Wednesday, 31 October 2012

Meeting & Separating


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat .... (fill in the blank)^^


Mengapa kita berjumpa
Dan mengapa kita bercinta
Niat hatiku taknak berpisah
Apakan daya jodoh tiada

Pernah dengar lagu tu? Tak pernah? Macam mana pula dengan lagu kat bawah ni..

Mengapa ku disiksa
Kenapa kita bersua?
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita


Tak tahu juga? Hurrrmmmm.. Maknanya tak boleh dikategorikan sebagai orang melayu ni. Hehehe. Jadi topik hari ini adalah Meeting & Separating. Dalam bahasa melayunya adalah Pertemuan & Perpisahan. Ye ke? Kalau gugel translate ary silap, Maafkan saya:P


PERTEMUAN. Pertemuan tidak pernah dirancang dan tidak pernah diketahui. Kita tidak pernah plan dan expect untuk jumpa orang yang kita kenal pada hari ini. 




PERPISAHAN. Perpisahan itu pula pasti. Biarpun kita cuba mengelak dari berlakunya perpisahan. Namun, satu lumrah kehidupan yang kita tidak dapat elak adalah maut. Maka, secara automatiknya berlakulah perpisahan.


Tapi pernah tak kita terfikir kenapa kita takkan pernah tahu kita akan berjumpa seseorang? Dan pernah tak kita terfikir kenapa kita tahu tentang KENYATAAN satu hari nanti kita akan berpisah dengan orang yang kita kenal?

Rabu yang Bisu - Urmmmmm.. Nyam Nyam^^


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat tengahari^^



Tuesday, 30 October 2012

Pengalaman Interview untuk Internship Halim&Lee Chartered Accountant


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


"Ary, ada presentation ke?"

"Weyh, comeyh nya hari ni. Present apa?"

"Presentation subjek apa ni?"


Semua duk ucapkan good luck pada ary untuk presentation. Sedangkan ary nak pergi interview untuk internship. Yelah. Memang jarang nak nampak ary pakai formal. Kalau ada presentation pun, lebeyh-lebeyh ary akan sarung kemeja dan jeans. No slack. Tapi untuk interview kali ini, ary pakai kemeja dan slack. Kasut hitam berkilat lagi. Hehehe. 


Mesti ramai yang pelik. Setakat internship je pun. Siap nak interview. Ary pun pelik juga sebenarnya. Tapi bagus lah juga. At least, boleh ary siapkan diri untuk interview kerja nanti. Jadi, interview pertama ary adalah di Halim & Lee - sebuah chartered accounting firm yang terletak di Phileo Damansara 1.




Interview berjalan lancar. Kebetulan, ary di-interview oleh Audit Manager Halim&Lee iaitu Mr Vincent. Hanya soalan-soalan tipikal yang ditanyakan iaitu tentang diri sendiri, isu elaun, etc. Tiada soalan teknikal yang ditanyakan kecuali soalan asas pengetahuan akaun - soalan debit credit yang mudah. E.g belian, depreciation, disposal.


Staff di Halim&Lee juga ramah dan murah dengan senyuman. Malah, firma ini mempunyai tenaga kerja yang balance. Means that melayu=cina. So, tak ada lah rasa ada racism di situ.


Jika orang tanyakan ary, adakah Halim&Lee adalah pilihan yang tepat untuk buat intern, melalui soal jawab dengan audit manager sendiri, ada beberapa faktor perlu diambil kira:
  • Elaun untuk audit trainee adalah RM500 sahaja. Ary letak RM600++ dalam form. Mr Vincent tu awal-awal dah inform pasal elaun, tak tahu dapat or tak amaun yang ary state tu.
  • Audit trainee akan diberi latihan menggunakan software audit yang digunakan syarikat tersebut.
  • Pengangkutan. Memang dekat dengan UM tapi tiada public transport kecuali teksi. Kenderaan kereta tidak digalakkan kerana parking berbayar dan bukan free of charge. Ary dan kawan dicaj RM5 untuk parking kami yang hanya selama 2jam tu. Untuk motor, kira ok lah. 
Jawapan untuk interview akan diberitahu hujung minggu ni. Ary pula baru sahaja terima panggilan untuk interview SMART FOCUS pada petang ini. Harap segalanya berjalan lancar seperti semalam. Aminnnnn...

