Thursday 29 May 2014

Menjana Pendapatan Tambahan dengan Melabur pada Orang Lain


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Dalam sedang membuat budget untuk memastikan belanja dan pendapatan sekata, ary risau. Takut kalau-kalau belanja lebih. Nak bayar kereta, rumah, duit makan, macam-macam lah. Sambil itu, ary fikirkan apa pekerjaan tambahan yang ary boleh buat untuk tambah duit poket. 


Sambil berfikir tu, terfikir... Macam mana nak cari duit tambahan di jalan ALLAH. HohoXD   Poyo sangat ayat ary. Tapi itu yang ary fikir. Sebab ary teringat pesanan seorang pak cik. 


Katanya, dulu gaji pakcik RM52 tapi waktu zaman dulu-dulu lah. Pak cik cuma belanja RM15. Selebihnya pakcik bagi makcik kau. Duit tu lah pakcik besarkan anak-anak. Kesimpulannya, bukan amaun yang jadi persoalan tapi rezeki tu biar BERKAT.


Malah, beberapa hari ini, ary terdengar di radio pasal Wakaf Selangor Muamalat. Teringat pula pada pesanan lecturer ary tentang wakaf. Katanya, dia belanja sedikit gaji yang diterima untuk dirinya dan dia mewakafkan yang selebihnya. 


Dalam Al-Quran turut ada menyatakan tentang amalan bersedekah. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra' ayat 26:
"Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."


Tapi, nak bersedekah tu ada had nya juga. Dalam surah yang sama, ayat 29 ada menyatakan,
"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan." 


Kadang, kita terfikir, gaji kecil dan cuma cukup untuk diri sendiri. Sedangkan, kita sendiri sedia maklum. Yang memberikan rezeki itu adalah Allah dan Allah jua lah yang menyempitkan kita sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Oleh itu, jangan lah kedekut untuk melabur sedikit pada orang lain. Sebab pasti akan ada ganjarannya. Jika bukan di dunia, pasti di sana nanti. In shaa Allah.


HIGHLIGHT: Amalan wakaf dan sedekah adalah dua amalan yang berbeza.

Sila IGNORE!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^



Sejak kebelakangan ini, blog ary sering di-post entri-entri yang macam SJUDIUSLNJHY*OPIUJN*(&)*()*I!!!!!! 





Nampak tak kegeraman itu? Dulu 2-3 hari sehari, kemudian jadi sehari sekali. Laaa ni, 3-4 kali sehari. Penat tau tak nak delete entri-entri cilaka tu?? Pehhhh... Memang dah geram tahap hawau ni. Ada yang deactivate blog juga ni kang.

TRUE STORY: "Sakit" - Doa (Episod 3)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


"Yayang, makan!" Farah memanggil Suzie untuk makan malam. Menanti dan terus menanti, tapi bayang Suzie tiada.


Tertidur agaknya, bisik hati Farah. Farah melangkah ke bilik tidur dan pintu dibuka perlahan. Tak nak mengejutkan si dia yang tersayang. Farah terpaku melihat Suzie teresak-esak menangis di atas sejadah. Hatinya resah. Bukan sebab melihat Suzie solat. Tapi sebab tangisan air mata Suzie. 




Farah menghampiri Suzie dan duduk bersimpuh di sisinya. Wajah Suzie diperhatikan dalam-dalam. Menyedari Farah duduk di sisi, Suzie cepat-cepat menyekat air mata yang sebentar tadi laju mengalir. Senyuman dipamerkan pada buah hati.


"Kenapa yayang menangis? Kenapa yayang sedih sangat ni?" Tangan Suzie dicapai, cuba untuk menenangkan.


"Tak ada apa. Terasa nak nangis. Tu je," Senyuman cuba diukir secara paksa. Di sebalik senyuman itu, ingatan masih terbayang kata-kata yang disusun dalam doa selepas solat tadi.


Ya Allah.. Sesungguhnya, aku amat menyayangi dan mencintai dia. 

Lalu aku mohon pada-Mu, Ya Allah. Aku mohon agar kau pisahkan kami. Aku mohon agar kau gerakkan hatinya untuk berpisah denganku sebab aku tak sanggup untuk memutuskan hubungan ini. 

Aku hanya mahu yang terbaik untuk dia, Ya Allah. Biarpun dia pergi dengan satu senyuman dan membiarkan aku menangis keseorangan.




===============================================


"Kiranya doa kau dah termakbul lah kan? Dah tu? Kau nak sedih apa lagi? Betul lah tindakan kau tu," Lanchau sungguh mulut ary waktu tu.


"Aku terkena dengan doa aku sendiri, ary. Aku tak sangka yang sekarang ni dia boleh hidup dengan penuh bahagia dan aku yang rasa sakit sangat," Ary melihat tangan Suzie yang digenggam kuat dan menumbuk-numbuk pahanya sendiri. Huh.. Teruk budak ni. Kesian..


