Friday, 31 August 2012

Banyak Complaint lah U ni..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^



Perkara biasa. Waktu mula-mula bercinta , semuanya indah belaka. Ai tak kesah u nak pakai baju apa pon.. ataupun.. Ai tak kesah kalau u nak merokok pon. 


Tapi, bila dah lama sikit.. U ni tak boleh pakai baju labuh sikit ke? U ingat badan u lawa? atau juga.. Busuk lah u ni! Tu lah.. Merokok je..


Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Pabila ia sudah tiada di depan mata


Rasanya cukup lah lirik lagu tu untuk menggambarkan mesej yang cuba disampaikan. Complaint lah sebanyak mana pun tentang pasangan korang. Tapi jangan sampai complaint itu memakan diri. 


Orang lain sibuk buat entri hari kemerdekaan. Ary plak sibuk buat entri cintan cintun= ="

Thursday, 30 August 2012

Home Sweet Home


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^



Bila baca-baca balik, macam geli jek ayat atas tuh. HahahahaXD  Perasaan geli tu sama je macam perasaan geli waktu ary tengok drama Kau yang Terindah esp scene Hafiz dan Munirah tu. Eeeeeeeeeeee.. Nyampah u ollzzz.. Ngeh3.

Wednesday, 29 August 2012

Rabu yang Bisu - Farhan AF's Cookies


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^



Tuesday, 28 August 2012

Iye ke ni SAYANG??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^




Itu lah 1st impression ary bila dengar lagu ni. Selalunya, kalau orang minta break up,.. Konon-konon nya taknak lukakan hati pihak lagi satu,.. Katanya.. Saya nak break up dengan awak sebab saya sayang awak. Percayalah yang saya buat semua ini untuk awak. Taik lah kalau macam tu. Sedangkan dah ada yang baru.


*sedangkan sendiri pernah buat macam ni:P

Monday, 27 August 2012

Monday Blues: How Deep is Your Love?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^




Era.FM Penipu??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Era.fm pernah menempatkan diri sebagai stesen radio nombor 1 Malaysia. Baru-baru ini, ary tertarik dengan 1lagu dari penyampai era sempena hari raya - Aidilfitri yang Mulia. Ary pun google di youtube untuk download. 



Then, ary ternampak 1 link bertajuk Eksklusif:Aidilfitri yang Mulia. Di descriptionnya tertulis Untuk muat turun, taip RAYA dan hantar ke 32555. Muat turun PERCUMA....  Tanpa lengah, ary send sms ke number tersebut.  Tapi, mesej balas yang ary terima...




Ary geram. Dah 90sen dah kredit habis ni. Tapi tak ada pun lagu raya tu dalam senarai. Era.fm penipu ke hape?? Ary pun nak melepaskan geram di blog. Namun begitu, belum sempat ary berbuat demikian, ary ternampak..




27Ogos2010?? Pehhhh.. Tahun 2010 rupanya.. Ary tengok tarikh video di-upload. Video diupload tahun 2010?? Ngeh3.. Bukan era.fm yang penipu. Ary yang silap pandang. Nasib baik ternampak. Itulah orang kata. Tahu nak cari salah orang je. Sedangkan sendiri yang salah. 


Apapun, lagu tu selamat berada di mp3 dah^^

Saturday, 25 August 2012

Pencipta Bendera Malaysia a.k.a Jalur Gemilang


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat sejahtera^^v


Setiap hari ternampak jalur gemilang. Dari kecil, jalur gemilang dinaikkan ketika perhimpunan sambil lagu NEGARAKU dinyanyikan. Tapi rasa-rasanya, berapa ramai yang tahu siapa pencipta Jalur Gemilang yang sebenarnya?


Jalur gemilang dicipta oleh Mohamed Hamzah. Hah..




Eh eh?? Ini bukan nya gambar pencipta jalur gemilang. Ni gambar arwah atok ary yang ary tak pernah jumpa. Kebetulan.. Nama mereka sama^^

Wednesday, 15 August 2012

Hut's Platter Ary Lee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^




Kalau tak explain, rasa-rasanya boleh faham tak? ^^  HeheheXD

Tuesday, 14 August 2012

Sudah Terang Lagi Bersuluh..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^





Sudah Terang Lagi Bersuluh
Pemahaman ary: Waktu exam, tulisan tu biar terang. Kalau tak terang, suluh lah pakai torchlight nuh.

