterusan dalam mengulangkaji juga boleh menguatkan daya ingatan. Pengulangan yang dilakukan bukan terbatas pada perbuatan membaca sahaja, namun perlu diselangi dengan penulisan, lisan dan pendengaran. Optimakan penggunaan semua pancaindera yang Allah s.w.t pinjamkan.


Kenyataan ini disokong dengan pesanan oleh Khalifah Al-Makmun kepada salah seorang anaknya,"Tulislah hal terbaik yang engkau dengari, Hafal perkara terbaik yang engkau tulis dan Bicarakan perkataan terbaik yang engkau hafal." Dalam pemahaman ary, pesanan ini juga menunjukkan betapa Khalifah Al-Makmun turut menyarankan teknik pengulangan dalam bentuk penulisan mahupun lisan. 


Teknik baru yang ary sedang cuba eksperimentasikan dan menunjukkan kesan positif pada diri ary adalah dengan cara Baca & Faham >> Tulis Key Point >> Baca Sekali Lagi dengan Suara Perlahan >> Tulis Key Point tanpa Rujukan Bahan Bacaan >> Baca dan Bandingkan Apa yang Ditulis dengan Bahan Bacaan. 


Sememangnya, teknik pengulangan ini tidak sesuai untuk study last minute. Ini kerana, bila dah study last minute, masa mengulangkaji adalah terhad dan minda tidak dapat menyusun fakta-fakta yang dibaca dengan teratur. Ibarat bangun tidur pukul 8 pagi tapi kelas pukul 8.15pagi. Pasti nampak selekeh dan tidak terurus bila ke kelas. Salah-salah, cuma gosok gigi, basuh muka dan sembur perfume sahaja :-P

Friday 11 January 2013

Cara Kurangkan Gas Air Berkarbonat


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat petang^^


Dulu, ary suk sangat beli air gas. Especially 100plus. Sebabnya, 100plus tu berjaya kurangkan sakit senggugut yang dialami setiap bulan. Tapi sekarang ni, pakai tungku D.I.Y je^^ 


Ada yang tak boleh nak minum air gas? Tapi dah tak ada pilihan lain? Ary akan kongsikan cara untuk kurangkan gas dalam air berkarbonat tu. Tapi tips ini hanya applicable untuk air berkarbonat dalam botol sahaja^^




Kenapa kena buka perlahan-lahan? Ianya sebab, jika anda buka laju-laju penutup botol itu, akan berlakunya letupan gunung berapi dari botol anda. hahaXD 


BTW, yang suka sangat minum air berkarbonat, cuba kurangkan ye. Sebab kandungan gula dalam air berkarbonat tu, tinggi. Nanti, muda-muda dah ada kencing manis a.k.a diabetis. Kena potong kaki nanti, tatau.. Huhuhu. Ary sendiri dah kurangkan air manis. Lebih banyak minum air kosong sebab air kosong bagus untuk badan kita. *sememangnya ary minum air kosong untuk kulit. Nak kulit shining-shining macam amoy chanteq:-P


Antara kisah tentang air gas pada suatu hari di hari raya.. Terdapat sekumpulan kanak-kanak datang beraya. Seperti biasa ary menghidangkan kuih raya dan minuman bergas. Semasa ary sedang menuangkan air..
Budak 1: Kak, ada air lain tak?  
Ary: Lah.. Kenapa? Bukan budak-budak suka air gas ke? 
Budak 2: Dia tak boleh kak.. Sebab dia dah ada gas. 
Ary: Huh? Dah ada gas? 
Budak 1: Haah,kak. Saya ada gas dah.. Gastrik. Hehe. 
Ary: = ="

Wednesday 9 January 2013

Majalah Gen-Q: Bacaan Islamik Simple dan Mudah Difahami


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat sejahtera^^


Dulu, waktu kecil-kecil, ary masih ingat lagi di mana ary membaca majalah Ana Muslim. Dalam nya ada kartun bagaimana syaitan menggoda dan kaedah melawannya, etc. Kemudian, tahun lepas, ary diperkenalkan oleh roommate tentang majalah SOLUSI - majalah Islamik untuk bacaan golongan dewasa. Dan baru-baru ini, ary terlihat majalah Gen-Q di Popular. 


Jika ditanya, ary boleh katakan yang majalah Gen-Q ini adalah diibaratkan seperti majalah REMAJA/CLEO. Bezanya adalah majalah ini berunsurkan islam. 


Sejujurnya, ary menyarankan individu yang masih lagi baru merangkak dalam mengenali Islam seperti ary untuk baca majalah ini. Tapi jangan baca tergopoh-gopoh macam baca nota waktu exam. Tapi bacalah dengan mata hati untuk memahami intipati yang cuba disampaikan.




Kenapa ary sarankan buku ini sebagai bacaan? Ini adalah kerana buku ini menyampaikan mesej/ajaran dalam bahasa yang mudah dan isinya juga ringan berbanding majalah SOLUSI yang mungkin lebih sesuai untuk pembacaan orang dewasa dalam ajaran Islam. Jika korang baca kedua-dua majalah ini, korang akan dapat memahami maksud ringan dan berat yang ary maksudkan di sini.


Tak ada masa nak baca? Meh sini ary bagi tips sikit. 1hari, bacalah 1-2topik sahaja. Hanya mengambil masa lebih kurang 10minit sahaja. Biar lambat, asalkan kita boleh belajar sesuatu. Amalan yang sedikit tapi berterusan adalah lebih baik dari amalan yang banyak tapi terputus. 