Wednesday 28 May 2014

Tuesday 27 May 2014

Jobtact.com - Klon Jobstreet?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Zaman sekarang ni dah ada macam-macam laman web yang menawarkan servis carian kerja (job searching). Actually, kerja kosong pun melambak-lambak. Tinggal nak tak nak je. Ada yang bagi alasan, tak layak dengan kelulusan, tiada pengalaman, gaji kecil, etc. Pesan ary: Jangan Memilih dan Terus Berusaha.


Waktu ary menyemakkan diri ke Jom Heboh dan Hari Belia pada Ahad lalu, ada satu kawasan disediakan untuk BN Youth Job Fair. Maka, berduyun-duyun lah orang cari kerja kat situ. Ary pun usha-usha gak. mana tahu ada peluang kerja lebih baik.


Lalu, ary dikenalkan dengan Jobtact.com - salah satu laman web carian kerja. Ala-ala jobstreet lah juga. Jadi, ary pun mendaftar lah sebagai member. 





Kenapa kena daftar banyak-banyak? Daftar di Jobstreet, cukup lah. 


Sebabnya, zaman sekarang ni, lu apply 500 kerja, belum tentu dapat wa kata lu. Try je lah, der. 

Monday 26 May 2014

Ke Manakah Wang Anda?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Rasa-rasanya, kalau soalan ni ditanya pada korang, adakah mampu korang menjawab dengan yakinnya? Atau korang akan teragak-agak.. Waktu tu, akan terkeluar nya dialog "Errrr... Err..." ataupun "Mmmm.. Entah. Taktau nak cakap"


Untuk menguruskan kewangan persendirian (personal financial), benda yang paling penting, korang kena tahu, mana duit korang disalurkan. Bila dah tahu, only then, korang boleh kawal segala saluran yang ada tu dengan lebih cermat.


Cara ary untuk mengetahui adalah mudah, iaitu dengan menggunakan 3 peringkat - Daily, Weekly & Monthly.


Daily
Tuliskan perbelanjaan harian yang dilakukan setiap hari untuk setiap ringgit dan sen yang dikeluarkan. Tuliskan dengan general je pun. Pastikan perbelanjaan yang dilakukan untuk 7hari ditulis dalam kertas yang sama. Contoh:





Weekly
Lekatkan kertas yang mengandungi perbelanjaan 7 hari tersebut pada dinding. Dengan cara ini, korang boleh bandingkan perbelanjaan yang dilakukan setiap minggu. Adakah lebih baik? Atau lebih banyak?


Monthly
Kirakan perbelanjaan bulanan. kalau terlebih rajin, ataupun kalau nak cuba mencari penyelesaian masalah kewangan sendiri, boleh lah tengok which part yang boleh kurangkan atau perlu dikawal. Waktu tu, korang boleh realize, mana wang korang banyak dibazirkan. Apakah pada makanan? Entertainment? Saving? Tabungan akhirat? 




Motif untuk tampal senarai perbelanjaan di dinding: 
Untuk remind korang untuk setiap perbelanjaan dan PEMBAZIRAN yang berlaku. Untuk lebih efektif, sila tampal di tempat korang senang nak tengok. Contoh: Tepi katil, meja study, pintu almari, tepi cermin muka pun boleh. Huhuhu.

Sunday 25 May 2014

Saturday 24 May 2014

Potensi Diri: Pengiraan Tarikh Lahir secara Metafizik


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Malaysia pernah digemparkan dengan kejayaan seorang ahli motivasi yang mengutarakan idea utama untuk Mengenali Potensi Diri Seseorang melalui Tarikh Lahir - Dato' Azizan Osman. *Dah dato' ke dia? Tak sure. HahahaXD


Ary pernah hadirkan diri ke salah satu majlis yang dianjurkan. Bukan sebab I'm so into that thing. But then, perasaan ingin tahu something new tu membuak-buak. And yes, I gain something on this.


Jadi, untuk entri kali ini, ary hanya akan tunjukkan cara pengiraan tarikh lahir secara dragonball metafizik.




Contohnya: Untuk sesiapa yang lahir pada 24 November 1987.




Nombor-nombor dalam tu sebenarnya mampu menunjukkan personaliti, lantas highlight kekuatan dan kelemahan seseorang individu. Makna untuk setiap nombor-nombor tu akan dibincangkan dalam future entry. So, stay tuned. *Macam rancangan televisyen plak. HahahaXD

Thursday 22 May 2014

TRUE STORY: "Sakit" - Di Luar Jangkaan (Episod 2)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang




Seorang lelaki berkulit gelap blah dari kami selepas  meletakkan teh tarik dan kopi o yang dipesan di atas meja. Keadaan di mapley seksyen 14 masih lagi bingit meskipun jam di tangan telah menunjukkan jam 1pagi.


"Aku baru break up," 


"Dengan Farah,"


"Pardon? Dengan siapa kau cakap tadi?" Ary mengulang tanya, sebab macam silap dengar dengan apa yang Suzie cakap tadi.


"Aku break up dengan Farah. Farah," Ok. Memang ary tak silap dengar. Maksudnya, Suzie ni...


"Aku lesbian. And Farah tu sebenarnya bukan sepupu aku. Dia girlfriend aku," Suzie pandang ke arah lain. Sesekali dia menunduk, seakan malu dengan pengakuan yang dia baru buat. Dan sejujurnya, pada masa itu, ary tak tahu nak bagi respon apa. Keadaan jadi awkward sebentar antara kami pada masa tu.




