Monday, 16 September 2013

Losing-People-I-Love Year


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang


Entri ini ditulis dengan perasaan yang berkecamuk. Oleh itu, ary minta maaf seandainya penulisan ary kali ini berbaur peribadi. Namun, ary mengharapkan penulisan ary masih memberi pengisian yang berguna kepada yang membaca.


Tahun ini ary kehilangan ramai insan yang ary sayang. Ary kehilangan si dia yang berubah hati. Ary kehilangan pak cik ary yang sentiasa memberi kata-kata positif untuk ary. Ary kehilangan atuk saudara yang sentiasa membuatkan ary tersenyum apabila melihat senyumannya. Dan pada hari Rabu lepas, ary kehilangan atuk ary yang telah membesarkan ary selain ibu dan ayah ary. Sehinggakan ary terfikir, siapakah insan seterusnya yang akan berpaling dari ary? Astaghfirullah Al Azim.




Ary cuba kuatkan hati - ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untukmu, Ary. 


5 comments:

Sally Samsaiman said...

kuatkan semangat ye ary...setiap yg hidup tu pasti akan meninggalkan kita...salam takziah :')

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Orang berhikmah selalu berpesan..dalam setiap kehilangan, ada penggantian.

Sudah tentu Allah tidak memberi pengganti sama, tpi DIA beri apa yg hambaNya perlukan..

Kita faham perasaan tu ary.. kita juga pernah mempersoalkan takdirNya..

Yakinilah Dia, walaupun perit skrg ni..banyakkan berdoa ya.. :)

Syarafi[skyforce331] said...

semoga tabh ya ary :)

Sam Banjamin said...

sabarlah ari.. ujian buat mereka yg terpilih...

Tia Fatihah said...

kehilangan orang yang disayang juga adalah satu ujian untuk kita ary. suka atau tidak, kita kena terima. paling utama, kena bersangka baik pada pencipta kita.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com