Wednesday 31 July 2013

TRUE STORY: Epilog "Siapa yang Dia Pilih?"


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Suzuki Swift Merah ber-plat XXX 6061 adalah satu-satunya kereta di tempat letak kereta. Kelihatan Izzue sedang duduk termenung, memandang kosong pemandangan luar kereta.Seketika dia menoleh ke seat penumpang di sebelah. Kelihatan Shera tersenyum. Jemari Izzue cuba menyambut jemari Shera tapi hanya angin yang dia peroleh. Ternyata, itu hanya bayangan dirinya saja.


Sebak menguasai diri. Dadanya sesak. Fikirannya kusut. Air mata mencurah-curah sehingga terasa diri seperti anak kecil teresak-esak kehilangan ibunya. Bibir menyebut nama Shera tapi tiada siapa menyahut. Tiada juga yang menenangkan seperti selalu.


Lagu-lagu di radio pula seakan-akan turut bersama mengamati erti sebuah perpisahan. Dari satu lagu ke satu lagu. Pupus dari Dewa, That's why you go away dari MLTR, Hanya Aku dari Hyper Act, lalu terbawa sehingga "Dia yang Kau Pilih" dari Shahir. 




Mulut Izzue menyumpah lagu-lagu yang diputarkan. Macam tak ada masa lain je nak pasang lagu macam ni. Huh!


Telefon berdering. Kelihatan nombor asing bagi Izzue. Itu tidak menjadi sebab untuk dia tidak mengangkat panggilan tersebut. 


"Ehem.. Uhuk! Hello," Izzue cuba selindungkan suara nya yang tenggelam kerana puas menangis.


"Hi. May I speak to Izzue Fakhri?"


"Izzue speaking,"


"Hi,Izzue. I'm Eliza, calling from Kraft's Food. Edmund called you just now,right? Straight to the point, we would like to offer you for Junior Master Data Executive. Bla bla bla.. So, what do you say?"


Izzue terkedu. Tersenyum. Alhamdulillah.




Buka mata, hati, telinga
Sesungguhnya masih ada yang lebih penting
Dari sekadar kata cinta
- Mata, Hati, Telinga by Maliq & D'Essentials

Tuesday 30 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Terakhir (Episod 10)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Hari ni hari terakhir ary di kolej. Dah tiba masa untuk meninggalkan kolej yang menjadi tempat teduhan selama 4tahun di UM. Yang meng-spoilkan rasa touching adalah, ary ada LAPAN kotak yang ary nak kena angkut sorang-sorang! Cis! 


"Nak balik Melaka dah ke?" Ary kenal suara yang menegur semasa ary masukkan baran-barang ke dalam kereta. Suara Izzue. Izzue tersenyum tapi jelas kelihatan bahawa senyuman itu hambar. Tiada keikhlasan dan penuh kepura-puraan. 


"Assalamualaikum," Ary memberi salam. Saja nak mengusik kawan ni buat kali terakhir.


"Hahaha. waalaikumsalam," Izzue duduk di atas batu yang menjadi divider parking. Nampak seperti akan ada cerita yang akan diluahkan. Macam biasa lah tu..


=========================================




Izzue menaip mesej dari telefon bimbitnya. Pada mulanya, dia hanya nak send 1 je. Tapi disebabkan terlampau banyak benda yang harus dipesan, 1 menjadi 2. Malah, hendak masuk menjadi 3 mesej tapi dia cuba ringkaskan. Mesej itu adalah untuk Hazrin. Hazrin.


"Jom kita lunch," ringkas sahaja apa yang datang dari mulut Shera. Marah Shera pada Izzue masih belum hilang. Belum sempat izzue bertanyakan keinginan selera buah hatinya itu, telefon Shera berdering.


"Nak makan ni. Nanti dah sampai, owang call," Reaksi dari Shera semasa mengangkat panggilan telefon membuatkan hati Izzue berkecamuk. Tapi dia masih cuba mengekalkan senyuman di bibir. Hari ini adalah hari yang tepat. Tak lama selepas Shera meletakkan telefon, telefon Izzue pula berbunyi menandakan ada mesej yang perlu dibaca.Senyuman nya makin obvious membuatkan Shera curious. 


