Tuesday, 9 October 2012

Haq


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Bukan berkisarkan cerita filem Haq yang dibintangi Zulhuzaimy atau Adi Putra. Tapi ary nak kongsi kisah ary di mana ary belajar tentang HAQ. 


Hari ini, ary bawa lappy ke fakulti dengan tujuan untuk menyiapkan latihan yang tertunggak. Apabila tamat kelas pada pukul 2, ary balik ke bilik. Sambil berguling-guling, terasa nak hupdate blog. Bila ary buka-buka beg, ary menyedari lappy ary tiada. 


Ary cukup pasti ary tertinggal laptop di fakulti. Waktu tu, memang tiada perasaan risau atau takut hilang. Kerana ary cukup YAKIN dengan ALLAH s.w.t. Jika benar laptop itu masih lagi hak ary, ianya pasti ada. Namun, hampa kerana tiada apa di bilik tutorial yang ary guna. Yang ada cuma bangku-bangku kosong tanpa sebarang apa di atasnya. 


Ary tersenyum hampa. Ary menuju ke Dataran Za'ba lalu duduk di sebelah teman se-batch. Kami teman biasa-biasa je. memang jarang bertegur sapa. Tapi entah kenapa. Terluncur dari bibir ary - "Nak tau tak? lappy ary hilang". Dan kuasa Allah, teman itu memberitahu ary, semasa kelas dia tadi, ada orang simpankan laptop tidak bertuan dan pulangkan laptop itu pada pejabat fakulti. 


Waktu itu, hanya ucapan ALHAMDULILLAH sahaja yang mampu diucapkan. Masuk sahaja kereta, ary tadahkan tangan dan hanya mampu ucapkan segala puji-pujian buat-Nya yang telah menjaga hak ary sebaik mungkin. 


Percayalah. Jika benar sesuatu itu adalah hak kamu, macam mana pusing pun, ianya pasti akan ditemukan. Jadi, andai kehilangan sesuatu, redha lah kerana mungkin itu bukan hak kamu.

9 comments:

+kasih+ said...

Betul tu.. Kalau memang kita punya pasti Allah akan temukan juga kembali tapi kalau dah memang bukan milik kita carilah bagai nak gila memang xkan jumpa... Semoga kita semua menjadi umat2 yang sentiasa redha dengan kententuanNya.

Sally Samsaiman said...

syukur alhamdulillah la masih ade rezeki ary kan...

next time jgn careless.. ^_^

Eny Yusnizar said...

alhamdulillah selagi masih rezeki kepunyaan kita kan...

Cikgu Ma said...

alhamdulillah..ia amsih hak ary..

bukan senang nak didik jiwa meredhai...

Cik Kay Jue said...

heheh memang ada kena mengena pula dengan entry ckj ea.. :) alhamdulillah lappy tu masih milik ary... :) jaga elok2... jgn cuai lagi tau..

HannaNana Swift said...

alhamdulillah..pengajaran buat kite.. :)

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

yup pernah rasa mcm tu, kalo rasa xriso insyallah benda tak hilang, kalo rasa riso semacam memg hilang, kalo asik pk ilang2 je memg la brg ilang kan

nana kamarul said...

Nice entry! Boleh buat renungan :)

cci said...

syukran dpt lik lappy tu... :)

kalo da mmg btol hak kita kan..

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com