Wednesday, 26 June 2013

Tuesday, 25 June 2013

Jerebu Dalam Kereta


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Apa yang menyebabkan jerebu? Bagaimana untuk mengatasi masalah jerebu? Apakah implikasi jerebu kepada negara? Fakta-fakta ini bukan hanya perlu diingat oleh pelajar SPM ahupun PMR. Ini pengetahuan am. 


Jerebu menyebabkan makin ramai yang pakai topeng mask bagi menjaga kesihatan. Yang peliknya, dalam kereta pun pakai. Huhuhu. Even jerebu tak masuk dalam kereta, perlu berhati-hati dengan asap lain. HahaXD



Thursday, 20 June 2013

Sipi-Sipi.. Sikit je lagi!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Orang kata, 10sen itu berharga. Biarpun hanya 10sen, 90sen tak akan berubah jadi RM1. Dan zaman sekarang, 10sen tak boleh digunakan untuk beli apapun. Boleh.. Tapi cuma sebiji gula-gula.


Akan ada yang kata, lebih kurang je lah. Tapi, kalau lebih kurang, yang tak berapa nak layak akan dapat, tapi yang layak tak dapat. Tiada justice/keadilan di situ. 


Itu lah yang berlaku pada ary sekarang ni. Hanya kerana 0.06 mata kurang dari pointer 3.0, nama ary tidak dimasukkan di dalam senarai temuduga kerja. Bukan salah bakal-bakal majikan. Kompetitif yang makin meningkat ni pun tak boleh disalahkan. Nak salahkan diri sendiri tapi ia akan melemahkan lagi semangat diri. 




Jangan risau ary. Rezeki itu rahsia Allah. In shaa ALLAH^^

Wednesday, 19 June 2013

Dia Adikku


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^




A.D.I.K - Adik!


Macam sekolah tadika pulak. HahaXD   Ini adik kedua ary. Walaupun dia merupakan adik nombor dua dan ary ada adik seorang lagi selepas dia, ary tetap panggil dia "adik". Mungkin sebab jarak umur dia dengan adik ary tu 8 tahun. Dah terbiasa panggil adik. 


Ary dan adik ary sangat kontra. Orang akan sangka dia kakak dan ary adalah adik. Dia matang, ary childish.  Dia bersopan santun, ary ganas. Dia gemuk, ary kurus. Eh?? HahahahaXD   Satu je persamaan antara kami - muka berjerawat. HohohoXD

Rabu yang Bisu - Koleksi NESCAFE 75Years


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum  & Selamat Malam^^










Tuesday, 18 June 2013

Mulakan Nombor Muka Surat 1 di Helaian Kedua, Ketiga, Ke-empat atau infinity.


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


Ada kalanya kita tidak mahu nombor muka surat bermula di muka surat pertama. Ini kerana, kemungkinan muka surat pertama merupakan muka hadapan (front cover) ataupun isi kandungan (content). Tapi, macam mana nak mulakan nombor "1" di helaian ke-3?


Langkah pertama
Klik pada helaian sebelum helaian yang mahu di-muka suratkan. Kemudian, klik
Page Layout> Breaks> Next Page


Jika langkah ini tidak dilakukan, anda tak boleh broke link antara helaian tu. Bak kata pepatah, air dicincang, tak akan putus. Oleh itu, kita kena putuskan silaturrahim dan tukar helaian 1 kepada air dan helaian kedua dan seterusnya menjadi minyak. Barulah boleh dipisahkan link antara muka surat.*Hyperbola betul.


Langkah kedua
Insert> Footer > Link to Previous


Anda perlu klik "Link to Previous" untuk switch off link antara helaian tersebut. 


Langkah ketiga
Insert> Page Number


Pilihlah lokasi pilihan anda untuk meletak nombor muka surat mengikut citarasa. Atas? Bawah? Tengah-tengah je tak boleh.


Langkah keempat
Page Number> Format Page Number > Start at "1"



Btw, langkah 2 dan 3 tadi tu boleh bertukar-tukar. Jadi kalau rasa nak insert page number baru nak break page, terpulang. Just beware: Page Break is different with Breaks Page Layout^^ 

Saturday, 15 June 2013

Piawai/Standard Menentukan Seseorang Individu Berjaya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Kejayaan. Berjaya. Kata akar bagi perkataan itu adalah JAYA. Kata english man, SUCCESS. Apa yang dimaksudkan dengan jaya? Bila orang kata, dah berjaya kau sekarang, jadilah orang yang berjaya, ibu nak anak ibu jadi orang yang berjaya, apakah standard bagi menentukan seseorang itu sudah berjaya? Adakah berdasarkan kuasa? Kemajuan dalam perniagaan? Populariti? Wang? CGPA? 