Ary sendiri baru tiba di muka surat 37 isu 16. Niat nak beli isu 17 tapi takut tak terbaca. Jadi, kalau ada yang dah beli dan dah habis baca tu, rasa-rasa nak sedekah pada ary, silakan :P

Monday 7 January 2013

Menulis Blog Boleh Masuk Syurga?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Bukan setakat boleh masuk syurga.. Kebarangkalian untuk masuk neraka pun ada juga. Apa yang ary tekankan di sini adalah tentang perkongsian sesuatu ilmu melalui blog. Terdapat hadis yang menyatakan, 


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (waqaf) ,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)


Penulis sesebuah blog bebas untuk menulis apa sahaja. Menulis tentang hal peribadi, menyebarkan gosip artis dan hiburan, etc. Tapi ramai yang tidak sedar bahawa apa yang ditulis turut mempengaruhi value diri untuk masa akan datang. Dan sebenarnya, kadang, apa yang ditulis menentukan di mana tempat kita sebagai manusia biasa selepas kita mati nanti. Apakah syurga atau neraka? Wallahualam.


Tapi sebenarnya, penulis blog mempunyai peluang untuk meng-optimakan lagi peluang atau chances untuk berada di tempat yang lebih baik dari neraka iaitu syurga. Antaranya, adalah dengan mengurangkan penulisan berkaitan gosip artis yang kita tidak tahu kebenarannya malah mengaibkan lagi artis tersebut atau mungkin dengan cara berkongsi ilmu melalui penulisan.


Kepelbagaian ilmu membuka minda dan mendorong kekreatifan individu


Ilmu itu luas. Tidak semestinya cuma dalam lingkungan ilmu agama sahaja. Antara ilmu lain yang boleh dikongsi adalah ilmu berkaitan penggunaan teknologi, cara edit gambar, cara jadi blogger berjaya, cara masak, ilmu perubatan, etc. Setiap orang sememangnya mempunyai ilmu yang berbeza. Jangan sangka semua orang tahu apa yang kita tahu.


Kenapa ary begitu tekankan tentang isu perkongsian ilmu di sini? Sebabnya, ary teringin sekali untuk melihat semua penulis blog memanfaatkan bakat mereka dalam penulisan blog untuk perkara yang akan membantu kita menjadi muslimin yang baik, In shaa ALLAH^^ Ary tertarik dengan pesanan Kak Amy di ikim.fm tempoh hari melalui sebuah hadis:


Rasulullah bersabda,
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain"
(HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)


Hebahan ilmu di blog juga turut memberi manfaat kepada pembaca yang lain. In shaa ALLAH^^ Isyyyy.. Macam masuk rancangan Ustazah Pilihan lah pulak. HahahaXD Maafkan ary yang ingin berkongsi sesuatu ilmu. Ary tahu ary masih lagi bermujahadah untuk berlagak fasih dalam ilmu agama. Semoga ary istiqamah^^ 

Sunday 6 January 2013

Kenyataan Maaf Terbuka kepada yang Berkenaan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Mungkin itu merupakan peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi ary sekarang. Jangan tanya ary kenapa kerana pulut santan binasa ye.. Tak dapat ary nak explain. 


Beberapa bulan lepas, ary buat review tentang sebuah restoran dan tanpa ary sedari, ada ayat kritikan dalam entri tersebut yang membuatkan pemilik restoran tersebut marah. Pada mulanya, ary tidak menyedari tapi bila ary baca semula dari A until Z, ada 1 ayat tu agak kurang menyenangkan apabila ary mengkritik fizikal restoran tersebut.


Pemiliknya menuntut ary menutup blog ini supaya tidak ada lagi yang mengikuti cerita tentang restoran tersebut. Jadi, terus-terang ary nak habaq, ary tidak boleh menutup blog ini. Ary hanya boleh memadam entri tentang berkaitan restoran tersebut sahaja. 


Akan lebih berhati-hati dalam penulisan. In shaa ALLAH^^

Wednesday 2 January 2013

Burger Bakar Abang Burn Damansara


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Burger Bakar Abang Burn - Burger bakar yang makin terkenal di kalangan ramai orang. Sedap ke? Urrmmmm.. Waktu first time ary makan, memang sedap. Harga pula bagaimana? Harga nya standard harga burger bakar di Kuala Lumpur. Huhuhu. 


Burger Abg Burn Cheesy Chicken - RM10.50. Add on cheesy sausage - RM1.50. Total - RM12.


Waktu pertama kali nak makan burger bakar abang burn ni, memang sesat nak cari lokasi nya. Tapi, untuk kemudahan, ianya terletak di Tanjung Village Food Court. Food court ini terletak kawasan kompleks belakang Giant Kota Damansara dan berada di tengah-tengah di kelilingi bangunan yang merupakan premis perniagaan. 


Orang selalu sangkakan ianya dalam kawasan Sunway Giza. Tidak. Kalau masuk Sunway Giza tu, bukan abang burn lagi dah, tapi abang ben. HahahaXD  Untuk memudahkan lagi, food court itu terletak bersebelahan bangunan Starbuck. Parking pula memang susah nak cari sebab kawasan tu memang sibuk. 


Brand New Me.. In shaa ALLAH^^


Pilihan menu ary di sini adalah Abg Burn Cheesy chicken. Ianya berbeza dengan Abg Burn Cheese Chicken. Yg cheese tu hanya menggunakan 1 slice cheese sahaja. Tapi cheesy ni menggunakan 2slices cheese including cheese sauce. Memang seswai untuk mereka yang giler cheese macam ary^^ *tetiba teringin nak makan macaroni cheese^^
hasil tulisan arisyalee.blogspot.com