Friday, 26 October 2012

savevid.com - Alternatif Download Video dari Youtube


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang


Rata-rata kawan ary menggunakan Youtube Downloader untuk download video dari youtube. Tak kurang juga kawan ary yang menggunakan Internet Download Manager (IDM). Dua-dua ary pernah guna. Youtube Downloader ary guna waktu sekolah menengah dan IDM digunakan selepas masuk U. Bezanya, download menggunakan IDM adalah lebih devasss dan laju^^


Savevid.com - alternatif lain yang boleh digunakan untuk download video dari youtube. Berbanding youtube downloader dan IDM, savevid.com tidak memerlukan apa-apa aplikasi di-install ke dalam lappy. Cuma perlu update dan install java je if lappy anda tiada java. Atau dalam erti kata lain adalah, ia merupakan downloader online. 


Langkah untuk download menggunakan savevid.com adalah mudah semudah A.B.C! HahahaXD  Cuma perlu copy+paste link URL video yang hendak didownload dan klik lah download dengan gumbiranya. 




Kemudian, akan ada loading dan pop-up window"Run This Application". Just klik Run. Pilih format video yang korang nak download, dan selepas beberapa klik teknikal yang dilakukan, video akan di-download. Kelajuan meng-download tidak dapat dikenal pasti^^ 




Apapun, Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan buat mereka. Aidiladha makin kurang dirasai. Mungkin dirasai mereka-mereka yang mempunyai keluarga yang menunaikan ibadah haji dan membuat korban. Akhir kata, Lov U^^  * tetiba menggedik.

Tuesday, 23 October 2012

Suara Ary Lee #1


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^




Monday, 22 October 2012

LOL - Sign of Concern


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^




This is what happened in my faculty. Iklan barang hilang bertulis tangan ditampal di dinding fakulti. Yang paling LOL dan tak boleh blah bila ada je yang syiok menunjukkan sign of concern mereka tu. 

Wednesday, 17 October 2012

Case Study Ary Lee - Teori Kant


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Sekali lagi ary ditemukan dengan seorang manusia yang dalam kesusahan. Kali ini merupakan tutor-er coursework International Business Management ary - Miss T. Biar ary describe kan sedikit tentang dia supaya cerita menjadi lebih jelas seakan-akan saluran televisyen HD di depan mata. Miss T merupakan seorang foreigner dari India. Dan jelas sekali bahawa dia adalah bukan islam. Berumur awal 30-an.


Kebetulan ary berniat untuk ke fakulti bersebelahan untuk membeli makanan tengahari. Ary lihat dia sedang menelefon seseorang dalam keadaan kecemasan. Ary tegur perlahan dan menanyakan jika ada sebarang masalah. Miss T memberitahu masalahnya. Kereta nya di-clamp gara-gara diletakkan di tepi jalan kerana parking sepatutnya telah penuh. 


Memandangkan ary pun tidak tahu prosedur seterusnya, ary mencadangkan supaya Miss T hubungi nombor yang terdapat dalam kertas saman yang ditinggalkan di cermin kereta. Setelah Miss T hubungi nombor tersebut, kelihatan berlaku konflik lalu ary tawarkan diri untuk bercakap dengan pegawai tersebut. Miss T diminta untuk ke pejabat keselamatan untuk urusan pembayaran saman RM150 dan urusan selanjutnya.


Sememangnya ary tiada kelas petang. Jadi ary menawarkan diri untuk menghantar dan menemani Miss T di pejabat keselamatan. Setelah tiba di pejabat keselamatan, ary minta Miss T untuk turun dari kereta terlebih dahulu sementara ary cari parking. Bila ary pergi ke pejabat keselamatan after a few minutes, ary lihat Miss T berdiri bagai kan tunggul dan tiada seorang staf yang membantu Miss T. 