"Mesej siapa tu?" 


"Adalah," Izzue tersenyum nakal sambil membalas semula mesej yang diterima. Dan tidak lama selepas membalas, dia tersenyum apabila membaca mesej yang menyatakan "Thanks". 


"Siapa je? Bak sini phone,"Shera cuba merampas telefon bimbit Izzue. Pergelutan berlaku antara mereka buat seketika. Tapi Izzue melepaskan telefon bimbit dari tangannya apabila dia tahu yang once Shera NAK, dia kan tetap NAK tahu. 


"Sayang! What are doing?? Why are you texting Hazrin?? Ya Allah... I promise to him that you will never text him!" Nampak rasa kecewa di wajah Shera apabila mengetahui Hazrin adalah orang yang mesej dengan Izzue.


"I cuma nak tinggalkan pesan pada dia supaya jaga b elok-elok. I taknak lepaskan b sebab I nak jaga b. I risaukan b. kesihatan b. But I realize yang b perlukan dia lebih dari I. So, I rasa dah tiba masa untuk I berundur," Izzue menggenggam tangan Shera dan Izzue tahu itu mungkin kali terakhir dia mampu berbuat demikian. 


Suasana di dalam kereta menjadi senyap sunyi. Tiada suara. Biarpun telah tiba di kolej pengajian Shera, mereka berdua hanya membisu. 


"Dah. Gi naik dan solat Asar. Till we meet again,b" Air mula kelihatan bertakung di mata Izzue. Dia cuba bertahan. 


"Sayang, if satu hari nanti, b nak balik pada sayang balik, boleh?" Satu hari nanti? Kenapa perlu akan datang,b? Kenapa tidak sekarang? Itu apa yang Izzue fikirkan ketika Shera bersuara. 


Shera mencium tangan Izzue buat kali terakhir seperti yang biasa mereka lakukan sebelum ini. Izzue masih lagi mengekalkan senyumannya. Mata makin berkaca. Dan air mata terus mengalir apabila Shera menutup pintu dari luar kereta dan berlalu.




=========================================


"So, kau dan Shera dah tak ada apa-apa lah?" Betapa directnya soalan ary pada Izzue. Menyesal pun ada bila tanya soalan macam tu.Izzue tersenyum dan mengangguk perlahan.


"Jauh di sudut hati, aku masih lagi berharap,Ary," Izzue tertunduk. Mungkin cuba menyembunyikan rasa hatinya pada masa itu. Ary hanya memandang. Tak tahu apa yang perlu dikatakan. Biarpun simpati membaluti hati.



Wednesday 24 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Teaser Episod 10


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Izzue menghantar Shera pulang ke kolej seperti biasa. Tapi kali ini, dia berpegang pada 1keputusan. Sewaktu Shera meninggalkan telefon bimbitnya pada Izzue sementara waktu, Izzue mengambil nombor Hazrin dan save ke dalam telefon bimbitnya. Dia mendapat akal pada pagi itu dan dia perlu bertindak.


Izzue menaip mesej dari telefon bimbit miliknya lalu dihantar kepada Hazrin. Apabila Shera kembali semula, telefonnya berdering. Panggilan itu dari Hazrin. Shera menyambut panggilan tersebut. Izzue membuat muka selamba meski dalam hati rasa berapi.


Sesudah beberapa minit Shera meletakkan panggilan, Izzue mendapat mesej balas dari Hazrin. Izzue tersenyum dan kembali membalas mesej Hazrin. Tak sampai beberapa saat, Hazrin membalas dan Izzue hanya tersenyum melihat kata "Thank You" dari Hazrin.


Mengapa Hazrin mengucapkan terima kasih? Mengapa pula Izzue tersenyum? Apa yang dihantar oleh Izzue kepada Hazrin sebenarnya? Segalanya pasti terungkap dan kita akan tahu siapa yang dia pilih.


Credit: Google


Kau boleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu
Tapi kau memilih untuk yang satu itu
Yang paling dungu
Yang buat kau bersandar sambil airmata kau jatuh bertalu dan hati kau pecah beribu.