Monday, 13 August 2012

Dulu, Buku Lagu.. Sekarang? POCKET pun Boleh^^


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Waktu kemas rak buku dan dalam proses memilih buku yang tak digunakan lagi untuk dicampak ke luar, ary terjumpa 3buah buku yang macam kenai ja.. Tapi di mana ya? Ngeh3.. 




Ary cukup gila untuk menulis lirik lagu-lagu yang ary suka nyanyi di dalam buku tulis semasa zaman persekolahan ary dulu. Malah, kegilaan tu berlanjutan sehinggalah ary berada di matrikulasi. Al-maklum lah. Waktu tu pun, cuma pakai handphone cikai. Plus, tak ada lappy. Jadi, radio menjadi hiburan di kala kebosanan dan buku lagu jadi peneman.


Sekarang ni, aplikasi POCKET android yang ada dalam Galaxy ACE ary menjadi pengganti buku lagu tu. Ary cuma perlu bookmark je dan boleh nyanyi bila-bila masa ary suka. 




"Give Your Fingers a Break, Put Your Smartphone Away" - FOX

Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Daripada tak terhupdate blog ni, adalah lebih baik untuk ary join contest simple dari Annas Easkay ni. Siapa Annas Easkay?? Sejujurnya ary tak kenal pun kewujudan annas easkay ni sehinggalah ary ternampak gambar muka-muka popular yang dipenuhi dengan warna.




Saya suka Annas Easkey kerana
Hasil capture dari camera yang merakam setiap detik nampak indah. Gambar itu seakan-akan hidup dan ary dapat merasai feeling ketika gambar itu diambil. Then, ary juga suka annas easkey bila annas easkay buat contest simple macam ni. Tak susah pun. Cuma perlu taip sahaja. Dan ary akan bertambah suka pada annas easkey jika ary yang dapat duit raya tu:P  


Baju raya saya berwarna
Hijau Muda. Actually, ary pakai baju raya dua tahun lepas je. Untuk menampakkan baju itu seakan-akan baru, ary beli manik murah di MYDIN hanya dengan harga RM1.90 sepeket. Meski pun sedih sebab tiada baju raya baru tapi ary masih bersyukur. Berbanding dengan orang lain yang tak ada baju raya. Alhamdulillah.. Jadi, andai ditakdirkan dapat duit raya dari Annas Easkey, ary dah mimpi nak beli tudung sehelai. Huhuhu.


Kata-kata semangat buat Annas Easkey
Dengan bernadakan ala-ala cerita Korea, FIGHTING!! Ngeh3.. 

Friday, 10 August 2012

Mengalah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam


Waktu kecil, bila gaduh dengan adik,..
Ibu selalu cakap..

"Awak kan dah besar.. Cuba lah MENGALAH,"


Bila dah mula dewasa dan mempunyai diskusi dengan mereka yang lebih tua,..
Tanpa perlu ditegur dan sudah pandai fikir sendiri,..

Akan MENGALAH dengan sendirinya tanpa perlu diminta sesiapa..


Mengalah bukan kerana TAKUT tapi kerana ada nya rasa tolak ansur dan hormat bagi mengelakkan sebarang perlakuan bermasam muka.

Thursday, 9 August 2012

Ramadhan Terakhir Buat Totty..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang..


Hari ni ary dalam mood kemurungan kerana kehilangan salah seorang teman yang sentiasa di sisi. Bila ary ada masalah, ary selalu habaq kat dia. Salu main guling-guling dengan dia. Malah, ary suap dia makan. Tetiap hari ciom dia walaupun dia tak baper nak wangi.


Sejak kebelakangan ni, totty macam tak sihat je. Asyik tidur je. Bila ary panggil, baru dia celik. Tapi, pagi tadi, waktu ary nak kejut dia sahur, totty tak celik pun. Ary sapu kan air di muka totty, tapi dia masih kaku. Aru goyangkan badan totty beberapa kali dengan harapan totty sedar. Dalam hati, ary berharap yang totty cuma bergurau dengan ary dan buat-buat tidur.


Namun, selepas beberapa minit ary usahakan macam-macam nak buat dia sedar, tapi dia masih lagi kaku. Tiada jawapan. Dan ary tahu yang totty dah tinggalkan ary. Tinggalkan ary dan dunia buat selamanya.