Ianya subjektif. Bergantung. 


Jika seorang individu merasakan 'kuasa' adalah standard atau measurement bagi menentukan kejayaan seseorang, maka orang yang memegang jawatan tinggi dalam suatu organisasi boleh dikelaskan sebagai orang yang berjaya. Jika 'wang' pula yang menjadi indicator, boleh jadi T. Ananda Krishnan menjadi orang yang paling berjaya di Malaysia setakat Januari 2013 as he is the richest man in Malaysia based on Nanyang Siang Pau's research.




Bagi ary pula, untuk menentukan either seseorang itu berjaya dalam HIDUP nya adalah KEGEMBIRAAN (happiness). Dan kunci bagi kegembiraan itu adalah hubungan yang baik antara individu tersebut dengan penciptanya. Wallahualam. 


Bagaimana pula untuk menentukan seseorang blogger itu berjaya?

Tuesday, 11 June 2013

Restoran Kedai Makan Upin & Ipin, Bandar Tun Hussein Onn


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Niat di hati nak makan di Best Time Family Cafe BBQ and Grill milik Shaheizy Sam, tapi bila tengok keadaan yang suram, kami terus berpatah semula. Mungkin awai sangat kot, kami pi. Maybe kedai tu baru nak bukak. Maybe... Huhuhu.


Memandangkan cik Ris kita tak kuasa nak pi berpusing-pusing jauh untuk mencari tempat makan, kami decide untuk makan je di mana-mana kedai makan yang ada di Town Park. Itulah kelebihan Bandar Tun Hussein Onn ni. Banyak pilihan kedai makan meskipun banyak kedai yang masih belum dibuka.


Jadi, kami pun memilih untuk makan di Restoran Kedai Makan Upin & Ipin




Kami order Nasi Goreng Atok (8.90), Asam Laksa (8.90), Teh ais (4) & Bandung (3.90). Service charge 5%. So, sila lah kira total. Bagi ary teh ais tu agak mahal lah kalau compare dengan air lain. Maybe pakai teh cameron highland kot^^




So far, rasa nasi goreng kampung yang dinamakan menjadi Nasi Goreng Atok, sedap. Ikan bilis dan sayur Kuah asam laksa yang ris order pon sedap. Tapi sayang, laksa yang digunakan bukan fully laksa yang diperbuat dari tepung besar. Tapi kuah dia memang devassssss lah. Dengan ikan tu macam fresh. Pehhh...


Tak amek gambar makanan pun. Takut orang kata "Mental". HahahaXD


Update: Lokasi Kedai - Berdekatan Carrefour lama yang sekarang ini adalah AEON BIG. Berhadapan Town Park 1 dan berdekatan Lake Valley. Boleh nampak kedai dari tepi jalan.

Saturday, 8 June 2013

Gwiyomi KFC


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat hujung minggu^^




Disebabkan kartun yang dilukis adalah cute buat ary^^   The question is Gwiyomi or Kwiyomi?  *CONFUSED   @_@

Thursday, 6 June 2013

Gwiyomi Doodle Ary Lee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Macam-macam pula benda nak hupdate bila diri di-input dengan pelbagai benda. Tapi, ary akan stick pada perkara asal yang ary nak hupdate iaitu tentang gwiyomi. Terus terang, isu ni memang dah agak lapuk. Tapi mengenangkan karya seharian ary yang pending, tak di-approve Blogbuster Nuffnang, ary upload di sini. 


video


Seperti yang umum tahu, Gwiyomi ni merupakan trend yang dibawa dari Korea. Tak perlu lah diulaskan asal-usul Gwiyomi secara mendalam di sini kerana tak ada manfaatnya. Gwiyomi tu bermaksud "CUTE". Tapi masalahnya, yang buat gwiyomi tu cute ke? *ayat jeles. HahahaXD