(#SeksiOvari: Fazleena Hishamuddin)

Tuesday 23 July 2013

True Story: "Siapa yang Dia Pilih?" - Terbiasa (Ep. 9)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Tanpa memanjangkan pembuka kata, kita straight to the point ke perbualan ary dan Izzue tentang kisah cinta Izzue dan Shera yang rasanya kita dapat agak apa penghujungnya. Malam itu, lebih kurang jam 2pagi, Izzue call ary. Dalam mamai, ary dengar  suara Izzue di talian. Suara Izzue tersekat-sekat. Macam nak cerita tapi tak sampai. Seakan-akan menahan rasa sebak. 



Ary tak tahu apa lagi ary patut cakap pada Izzue supaya dia berhenti berharap. Ary taknak Izzue terluka dengan lebih teruk lagi apabila dia terus berharap pada Shera. 

Monday 22 July 2013

Official Music Video Cinta Kasih by Nubhan & Mila


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam sekali lagi^^


Ini merupakan satu lagi music video yang ary nanti-nantikan setelah sekian lama selepas music video Sebulatnya. Bukannya apa.. Bukan sebab nak sangat tengok Mila & Nubhan.


Diakui. Mila & Nubhan bukan lah pelakon professional. Tapi mungkin disebabkan lagu Cinta Kasih yang popular gara-gara drama Cinta Qaseh lakonan Shahz Jaszle, Adi Putra & Wawa Zainal, membuatkan ary terpukau. Sedangkan ary tak tengok pun cerita tu. Huhuhu.




Ku anggap selamanya tak pernah berubah
Kasih & cintamu kekal untuk aku
Namun bukan aku akhirnya cintamu
Kini takdir engkau milik dia
- Izzue lagi?? HahahaXD


Lately ni, bila dengar lagu jiwang, asyik terbayang budak 2 ekor tu je. Nyampah! HahahaXD    Sebab bagi ary, cerita diorang tu, tragis bebenor. Entah bila nak sambung cerita. Nanti-nanti lah ye,nyah.. Amek mood dulu^^

Cara Bunuh Diri Senyap-Senyap


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Malam^^


Scary betul bila cakap pasal bunuh diri ni. Yelah. Bunuh diri ni isu sensitif. Yang peliknya, ada juga yang gatal tangan tu duk cari keyword "Cara Bunuh Diri Senyap2". Termasuk pula trafik semasa ary kat blog ni. 


Bukan nak cakap apa lah. Ary faham perasaan orang yang nak bunuh diri ni. Dulu, ary selalu fikir, kenapa lah ada orang sibuk nak bunuh diri bila putus cinta.. Macam tak ada orang lain je dalam dunia ni kan? Tapi hakikatnya, orang yang nak bunuh diri tu, rasa tertekan yang teramat.


Setiap orang mempunyai kemampuan menguruskan tekanan masing-masing. Bezanya cuma sampai tahap mana tekanan tu mampu diuruskan. 




Macam kawan ary, Izzue tu. Pernah dia tak makan lebih 24jam selagi tak jumpa Shera. Pernah dia hilang arah bila Shera buat hal. Sedangkan dulu, ary lihat dia sebagai antara yang paling kuat menghadapi dugaan. Tapi, yelah... Mungkin dah sampai tahap yang dia tak boleh nak hadapi. Hanya Allah yang lebih mengetahui. 


Jika dihadapkan dengan pelbagai dugaan dan permasalahan sehingga terasa nak bunuh diri, sila ambil air sembahyang. Adukan pada Dia yang SATU. In shaa ALLAH. Kalau rasa tak boleh nak beribadat, berehatlah sebentar. Senang cerita, tidur. Rehatkan minda tu. 


Tapi, yelah.. Kadang, bila hati dah tak tentu arah, akal menjadi pendek. Boleh buat macam-macam yang di luar jangkaan. Cuma sentiasalah berdoa supaya Allah s.w.t melindungi kita dari berbuat perkara yang sia-sia. Ameen..


Pernah rasa nak bunuh diri?

Comeback dari The Fabulous Cats - Official Music Video Sebulatnya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengah Malam^^


Agak excited untuk ary update blog kali ni. Jarang benar ary update malam. Huhuhu. But since penantian ary terhadap music video Sebulatnya ni dah lama, ku gagahkan juga menaip. 