Sekali lagi ary mulakan bicara menanyakan prosedur dan bayaran. Seingat ary, kawan ary pernah kena clamp dan dapat pengurangan saman. Jadi ary cuba untuk mendapatkan pengurangan saman. RM150 agak tinggi bagi ary.  


Miss T yang tidak tahu berbahasa melayu bagaikan tercengang mendengar perbualan kami kerana tidak memahami sepatah haram pun. Staf keselamatan cuba untuk membuat penjelasan dalam bahasa Inggeris kepada Miss T tapi ary sendiri pun tak faham apa yang dia cakap. Inikan pula Miss T foreigner dari India. Jadi, secara tidak semena-mena ary jadi translator antara mereka berdua.


Akhirnya staf tersebut bersetuju untuk mengurangkan pembayaran saman tapi Miss T harus menulis surat rayuan pengurangan terlebih dahulu. Dan surat tersebut dalam bahasa melayu. Sekali lagi ary tawarkan diri untuk salin surat rayuan tersebut kerana tiada guideline disediakan untuk menulis surat rayuan tersebut. Tambahan lagi, mana mungkin Miss T nak tulis surat dalam bahasa melayu. 


Sambil menulis surat, Miss T meluahkan masalahnya yang sering berhadapan dengan masalah bahasa. Katanya, kebanyakan surat rasmi dan e-mel yang diterima adalah dalam bahasa melayu biarpun kami sedia maklum bahawa dah semakin ramai bilangan foreigner yang terdiri daripada kalangan penuntut mahupun tenaga pengajar. Ary menyarankan supaya Miss T mencadangkan pihak pejabat untuk menggunakan bahasa inggeris untuk tujuan surat-menyurat. Katanya, sebagai langkah menyahut 1Malaysia, bahasa Melayu diutamakan oleh institusi kerajaan dan ipta. 


Sementara kami menunggu clamp di kereta Miss T dibuka, datang seorang budak perempuan bertudung labuh. Jelas sekali bahawa kereta dia turut di-clamp. Setelah beberapa minit berdiam diri, mungkin memikirkan sesuatu, dia menyapa ary.  Langsung tidak disapanya Miss T yang berada di sebelah ary. Sedangkan dia tahu dari asalnya yang ary ada bersama dengan Miss T ketika itu.


Ary tanyakan mana diletaknya kereta sampai kena clamp. Bila ditunjuk, ary tersenyum. Ary teringat kawan ary yang memarahi dan memaki hamun kereta tersebut - Menyusahkan orang betullah! Kemarahannya timbul bukan tidak bersebab. Kereta kenari hitam itu di-parking di tengah satu-satunya lorong keluar dari parking. Jadi, 6-7 kereta terpaksa diundur serentak untuk keluar. 


Bila ditanya, budak perempuan itu cuma memberitahu yang dia parking hanya untuk sebentar. Ary tanya lagi, berapa lama? Setengah jam a.k.a 30minit. Ary cuma mampu mengangguk. Niat untuk menegur pastinya hanya akan membangkitkan amarah budak perempuan itu yang sedang bengang dan hangin apabila keretanya di-clamp. 


Treat people like u want to be treated.

Jangan susahkan orang andai tidak mahu disusahkan.
Pssssttt,.. Itu bukan translation ye^^

Rabu yang Bisu - Sendiri


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^



Tuesday, 16 October 2012

Hidup Bukan untuk Derita


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Hidup kita bukan untuk derita
Juga derita tidak selamanya
Jangan dibuang usia yang masih muda
Agar tak kesal di hari muka


Dari tadi ary asyik taip dan delete. Taip-taip lagi dan delete semula. Taip dan terus taip.. Tapi diakhirnya cuma mampu delete dan delete lagi.  Bukan kerana tidak berjaya mengejar lirik lagu yang ary sedang dengar ni. Tapi ary tak tahu part lirik yang mana ary nak kongsi.  