Btw, tertarik dengan entri Dont Like That Lah, Bro tentang Gwiyomi. Rasa-rasa ada tak video gwiyomi yang dah dibuat pelepas nafsu? Astaghfirullah-al-azim! Fuhhhh... Kalau ada yang tengok video doodle gwiyomi ary dan mula rasa pelik-pelik, tak tahu lah nak kata apa= ="

Wednesday, 5 June 2013

Music Video Terbaru Najwa Latif - I Love You Tiru MV Korea?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Dah lama tak update pasal dunia hiburan. Secara tiba-tiba malam ni jadi macam Kiah PROPA pula:P


Buat yang masih belum tahu, Najwa Latif telah mengupload sebuah klip video yang dilakonkan Shah Iskandar dan beberapa orang pelakon yang baru sahaja berkecimpung dalam dunia hiburan. Apa yang membuatkan Ary tengok video ini adalah pelakon perempuan nya merupakan ex-student UM dan ary pernah 1 kolej dengan dia. 


Tapi, yang membuatkan ary rasa tak best adalah, video ini seakan-akan sebuah music video lagu Korea iaitu merupakan lagu kumpulan 8Eight - Goodbye My Love. Bukan sikit je sama tapi dah hampir 80%. Bolehlah tonton 2buah music video di bawah dan buat perbandingan sendiri.







Ini bukan kali pertama sesi tiru meniru dalam dunia hiburan. Bukan nak burukkan dunia seni negara. Perbuatan ini turut dilakukan oleh artis-artis seberang yang lain. Contohnya, lagu FT Island - I wish yang seakan-akan lagu Train - 50 Ways to Say Goodbye. Bab lagu-lagu ni, tokseyh nak tipu ary lah. 


Rasanya kalau ada software macam Turnitin untuk kira kadar plagiarism dalam penulisan blog, berapa ramai penulis blog yang FAIL? ^^

Monday, 3 June 2013

Tips untuk Tidak Mencangkung atas Tandas Duduk


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Kebanyakan tandas yang ada di Malaysia ni adalah tandas duduk. Moden lah kononnya. Sebenarnya nak selesa kan pengguna tandas. Tapi, kebanyakan pengguna akan rasa geli untuk duduk di atas tandas itu disebabkan title "Tandas Awam". Ye lahhhh.. Bermacam-macam jenis orang guna tandas tu. 


Perasaan geli itu pasti ada walau sedikit. Ada yang geli sampai mengambil keputusan untuk mencangkung di atas tandas duduk tersebut. Sebab tu, kadang-kadang nampak kesan hitam dan kotor tapak kasut dekat tempat duduk tandas tersebut. Ish3..  


Ary nak pesan pada mereka yang suka sangat mencangkung atas tandas duduk agar hentikan perbuatan anda. Ianya adalah kerana jika anda mencangkung, terdapat possibility untuk perkara di bawah berlaku.






Keadaan yang terakhir sekali tu memang rare (jarang berlaku) tapi PERNAH berlaku. Jadi, sebelum kaki anda dipotong kerana cedera parah, adalah lebih baik jika anda belajar untuk menggunakan tandas duduk dengan betul. Dulu, ary turut mempunyai masalah untuk membuang air dengan menggunakan tandas duduk. Namun begitu, ibu ary berkongsi tips untuk tidak mencangkung di atas tandas duduk.


Caranya mudah saja. Ambil seberapa banyak tisu dan alaskan di atas tempat duduk tandas tersebut sebelum membuang air. Kalau rasa nak siram dulu tempat duduk tandas menggunakan air pun boleh^^ Jadi, dengan cara ini, tak perlu mencangkung lagi. Tak dapat imagine? Sila rujuk gambar rajah^^




HahahaXD    Lawak lah plak bila buka kelas buang air. Biarpun ini merupakan perkara asas, tapi tak boleh pandang remeh. Berhentilah menjadi manusia moden yang tidak bertamadun^^ 

"Nabi s.a.w pernah berkencing berdiri disebabkan penyakit pada belakang pelipat kaki antara kaki dengan betis. Tetapi kalau kencing berdiri tanpa sebab, (melainkan sebab dah tak tahan atau kencing duduk nanti kena najis pada pakaian), maka hukumnya MAKRUH.
Sumber: Artikel Gaya Saya Jaga Kebersihan by Shadiya Abbas, Gen Q Isu 19.

# Bagaimana pula dengan lelaki yang kencing berdiri?

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com