The Fabulous Cats membuat comeback selepas sekian lama dan kali ini The Fabulous Cats sekali lagi bertukar anggota ahlinya. Asyik tukar je. Tapi Cat Farish kata, The Fabulous Cats akan tetap bertahan selagi Zizie stay dalam kumpulan. Apapun, lagu Sebulatnya dari TFC kali ini adalah terbaik.




Aku yang bodoh,
Aku yang buta,
Percayakanmu sebulatnya
-Izzue


Eh? Tetiba. HahahaXD

Friday 19 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Kecewa Lagi (Ep. 8)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Izzue menunggu di hadapan rumah Shera sambil jarinya mendail number Shera. Dail kali pertama. Kedua. Ketiga. Dan sehingga entah berapa kali. Jarinya masih mendail. Entah kali ke berapa, akhirnya.. 


"Syg, b baru lepas mandi ni. Syg kat mana tu?" Suara Shera di talian membuatkan senyuman Izzue makin meleret.


"I depan rumah b ni. Lepas siap, keluar rumah k? I tunggu," Terus Izzue letakkan telefon. Izzue terus menanti bersama sebuah senyuman. Tak lama selepas itu, telefon berbunyi menanddakan ada mesej yang perlu dibaca.


Sayang, b ada kat Putrajaya ni. Tapi otw balik. What??! Tadi kata baru lepas mandi??! 


Senyum yang terukir tadi kembali hambar. Sekali lagi ditipu. Izzue meletakkan drawing block tersebut di pagar rumah Shera. Kakinya melangkah kembali ke kereta. Izzue terduduk dan matanya melihat hujan dari dalam kereta. Pandangan dan fikirannya sama kosong. 




Tak lama lepas itu, telefonnya berdering. Izzue menekan punat hijau dan meletakkan telefon di telinga. 


"Syg, tunggu b k? We have to meet up," Sekali lagi suara Shera kedengaran tapi kali ini tiada senyuman yang terukir di bibir Izzue. 


"K," Izzue tewas sekali lagi dan dia terus menunggu. Sejam. Dua jam. Matanya terpejam dalam keadaan akalnya masih berfikir. Tiba-tiba, pintu penumpang dibuka. Izzue memalingkan wajahnya dan melihat Shera di sisinya. For real. 


"Syg dah makan dah? Jom makan," tangan kanan Shera memegang tangan Izzue. Izzue terlihat drawing block yang tadinya diletakkan di hadapan pagar rumah Shera kini berada di pangku. Izzue tersenyum dan menggeleng. Perutnya seakan sudah kenyang melihat buah hati kesayangan di depan mata.


"So, what is your answer?" Soalan Izzue lebih straightforward. Dia tidak mahu tahu benda lain. Dia hanya mahu jawapan dari Shera.


"Syg, syg tahu yang b bukan jenis On-Off macam syg dgn ex-syg dulu-dulu tu. And benda macam ni, b kena fikir dulu. I can't simply give answer for your question," Izzue kembali memandang keliling setelah mendengar jawapan dari Shera. Dia sepatutnya sudah dapat mengagak jawapan dari Shera. Dan suasana kembali sunyi.


===============================================


"So, kira Shera tak termakan pujuk rayu kau lah?" Ary mengomel sambil melantak beger ayam yang ary order tadi. Lapar sangat. Panjang sangat kalau nak tunggu Izzue habis bercerita. 


"Entahlah. Mungkin.. Tapi aku takkan terus berhenti berharap," Izzue bersuara perlahan. Merenung gambar ketika bersama Shera suatu ketika dahulu.




Ary: Jangan biarkan diri hanyut dalam sesuatu yang tidak pasti. Tambat lah diri pada suatu lingkungan supaya tidak lemas dilambung ombak. 

Thursday 18 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Pujuk (Ep. 7)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Ary lapar malam tu. Tapi memandangkan budget dah takat hujung tanduk di hujung sem ni, ary cadang nak beli burger Abang Kerol je. Jimat sikit. Huhuhu. 