Old school, lame and boring!  Itu term yang selalu kawan ary label kan pada ary. And my respon was like... Its fine^^  The fact is tastes ary selalu klasikal walaupun dari segi luaran orang labelkan ary rockstar. Rockstar lah 'SANGAT'. HahahaXD




Bagi ary, it might be such a boring, lame and old school song, tapi bila ary nilai semula lirik lagu yang penuh dengan pesanan dan mesej, ary terasa nak dengar lagu tu berulang kali dan reflect lirik tu pada diri ary. Dengan cara itu, sedikit sebanyak ary cuba untuk inject positive element dalam diri ary. Insya-ALLAH^^

Doa Untuk Dia yang Tidak Ku Kenali


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Sebentar tadi, ary berjumpa dengan teman ary di Hospital Sungai Buloh. Sementara menunggu ketibaan teman, ary tunggu dalam kereta yang diparking berhadapan kolej kediaman UITM kampus sungai buloh. Sambil mata melilau ke sana ke sini, ary terlihat kelibat seorang budak perempuan yang memakai lab coat. 


Dalam hati ary, terdapat satu rasa. Rasa sebak dan hiba. Melihatkan wajah budak perempuan yang berbadan agak besar sedang berjalan kepenatan. Bukan nya dekat jarak hospital dengan kolej kediaman. Tambah lagi dengan keadaan kawasan itu yang agak gelap. 


Ary ingin sahaja menawarkan diri pada budak perempuan itu untuk hantar sampai ke dalam kawasan kolej kediaman. Tapi waktu tu, syaitan membisikkan bermacam-macam soalan di telinga ary sehinggalah kelibat dia yang tidak ary kenali hilang dari pandangan mata. Waktu tu kesal memeluk hati.


Tangan ary tadah. Perlahan ary ucapkan, Ya ALLAH, semoga dia akan menjadi doktor yang berjasa kepada negara, agama dan bangsa. Semoga dipermudahkan jalannya. Lindungilah dia dari segala bahaya ketika dia sedang menuntut ilmu-Mu. Dan berikanlah dia ganjaran kejayaan setimpal dengan usahanya. Amin.


Ary fahami perasaan dia. Kerana ary juga pernah berbuat begitu sebelum adanya kereta.

Monday, 15 October 2012

Redha Akan Kehilangan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^

Masih ingat lagi entri kisah hampir-hampir kehilangan lappy tersayang? Hah.. Kali ni, ary telah betul-betul kehilangan. Tapi bukan lappy yang menjadi subjeknya. Tapi jam tangan ary yang ary guna tak sampai setahun rasanya. 


Ary sedari kehilangan jam tu bila ary cek poket ary. Yelahh.. Last ary simpankan di dalam poket waktu nak ambil wudhuk. Tapi ary sedari hanya kunci kereta dan handphone je yang ada. Kawan ary mula cuak bila ary habaq jam ary yang berharga RM350 tu hilang. Siapa tak cuak kan? Bukan 10hengget. 




Ary ikhtiar juga untuk cari semula di toilet dan surau. Tapi dalam hati ary, sekali lagi ary merasakan ketenangan dan tiada kegusaran seperti mana perasaan ary ketika kejadian laptop tu. Tapi, bila ary sedari yang rezeki benar-benar tidak memihak kepada ary, hanya senyuman yang mampu ary ukirkan. 


"Kau ni aku tengok tenang je barang kau hilang. Bukan murah-murah," Kawan ary tegur. Mungkin dia pelik dengan sikap ary yang mampu tenang biarpun barang berharga ary hilang. 


"Beyh, jam tu memang mahal. Tapi tak semahal kau dan orang-orang yang aku sayang. Biar aku hilang jam ,asalkan jangan hilang orang-orang yang aku sayang. Apalah sangat jam tu kalau dibandingkan dengan orang yang aku sayang".  




Terima kasih jam kerana jasamu buatku selama ini.
Halal buatmu yang menjumpai jam itu dan semoga ianya dapat dimanfaatkan^^

Wednesday, 10 October 2012

Rabu yang Bisu - Titanic Mood


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^



Tuesday, 9 October 2012

Haq


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Bukan berkisarkan cerita filem Haq yang dibintangi Zulhuzaimy atau Adi Putra. Tapi ary nak kongsi kisah ary di mana ary belajar tentang HAQ. 