Totty, maafkan ary sebab tak jaga totty dengan baik. Setiap kali nampak notty (kawan totty), ary teringat pada totty. Rasa sedih dan sebak.. Terima kasih kerana mendengar setiap permasalahan ary biarpun ary tahu yang totty hanya seekor kura-kura.

Wednesday, 8 August 2012

Manisnya Kurma Ini..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^




EH? Bukan kurma ya^^ Kek lah^^ Kurma dengan kek pun dah tak tahu beza ye, ary? Ramai betul duk berebut baskin robbin. Ajak juga ayah.. Then, ayah kata, tak kuasa nak pi ramai benor. Ramai duk berebut baskin robbin. Berapa ramai pula yang berebut berkat 10 ramadhan terakhir ye?

Tuesday, 7 August 2012

Andai Diberi Peluang untuk Tahu Masa Hadapan, Apa yang akan Kita Lakukan?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^


Ary baru sahaja habis baca sebuah komik yang bertajuk - Rapat Dalam Kejauhan


Berlatarbelakang kan kehidupan di China, komik ini mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Xiaotian yang mula huru hara dengan kehadiran seorang remaja lelaki yang bernama Li Wei. Lebih mengejutkan lagi apabila Li Wei mengakui bahawa Xiaotian merupakan ibunya. Dari situ, Xiaotian mula mengetahui kehidupannya pada masa  hadapan termasuk kematiannya sendiri.




Komik ini merupakan komik kedua yang mampu membuatkan ary mengalirkan air mata selepas komik Satu Musim untuk Selamanya. Jalan ceritanya seakan-akan. Dan buat pengetahuan korang, komik Rapat dalam Kejauhan ini memperolehi Pingat Emas Anugerah Manga Antarabangsa Ke-4. 


Andai diberi peluang untuk tahu masa hadapan lebih-lebih lagi tentang kematian, pasti ramai yang akan menikmati setiap detik yang tersisa. Tapi, yang peliknya, walaupun dah tahu tentang keadaan di akhirat nanti, masih ramai manusia yang alpa. Dan ary salah seorang darinya.

Monday, 6 August 2012

What your Birthday says about your Career?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Facebook ada macam-macam application yang mengarut-ngarut dan ary sangat suka untuk cuba application-application tersebut. Hari ni, ary cuba application What your Birthday Says about your Career? Dan resultnya:




Terus-terang.. Hampir kesemua career yang di-state dalam result tu pernah ada dalam angan ary. Kecuali veterinarians dan sportspeople. Sebab ary tak suka sukan-sukan ni. So, memang confirm OUT OF LIST:P Nak cuba? Klik sini^^

Sunday, 5 August 2012

Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Pencarian Blogger Aktif #2
Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com
5/8/2012 hingga 12/8/2012

Untuk malam ini, setelah sekian lama tidak join segmen, ary pun meng-join-kan diri. Nak join? Klik saja banner di atas^^

Lukisan di Hujung Minggu


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Hujung minggu - Boleh jadi ada yang habiskan masa dengan tidur. Ada juga yang mungkin pi meronda beli baju raya, atau ada yang meniaga. Ary tolong ibu buat kuih raya. Terus-terang, untuk berada di dapur dan masak adalah bukan kemahiran ary. Tapi memandangkan adik tak ada, tugas ary adalah untuk assist ibu buat kuih raya.


After habis buat kuih, ary mula kan melukis. Actually, sambung lukisan semalam yang ary baru lukis separuh. Better lah dari sebelum ini. Memandangkan ary agak tidak rajin untuk membuat strokes menggunakan photoshop, ary mengambil keputusan untuk lukis menggunakan software Paint Tool SAI
Nampak juga bentuk muka manusia dan bukan kartun macam dulu^^

Saturday, 4 August 2012

Tips Shopping | Aspek yang perlu Difikirkan bila Raya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^


Ary baru je lepas shopping baju raya. Tahun ni, ayah telah memberi sedikit peruntukan untuk setiap anak-anaknya. Jadi, ary boleh gunakan peruntukan yang ayah berikan untuk beli semua persiapan pakaian raya. Dari atas sampai bawah. e.g baju kurung, tshirt, kemeja, jeans, sandal/kasut, etc.


Jadi, hari ni ary nak kongsi cara shopping raya versi ary. Dan fokus kali ini adalah pada shopping PAKAIAN raya.