"Abang Kerol, beger ayam satu!" Hehe.. Memang macam tu lah ary bila interact dengan siapa-siapa pun. Bajet gengster. HahaXD    Pusing-pusing je ary nampak Izzue tengah duduk di meja batu. Dia order burger gak kot.


"Woi! Haha! Kau pehal tak reply whatsapp aku semalam?" Sekali lagi ary teriak dan kali ini pada Izzue pula. Izzue hanya memberikan senyuman nipis. Ok. Ary salah timing pula ntuk teriak kat dia. Adehhhh..


"Aku gi jumpa Shera tadi. Aku nak pujuk dia balik pada aku," OK. Mamat ni bercerita tanpa belum sempat ary tanya. 


=================================================


Hari Izzue seperti tidak tentu arah selepas Shera membuat pilihan. Segalanya kacau dan serabut. Ketika bekerja, dalam solat, fikiran Izzue hanya pada Shera. Semasa menaip, air matanya jatuh. Coin parking lupa dibayar dan macam-macam lagi. 


Dalam perjalanan pulang ke kolej dari Kota Damansara, entah kenapa, Izzue memandu Suzuki Swift miliknya ke arah Bangi. Bangi - Di mana Shera berada. Secara tiba-tiba, dia terasa ingin memujuk Shera untuk kembali semula padanya. 


Ditemani hujan lebat, bersama dengan poket yang diisi tidak sampai RM10, fikirannya ligat memikirkan cara untuk membuat kejutan dan memujuk Shera. Setelah 3jam menempuh kesesakan lalu lintas, Izzue tiba di kawasan perumahan Shera. 


Dan tiba-tiba dia mendapat akal. Izzue membeli sebuah drawing block dan marker pen. Apa yang terlintas di fikiran Izzue adalah dia berdiri di hadapan rumah Shera bersama tulisan di drawing block tersebut. Dengan harapan Shera will say "YES" to him. 


Izzue melangkah dengan laju dalam hujan. Di bibirnya terukir sebuah senyuman. Izzue yakin Shera akan kembali padanya. Ya. Shera adalah miliknya. Itu bagi Izzue. Bagaimana pula dengan Shera? 

Wednesday 17 July 2013

Rabu yang Bisu - A Small Gift from Lana^^


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam ^^



TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Pilihan (Ep. 6)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Sejak ada isu ni, Izzue selalu juga whatsapp ary. Update pasal kisah cinta dia dengan shera. Walaupun tak berapa nak interested, ary gagahkan juga untuk menjadi pendengar setia. Sebelum kawan tu jadi tak betul.




Dan selepas itu, tiada reply whatsapp dari Izzue. Maybe dia tak dapat terima apa ary cakap or sort of that, tak tahu lah. 


Ary: Jika hati mula menyukai insan yang lain ketika sedang bercinta, pilihlah insan yang kedua itu. Sebabnya, jika hati betul sayang pada insan pertama, pasti dah tak pandang pada yang lain. *Boleh pakai ke teori ni?*

Tuesday 16 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Rembau (Ep. 5)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Kereta di parking tepi masjid qariah Kampung Bongek. Ya. Kampung Bongek adalah arah tuju Izzue untuk menjemput Shera kembali. Bagaimana Izzue tahu Shera ada di kampung itu? Izzue log in akaun FB Shera dan stalk wall Hazrin. Status FB Hazrin menyatakan dia berada di kampung Bongek dan Izzue yakin Shera turut bersama.




Izzue menanti Shera yang berjanji akan bertemunya di masjid itu. Itupun selepas diajukan dengan pelbagai ugutan. Ugutan ingin membuat kacau di majlis orang dan seumpamanya. Izzue bukan lagi dirinya yang dulunya selalu cuba berkelakuan tenang. 


15minit menunggu, sebuah kereta entah apa jenamanya dipandu menghala ke arah Izzue dan orang yang dinanti turun dari seat pemandu. Shera masuk dan duduk di seat penumpang bersebelahan Izzue.


"Mana barang??" Izzue mula baran melihat Shera datang berlenggang tanpa beg pakaian.


