Wednesday, 30 July 2014

Ucapan Raya Klise Seorang Blogger


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi  *since it's 3am in the morning^^


Hari Raya! Semua orang gembira
Bila puasa, buat-buatlah lupa


Apabila hari perayaan menjelang, tak kisahlah hari apa pun. Hari raya Aidilfitri ke.. Chinese New Year ke.. Deepavali ke.. Hari Polis Malaysia ke.. Benda yang paling klise dilakukan oleh blogger adalah dengan memberi ucapan.


Tak salah pon. Sebabnya, ary pun nak tuju lagu,. Eh? Jap. Ucapannnn... Bukan lagu.





Ary ingin ucapkan, Selamat Menyambut Syawal. Semoga Syawal ini dijadikan satu titik di mana kita boleh mulakan semula sebuah kehidupan dengan kemaafan yang ikhlas dan keazaman baru untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan. Semoga ibadah sunat yang dilakukan semasa Ramadhan, dapat diteruskan secara istiqamah biarpun Ramadhan telah jauh meninggalkan. In shaa Allah.


P/s: Kad raya masih belum lagi sempat di-pos. Tak apa... Raya sebulan kan? :-P

P/s/s: Kad rayamu selamat diterima di sini, Lana^^ Thanks! Love you, Lana! XOXO
 

Monday, 21 July 2014

Ways to Comfort


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Ada masa, manusia diselubungi perasaan sedih, marah, rajuk dan segala lain perasaan emosi yang lain. Ada yang suka di-comfort, dan ada juga yang lebih suka menyendiri. Tanpa sedar, ada yang cuba membuatkan kita bersenang hati.


Allah, tuhan yang Esa.
Bila ary rasa down, apa yang mampu ary lakukan adalah dengan mengadu pada-Nya. Kadang, bila hati kosong, ary baca dan dengarkan bacaan Quran dan meneliti tafsir ayat-Nya. Ternyata, Allah itu maha Pengasih. Hati terubat serba-sedikit dengan kata yang dikirimkan.





Ayah
Satu cara untuk cuba trigger hati dan perasaan seorang anak adalah dengan cara mengutarakan soalan yang random dan bongok - "Dah sampai?" Meskipun dah jelas-jelas dia nampak ary baru jejakkan kaki di rumah. HahahaXD   Layannnn.... Faham-faham je lah, lelaki memang suka tanya soalan yang jawapannya sangat OBVIOUS.


Apa yang ary cuba sampaikan adalah - semua orang punya cara tersendiri untuk menyenangkan hati orang lain. Ada yang akan membiarkan pihak bersedih untuk bersendiri buat sementara waktu. Biar surut, baru lah senangkan hatinya. Takut nanti, tangisan yang senyap menjadi raungan yang tiada henti. Haha!

Sunday, 13 July 2014

Tulisan Minggu Ary - Lagu


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^



Saturday, 12 July 2014

Media Positif Elemen dalam Diri


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Antara kelemahan ary adalah mood ary sangat mudah swing, motivasi selalu goyah. Ary luahkan pada buddy. Dia kata, kau kena selalu dekatkan diri kau dengan semua perkara yang positif. Orang-orang yang positif, aktiviti-aktiviti positif. Cuba like a few pages yang mampu menaikkan mood kau dan memberi inspirasi. In shaa Allah.


Jadi hari ni ary kongsikan beberapa pages di media sosial, since kebanyakan masa kita dihabiskan di alam maya.












After all, not all things are bad about social media right?

Wednesday, 2 July 2014

Rabu yang Bisu - I do, Mr Somebody-Nowhere!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^




Tuesday, 1 July 2014

#CoffeeLover in Fasting Month


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Haaaaaaa~~  Haaaa~~~  Menguap untuk kedua dan ketiga kalinya. Beratnya mata. Selalu pagi-pagi pukul 9 ke.. 10 ke.. Duk buat kopi. Ni pula bulan puasa. Memang tak terbuatlah kopinya.






Tapi boleh je bertahan. Waktu pagi, time sahur, minumlah coffee lepas makan sahur. Jangan tidur. At least, boleh lah bertahan sehingga nak tunggu waktu lunch. Ber-Qailullah waktu lunch. Take a nap for 10-15minutes untuk bertahan sehingga 5.30 petang. In shaa Allah.