"Owh ok. Now aku confuse pun ada. Rasa tertipu pun ada. Takut pun ada," Berterus-terang. That's what I always do.


"Aku tau kau akan rasa macam tu, ary. Tapi aku tak tahu nak cerita pada siapa. Dan sekarang, aku ada kau je untuk dengar masalah aku. Tak ada siapa yang tahu keadaan aku sekarang ni, except than kau," Ary hanya menghela nafas perlahan, mendengar penjelasan Suzie. 


Dan bermula lah sesuatu pengakuan yang di luar jangkaan.


**"Sakit" cuma akan di-publish every thursday (khamis). 

Wednesday 21 May 2014

Love is about making decision..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Jika benar cinta itu buta.. Butakan mataku. Hahaha. Asyik nak start entri dengan lagu je. Sengal betul.


Bila tanya,"Kau bila lagi?", orang akan selalu jawab, "Bila aku jumpa orang yang tepat, pada masa yang tepat." Sejujurnya, masa takkan pernah tepat dan takkan pernah ada miss atau mr perfect dalam dunia ni. Itu yang membawa kepada tajuk entri, which is love is all about making decision.


Bukan tak ada yang nak. Berlambak. But then, bila hati tu dah decide TAKNAK, memang takkan jadi. Ary ada terbaca artikel di Fan Page "Anne Curtis":
 

https://www.facebook.com/official.AnneCurtis/photos/a.197696223582412.48262.195556317129736/585975851421112/?type=1&relevant_count=1
Klik gambar untuk baca artikel sepenuhnya


The key to succeeding in a Relationship is not finding the right person; it's learning to love the Person you found.

God determines who walks into your life. It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let GO!


Tuesday 20 May 2014

Tips Memulakan Penulisan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^ 


Ary perhatikan bloglist ary macam tak bergerak je. Kalau bergerak pun, hasil penulisan Tun M yang memang dah sinonim dengan obsesi nya terhadap penulisan. Kawan-kawan blog dulu-dulu menghilang.. Entah kemana. Ada yang sibuk belajar, bekerja, kawen.. Ary faham. Sebab ary pernah ada di takuk itu suatu masa dulu. Tapi itu dulu.. *tone lagu Amy Mastura - Tapi itu dulu*


Sekarang ary cuba menulis kembali. Kadang memang tak sempat, tapi bila ada masa ary draft dan schedule. So, at least blog tetap ber-update. Ary cuba sebaiknya. Jadi ary nak kongsikan tips-tips untuk memulakan penulisan.




Ok. memang tak kelakar. Jangan gelak! Jangan gelak! Ketawa je boleh. Tak boleh ketawa? Sedekah senyum tiuttt tu sikit? HahahaXD


Monday 19 May 2014

Cara Elak Trafik yang Sesak Menggunakan Aplikasi Maps


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Pada mulanya, ary menghadapi masalah bila agak-agakan ary tentang trafik adalah salah. Ary expect trafik lancar tapi rupanya tak. Jem teruk. Waktu tu baru terfikir, kalau tau sesak macam ni, ary guna jalan B. Waktu tu baru dapat akal, sepatutnya ary tengok trafik through aplikasi maps terlebih dahulu.


So, normally, waktu tengah panaskan enjin kereta, ary akan search directions di maps. Ary akan masukkan destinasi dan make sure "traffic" option telah di-tick. Dari situ ary akan dapat lihat keadaan trafik. Seandainya sesak, ikut lah jalan alternatif lain^^ 
 



Hijau bermakna lancar. Kuning bermakna sesak tapi masih lancar. Merah? Lu paham-paham sendiri lah. HahaXD


But this thing only gonna work if you know other alternatives. If korang tahu satu jalan je, errrrr.. Tak dapat ary nak tolong = ="

Sunday 18 May 2014

Sekuriti Blog Lemah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Tergerak hati nak cek blog sebelum tidur. After 'View Blog', ary terbaca ada entri pelik. ni kes kena hack lah ni.





Terus ary tukar password. Frankly, dah 3tahun pakai password yang tak bertukar. Jadi, before nasi jadi bubur, ary advise, sila-silakan tukar password.

Tulisan Minggu Ary - Sebab Aku Rindu


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^

 

Friday 16 May 2014

Memaksimakan Penggunaan Screencapture


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Screencapture - Menjadikan apa yang kelihatan di skrin sebagai format gambar seperti .jpg, .png, etc. Selalunya, orang akan screencapture apabila dia nak tunjukkan apa yang ada di skrin pada pihak lagi satu. Ok. Tak tahu nak explain macam mana. HahaXD    Mudahkan cerita, ambil gambar apa yang terpancar di skrin lah. Kalau di laptop, orang kata printscreen.




Ary selalu juga screencapture. Antara yang menjadi subjek screencapture ary adalah info-info yang ary takut terlupa dan quote-quote yang sedikit sebanyak mempengaruhi emosi dan semangat ary. Deep maknanya tu. HahaXD


hasil tulisan arisyalee.blogspot.com