Wednesday, 18 April 2012

Aduhai Tutor-er ku..


Pertama sekali aku ingin menyatakan bahawa entri ini bukannya untuk mengecil-ngecilkan tutor-er yang dah banyak memberikan tunjuk ajar. Cuma mahu berkongsi sedikit kisah lucu *bagi ary dan kawan-kawan se-tutor*. 


Seperti biasa, tutor-er akan meminta mana-mana kumpulan untuk membuat presentation bagi soalan tutor. Dan akan ada sesi soal-jawab di akhir setiap sesi presentation. Kebetulan, topik yang menjadi perbincangan adalah berkaitan Performance Measurement - Human Resource Management.

Jadi, soalan nya adalah : Why a company needs to evaluate workers' performance formally?


Di akhir presentation tersebut, ary pun seperti selalu mengangkat tangan untuk memberi pendapat tambahan. *Gila Mencapap* 

Jawapan ary: Sir, I think a company needs to evaluate workers' performance manually to avoid unsatisfied employees. It is because when we have guideline to evaluate their performance, there will be no bias issue. Bla bla bla..

Tutor-er cuma memandang dan mengangguk-angguk sepanjang aku memberikan pendapat. Dalam hati aku kata, nasib bek betul. Then, bila aku habis cakap, dia pun sambung..

Tutor: Ok,class. Ary said that we have to perform employees' performance evaluation formally because the worker will get motivated.



MOTIVATED??? Aku pandang kawan aku.. Kawan-kawan aku sengih-sengih.. Masing-masing dah macam kerang busuk. Aku tanya kawan sebelah, wei, aku ada sebut pasal motivation issue ke?? 

Kawan aku gelak.. Dia pun berbisik perlahan.. Aku pun tak faham dengan sir ni. Hahahaha! Disambungnya gelak.

Cissss... Dalam hati bersabar je.. Entah macam mana perkataan BIAS tu diproses menjadi MOTIVATION, aku pun xtau. 

Ok.. Entri panjang giler.. Tapi aku rasa aku je yang akan gelak = =" *Masalah syok sendiri*

No comments:

Post a Comment