Harga merupakan aspek penting bagi ary bila ary nak membeli pakaian baru. Ary akan cuba dapatkan harga yang berpatutan untuk setiap barang yang ary beli. Apa yang dimaksudkan dengan berpatutan bagi ary? Bersesuaian dengan nilai semasa memakainya. 


Contoh: RM30 untuk sehelai baju lengan pendek adalah mahal buat ary. Tak kisah lah jenama apa pun. Sebab baju tu akan di-cover dengan cardigan or jacket. So, nak buat apa mahal-mahal kan?


Macam shopping semalam, semua baju lengan pendek untuk perempuan mahal-mahal belaka. Semuanya RM25++. Then, ary temankan ibu ronda di bahagian pakaian lelaki. Tiba-tiba je ary terpandang sehelai baju lengan pendek. 




Eh?? Baju pompuan ke jantan ni?? Sebab baju tu berwarna pink terang dan cutting nya seakan-akan baju perempuan. So, lepas usha harga tshirt tu, ary pun decide nak beli. Ada kesah baju tu baju pompuan ke jantan? Kalau pakai kat badan, nampak pompuan jugak:P   Instead of bayar RM30++, ary decide untuk beli baju tu dengan harga RM13.


Then, if beli jeans, ary akan cari jeans yang memberi potongan diskaun yang tinggi. Dan seperti biasa, ary tak kesah jenama apa, janji murah dan jeans itu selesa untuk dipakai. Itu bermaksud jeans itu tidak menyempit dan menyendatkan kaki.  Kalau di KL, ary suggest beli jeans di SOGO sebab harga jeans di sogo agak murah.  Jeans SAHAJA. 




Kalau perasan, ary ada bold kan beberapa perkataan dengan warna biru. Itu antara perkara yang ary akan nilai before beli sesuatu. BTW, dah habis shopping raya? ^^

Blogger Maria Elena Jadi Duta JOHNSON'S??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat pagi guys^^


Melayan youtube dari lepas sahur tadi. Yang tak boleh blah, dari surah ke zikir, zikir ke lagu hindustan, lagu hindustan ke iklan?? Terserempak pula dengan maria elena di youtube. Hhuhuhu.




Wahhhhh... Nampak gayanya blogger sekarang ni telah mendapat tumpuan dari semua pihak termasuk syarikat-syarikat besar. Kalau dulu, Fatin Liyana jadi cover novel, sekarang maria elena pula jadi duta johnson's. Pandai lah syarikat-syarikat ni nak tarik blogger suruh beli johnson's kan? Plus, pengaruh maria elena pun besar dalam dunia blog ni. Confirm lah ramai follower, stalker walker akan beli produk ni. 


Ary pun nak jadi duta juga lah. Duta bantal peluk busuk pun jadi lah. HahahaXD

Thursday, 2 August 2012

Environment Biasa di Masjid/Surau Sepanjang Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^


Semalam, ary ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat SUNAT tarawikh. Saja je nak caps lock perkataan sunat tu supaya kita sentiasa beringat yang ianya bukan lah wajib seperti solat lima waktu. Keadaan di masjid sudah menjadi semakin lengang.


Dengan hanya 4 saf di bahagian lelaki dan satu saf yang tidak penuh di bahagian perempuan, tarawikh ditunaikan. Ary ingat lagi waktu first day tarawikh, ramai yang datang sampaikan nak duduk tahiyat akhir pun berhimpit. Huhuhu. 




Biasalah tu. Mungkin ada yang sibuk berniaga di bazar ramadhan. Ataupun penat balik dari kerja atau buat kuih raya, etc. Mungkin juga ada yang buat di rumah. Tak apa lah. Tak dosa pun kalau tertinggal tarawikh.


Seperti mana gambar di atas tu terbahagi, bulan ramadhan juga dibahagi kepada 3fasa - kerahmatan, keampunan, keselamatan dari api neraka. Setiap 1fasa mengandungi 10 hari. Dan sekarang kita berada di fasa kedua - keampunan. *ary baru tahu sebenarnya pasal fasa-fasa ni. 

Wednesday, 1 August 2012

Kad Raya Exclusive Ary Lee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Ary dah sediakan beberapa keping kad raya untuk kawan blogger. Tujuannya bukan untuk mengampu atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Tapi, bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.