Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^
Sekali lagi ary ditemukan dengan seorang manusia yang dalam kesusahan. Kali ini merupakan tutor-er coursework International Business Management ary - Miss T. Biar ary describe kan sedikit tentang dia supaya cerita menjadi lebih jelas seakan-akan saluran televisyen HD di depan mata. Miss T merupakan seorang foreigner dari India. Dan jelas sekali bahawa dia adalah bukan islam. Berumur awal 30-an.
Kebetulan ary berniat untuk ke fakulti bersebelahan untuk membeli makanan tengahari. Ary lihat dia sedang menelefon seseorang dalam keadaan kecemasan. Ary tegur perlahan dan menanyakan jika ada sebarang masalah. Miss T memberitahu masalahnya. Kereta nya di-clamp gara-gara diletakkan di tepi jalan kerana parking sepatutnya telah penuh.
Memandangkan ary pun tidak tahu prosedur seterusnya, ary mencadangkan supaya Miss T hubungi nombor yang terdapat dalam kertas saman yang ditinggalkan di cermin kereta. Setelah Miss T hubungi nombor tersebut, kelihatan berlaku konflik lalu ary tawarkan diri untuk bercakap dengan pegawai tersebut. Miss T diminta untuk ke pejabat keselamatan untuk urusan pembayaran saman RM150 dan urusan selanjutnya.
Sememangnya ary tiada kelas petang. Jadi ary menawarkan diri untuk menghantar dan menemani Miss T di pejabat keselamatan. Setelah tiba di pejabat keselamatan, ary minta Miss T untuk turun dari kereta terlebih dahulu sementara ary cari parking. Bila ary pergi ke pejabat keselamatan after a few minutes, ary lihat Miss T berdiri bagai kan tunggul dan tiada seorang staf yang membantu Miss T.
Sekali lagi ary mulakan bicara menanyakan prosedur dan bayaran. Seingat ary, kawan ary pernah kena clamp dan dapat pengurangan saman. Jadi ary cuba untuk mendapatkan pengurangan saman. RM150 agak tinggi bagi ary.
Miss T yang tidak tahu berbahasa melayu bagaikan tercengang mendengar perbualan kami kerana tidak memahami sepatah haram pun. Staf keselamatan cuba untuk membuat penjelasan dalam bahasa Inggeris kepada Miss T tapi ary sendiri pun tak faham apa yang dia cakap. Inikan pula Miss T foreigner dari India. Jadi, secara tidak semena-mena ary jadi translator antara mereka berdua.
Akhirnya staf tersebut bersetuju untuk mengurangkan pembayaran saman tapi Miss T harus menulis surat rayuan pengurangan terlebih dahulu. Dan surat tersebut dalam bahasa melayu. Sekali lagi ary tawarkan diri untuk salin surat rayuan tersebut kerana tiada guideline disediakan untuk menulis surat rayuan tersebut. Tambahan lagi, mana mungkin Miss T nak tulis surat dalam bahasa melayu.
Sambil menulis surat, Miss T meluahkan masalahnya yang sering berhadapan dengan masalah bahasa. Katanya, kebanyakan surat rasmi dan e-mel yang diterima adalah dalam bahasa melayu biarpun kami sedia maklum bahawa dah semakin ramai bilangan foreigner yang terdiri daripada kalangan penuntut mahupun tenaga pengajar. Ary menyarankan supaya Miss T mencadangkan pihak pejabat untuk menggunakan bahasa inggeris untuk tujuan surat-menyurat. Katanya, sebagai langkah menyahut 1Malaysia, bahasa Melayu diutamakan oleh institusi kerajaan dan ipta.
Sementara kami menunggu clamp di kereta Miss T dibuka, datang seorang budak perempuan bertudung labuh. Jelas sekali bahawa kereta dia turut di-clamp. Setelah beberapa minit berdiam diri, mungkin memikirkan sesuatu, dia menyapa ary. Langsung tidak disapanya Miss T yang berada di sebelah ary. Sedangkan dia tahu dari asalnya yang ary ada bersama dengan Miss T ketika itu.
Ary tanyakan mana diletaknya kereta sampai kena clamp. Bila ditunjuk, ary tersenyum. Ary teringat kawan ary yang memarahi dan memaki hamun kereta tersebut - Menyusahkan orang betullah! Kemarahannya timbul bukan tidak bersebab. Kereta kenari hitam itu di-parking di tengah satu-satunya lorong keluar dari parking. Jadi, 6-7 kereta terpaksa diundur serentak untuk keluar.
Bila ditanya, budak perempuan itu cuma memberitahu yang dia parking hanya untuk sebentar. Ary tanya lagi, berapa lama? Setengah jam a.k.a 30minit. Ary cuma mampu mengangguk. Niat untuk menegur pastinya hanya akan membangkitkan amarah budak perempuan itu yang sedang bengang dan hangin apabila keretanya di-clamp.
Treat people like u want to be treated.
Jangan susahkan orang andai tidak mahu disusahkan.
Pssssttt,.. Itu bukan translation ye^^