"Syg, please jangan macam ni. I dah kata, jangan datang kan?" Ya. Shera telah memberi amaran supaya Izzue tidak datang. Shera berjanji akan berjumpa dan berbincang dengan Izzue tentang hal ini pada esok harinya.


"Why are you always do this to me,b?? Please!! Why???" Izzue yang tidak dapat mengawal diri, cuba untuk memukul Shera. Memukul wanita yang dia cintai. Shera mengangkat tangan untuk melindungi diri, menahan pukulan dari Izzue.


"Then,LEAVE ME!!" Izzue tersentak. Matanya merenung tajam mata Shera mencari kebenaran di sebalik kata-kata Shera sebenatar tadi. Jantung Izzue berdetak lebih laju.


Izzue hilang kesabaran dan menekan pedal minyak menghala keluar ke jalan namun Shera mengangkat handbreak bagi menghentikan kereta. Suzuki swift merah terhenti serta merta.


"Fine! If you nak I balik, let me drive!" Shera keluar dari kereta dan memandu kembali kereta yang ditinggalkannya tak sampai lima minit tadi. Izzue mengekori rapat kereta yang dipandu Shera dalam jarak yang dekat. 


====================================================


Perjalanan dari Rembau ke KL ditemani suasana sunyi. Tiada suara. Tiada penjelasan. Tiada kesal untuk diluahkan. Hanya ada zikir "Astaghfirullah Al-Azim" yang meniti perlahan di bibir Shera apabila Izzue memerli dan hanya air mata yang menemani Izzue mengenangkan kasih yang telah berubah.



Lirik & Audio Sendiri - Pompa Bensin (OST Kisah Cinta)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari




Sendiri.. Aku masih di sini
Menanti hadirmu yang tak pasti
Sendiri.. Ku kan sendiri lagi
Saat kau tiba-tiba hilang dan pergi

Sendiri.. Kau biarku di sini
Meniti jalan tajam penuh berduri
Sendiri.. Ku tak mampu berlari
Setelah cinta harapan kau dustai

Aku kini.. Aku kini..
Aku kini.. Aku kini..
Aku kini belajar untuk berdiri

(Sendiri.. Ku kan sendiri lagi
Saat kau tiba-tiba hilang dan pergi)

Saturday 13 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Sekali Lagi (Ep. 4)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Yosh! Dah lama tak main bowling, finally dapat juga lepas gian. Tapi dari jauh terlihat kelibat Izzue. Izzue yang berbeza dari selalu. Jika selalunya Izzue nampak jambu berpakaian kemas, tapi petang itu, Izzue selebet seakan-akan sedang berlakon sebagai mat gian. 


"Kau nape? Dari mana je selebet-selebet ni?" Ary teriak dari jauh. Its normal for me sebab ary memang tertelan mic dari kecik.


"Aku tak mandi lagi ni. Tadi gi Rembau. Emergency," Izzue menjawab tanpa memandang ke muka ary. Terlihat jelas riak mukanya yang baru sahaja lepas menangis. Baru ary tahu betapa hodohnya muka lelaki bila menangis.


"Errrr.. Hah. Yelah.. Aku nak keluar ni. Pe2 hal, kau whatssapp je lah aku," Ary pun tak pedulikan Izzue. Nak wat caner? Ary dah janji dengan kawan lain. Sorry, Izzue. 


===============================================


Beep! Beep! Tengah syiok main bowling, telefon ary berbunyi. Seperti yang dijangka, ia merupakan whatsapp dari Izzue. Dan seperti biasa, Izzue memulakan cerita tanpa diminta.


===============================================


Pagi itu, Izzue agak liat untuk bangkit dari tidur sebab Shera ke Rembau bersama mak-cik nya. Jadi, hujung minggu ini dia keseorangan sekali lagi tanpa Shera yang selalu ada di sisi nya dahulu. Ingin sekali Izzue cuba memejam mata dan menyambung tidur hingga ke petang. Tapi hatinya seakan-akan tak keruan. Macam ada yang tak kena. 