Hari ini, ary bawa lappy ke fakulti dengan tujuan untuk menyiapkan latihan yang tertunggak. Apabila tamat kelas pada pukul 2, ary balik ke bilik. Sambil berguling-guling, terasa nak hupdate blog. Bila ary buka-buka beg, ary menyedari lappy ary tiada. 


Ary cukup pasti ary tertinggal laptop di fakulti. Waktu tu, memang tiada perasaan risau atau takut hilang. Kerana ary cukup YAKIN dengan ALLAH s.w.t. Jika benar laptop itu masih lagi hak ary, ianya pasti ada. Namun, hampa kerana tiada apa di bilik tutorial yang ary guna. Yang ada cuma bangku-bangku kosong tanpa sebarang apa di atasnya. 


Ary tersenyum hampa. Ary menuju ke Dataran Za'ba lalu duduk di sebelah teman se-batch. Kami teman biasa-biasa je. memang jarang bertegur sapa. Tapi entah kenapa. Terluncur dari bibir ary - "Nak tau tak? lappy ary hilang". Dan kuasa Allah, teman itu memberitahu ary, semasa kelas dia tadi, ada orang simpankan laptop tidak bertuan dan pulangkan laptop itu pada pejabat fakulti. 


Waktu itu, hanya ucapan ALHAMDULILLAH sahaja yang mampu diucapkan. Masuk sahaja kereta, ary tadahkan tangan dan hanya mampu ucapkan segala puji-pujian buat-Nya yang telah menjaga hak ary sebaik mungkin. 


Percayalah. Jika benar sesuatu itu adalah hak kamu, macam mana pusing pun, ianya pasti akan ditemukan. Jadi, andai kehilangan sesuatu, redha lah kerana mungkin itu bukan hak kamu.

Thursday, 4 October 2012

Facebook Gag - Many Likes, No Comment


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^



Wednesday, 3 October 2012

Rabu yang Bisu - CS6 Extended


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^



Mencari Hidayah-Nya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^


Dataran Zaaba, Fakulti perakaunan dan perniagaan di Universiti Malaya. 10 pagi. 


Ary menghampiri seorang perempuan bertudung labuh dan berjubah hitam. Biarlah dia dikenali dengan nama Saleha. Dulunya, Saleha cuma seperti gadis biasa yang memakai t-shirt, jeans dan masih lagi tidak mengenakan tudung. Tapi sekarang, Saleha telah berubah. 


Ary menghampiri Saleha dan bertanyakan tentang perubahan dirinya. Terlebih dahulu ary meminta maaf pada Saleha andai kata pertanyaan ary sensitive dan mengguris hati Saleha. Saleha, kenapa dan macam mana kau berubah menjadi lebih baik? Dulu kau freehair tapi sekarang dah bertudung. Labuh pula tu. 



Bertanya bukan kerana tidak suka dan annoying dengan perubahan Saleha. Bertanya kerana ingin turut sama menjadi yang lebih baik. 


Entahlah. Semuanya secara tiba-tiba. Aku sendiri tak sedar bila aku berubah. Kata Saleha lagi, dulu dia adalah seorang yang sering mempertikaikan hukum Allah. Hingga lah suatu hari hatinya digerakkan untuk memakai tudung. Sedangkan waktu tu, dia tak ada pun niat nak berubah jadi baik. Katanya, semua ni ibarat takdir yang telah tertulis. 


Alhamdulillah.. Ary bersyukur apabila perubahan yang baik berlaku pada orang sekeliling ary. Sementara ary masih lagi mencari. Mencari dan terus mencari. Semoga Allah tunjukkan perkara yang benar pada ary tanpa perlu diberi kesusahan dan membuka aib diri ini. Amin..


Dari-MU ku temukan hidupku..
Bagiku.. KAU lah cinta sejati..