Izzue mencapai telefon bimbitnya lalu cuba untuk menghubungi Shera. Tiada jawapan. Setelah hampir 49 kali menghubungi Shera, Izzue menjadi makin tak tentu hala. Bimbang. Lalu Izzue mengambil keputusan untuk menghubungi mama Shera. Izzue tahu Shera akan marah, tapi dia ingin tahu. Lalu Izzue text mama Shera. Matanya membuntang membaca mesej dari mama Shera.




"FUCKKK,Puteri Shera Fitri!!" telefon dihempas. tangan digenggam dan ditumbuk ke dinding berkali-kali.  Kesakitan di hati lebih terasa dari kesakitan tangannya. Sekali lagi dia ditipu.


Tanpa berfikir panjang, Izzue terus mencapai kunci kereta. Dia perlu bertemu dengan Shera walau apa pun. Izzue memandu laju Suzuki Swift miliknya sehingga mencapai kelajuan 160km/j. Tidak terfikir langsung tentang bahaya. Yang penting, dia perlu jemput Shera dari terus berada di sisi lelaki itu. Lelaki yang bernama Hazrin.




Ary: Kita tak akan tipu orang yang kita sayang biarpun hakikat itu menyakitkan.

Friday 12 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Kantoi (Ep. 3)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Jam menunjukkan pukul 11 malam dan ary berjalan keluar dari kolej. Terlihat kelibat Izzue baru keluar dari sebuah KEMBARA. Kelihatan Izzue tersenyum. 


"Der, dari mana je?" Ary menegur mamat yang sedang senyum tiga suku tu.


"Baru lepas makan dengan Shera," Makin tersengih mamat ni.


"Eh? Dah baik dah? Hari tuh muncung, mengadu memanjang kat aku," Ary mengusik Izzue. Izzue ajak ary duduk di meja batu dekat dengan pintu masuk kolej. Macam panjang je cerita mamat ni. Dan memang betul sangkaan ary, Izzue mula bercerita dengan panjang lebarnya.


=========================================================


Izzue keluar date dengan Shera seperti yang dijanjikan. Biarpun tidak seperti yang dirancang, Shera masih menunaikan janjinya untuk berjumpa dengan Izzue. Dan ketika Shera ke ladies, Izzue membelek-belek handphone Shera. Bukan hobi Izzue untuk membelek handphone Shera selalunya, tapi entah kenapa hari itu jarinya gatal sangat. 


Dibuka INBOX dan Izzue terkedu.




"Syg, kita gi makan jom? I have to get back early. Nanti mama tanya," Shera datang semula dari ladies tepat pada masanya.


"What is this,b??!" Izzue menunjukkan mesej yang membuatkan darahnya naik. 


"Syg, I can explain.. " Pappp! Belum sempat Shera explain pada Izzue, satu tamparan dari Izzue melekat pada pipi  Shera.


"What are doing,b?? Why are you being like this?? What's this??" Izzue terduduk. Kepalanya mula serabut. Wajahnya ditundukkan, bimbang orang ramai memerhati.


"Fine. Hazrin, the senior I told you before is actually my ex-bf," 


"Then. why do you lied?? When I asked you, is that your ex-bf, u DENY!! B tipu I lagi!!" Izzue mula hilang kesabaran. Tangannya digenggam menahan marah.


"Yes. I tipu. I'm so sorry. I tak buat lagi," Shera cuba menenangkan Izzue. Memohon maaf atas penipuan yang entah keberapa kali. Setelah beberapa minit drama dua ekor ni ditayangkan free di Times Square, Izzue mengalah. Sekali lagi dia memaafkan Shera dan berpura-pura seakan-akan tiada apa yang berlaku.


=========================================================


"Dia tipu lagi?? Kau buat citer ke hape? Shera tu baik kot," Ary seakan tak percaya mendengar cerita dari mulut Izzue. Izzue tersenyum nipis.


"Aku pun tak percaya. Tapi aku  percaya, dia takkan buat lagi lepas ni," Pandangan Izzue dialihkan ke pemandangan malam. 




Ary: Kadang, biar 1000 mahupun sejuta kali ditikam, hati akan tetap rela jika yang menikam adalah orang yang kita sayang.

Monday 8 July 2013

TROLL Dah Seminggu Kapel oleh Izzue "Siapa yang Dia Pilih?"


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^




Sorry lah, Izzue. Bukan sengaja nak doakan benda tak baik untuk engkau. Tapi aku berharap, kalau betul kau tak ada jodoh, kau bergembiralah^^  Tapi aku sentiasa doakan moga hubungan korang berkekalan dan hopefully yang berlaku adalah yang terbaik untuk kau. Ameeeeennnn^^


Yang tak tahu apa troll yang cuba ary nyatakan di sini, sila google "Dah seminggu kita kapel"^^ 

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Jujur (Ep. 2)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


"Ary" Terkejut ary bila Izzue chat dekat FB. Susah lah sesangatnya nak chat dengan dia ni. Tapi tetiba je..


 


Ary: Jujur dan ikhlas adalah lambang setia yang tidak ternilai.

Sunday 7 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Berubah (Ep. 1)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Malam itu, ary rasa pelik bila kawan baik ary, Izzue ajak ary and kawan kitorang yang lain untuk lepak-lepak dan makan. Usually, susah sangat dia nak lepak dengan kitorang. Orang ada awek lah katakan. Duh! Bajet belangkas sentiasa.


Maka, kerana mulut yang agak hawau, ary pun mula membuka bicara ketika di dalam kereta. Kebetulan, kami cuma berdua pada masa itu. Yang lain, naik kereta lain. Sila jangan contohi ya. *Jika manusia berdua, usually ada yang ketiga*


"Shera mana? Tak join ke? Selalu weekend macam ni kau dengan dia," *Shera is actually his gf. 


"Dia kata dia ada wedding event to attend," Riak muka Izzue berubah. Kereta dipandu menjadi semakin laju.


"Dah kau kenapa? Tetiba plak wat muka emo. Gaduh lettew," Bertambah jahat tone ary.Ngeh3.


"Tak lah. Dia tuh dah macam pelik. Previously dia tak macam ni. Selalu, dia pilih untuk hangout dengan aku compared to keluar dengan family dia. Plus, bukan lama pun lagi aku kat KL ni," FYI, si Izzue ni orang Pahang. So, after 2weeks which is before the end of our 4years study, kitorang akan balik ke kampung masing-masing.


"Kau ni.. Dengan family dia kot. Dulu, kau yang beriya-iya suruh dia selalu spend masa dengan family dia," 


"Yes. But bukan dengan ketepikan aku terus macam ni. Dia dah janji dari sebulan yang lepas. We already plan this since last month lagi. But now, dia asyik tolak, reject aku je. Kau faham tak perasaan aku??" Tetiba je mamat ni tinggikan suara pada ary.


"Beb, kalau ya pon, slow down lah sikit kot bawak kereta ni. Aku tak kawen lagi," 


"Dia dah berubah,beyh. Dulu, bila aku buat-buat merajuk waktu mesej, dia cepat-cepat call. Bila aku xreply, dia cepat-cepat send mesej lagi 2-3kali. Dia dah lain. Lain sangat,"


Situasi dalam kereta bertukar menjadi senyap sunyi. Perjalanan untuk makan Nasi Lemak Hanjeng di PJ terasa seperti lama dan jauh biarpun dekat je sebenarnya.




Ary: Manusia akan berubah tapi sayang itu untuk selamanya. 

Monday 1 July 2013

Employee Healthscreen


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Berpatutan dengan konsep work-life balance yang diperkenalkan Nestle, Employee Healthscreen disediakan buat pekerja tetap. Ary bukan lah pekerja tetap tapi menyibuk juga disebabkan rasa kurang enak lately ni. So, the result:




Nice Blood Sugar level. However, really bad at the blood pressure. 156. Huh. Mengeluh sebentar. Dulu, waktu study, my blood pressure is 138. Ary hope sangat supaya blood pressure ni boleh dikawal, tapi makin teruk jadinya. Duh! 


For your information;
Normal blood pressure untuk 22years old individu should be BELOW 140. To be good, should be 110-125. Above 140 is considered as hypertension.


Penting untuk kita sentiasa kawal kesihatan dari awal. Sila jangan jadi seperti ary ya. Selalu ambil ringan pasal semua benda but now, I have to go through full blood'y' test. And I hate it! Ggggrrrrr~~  

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com