Thursday 30 October 2014

Tips Temuduga: Soalan Umum yang Sering Ditanya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^



Berkali-kali juga ary menghadirkan diri ke temuduga. Kadang-kadang, lepas. Kadang, sangkut. Bergantung pada tahap usaha, doa, nasib dan rezeki. Jadi, ary nak kongsi beberapa soalan popular yang sering ditanya semasa temuduga.


1 - Ceritakan sedikit tentang diri anda.

2 - Mengapa anda memilih untuk memohon jawatan ini?

3 - Terangkan potensi diri anda. (atau mungkin merujuk analisis SWOT)

4 - Kongsikan pengalaman bekerja anda sebelum atau pada masa ini.

5 - Apa yang anda tahu tentang syarikat ini?

6 - Mengapa kami perlu pilih anda?

7 - Apakah perancangan karier anda untuk 10 tahun akan datang?




Itu antara soalan-soalan popular semasa temuduga. Boleh dikatakan, hampir 90% dari temuduga yang ary hadiri menanyakan soalan-soalan ini. 


Tips untuk lulus, KEYAKINAN atau dalam bahasa inggerisnya, CONFIDENCE. Dan keyakinan itu hanya akan ada jika persiapan dilakukan dengan rapi. Dan sertakan dengan doa, mohon moga-moga Allah izinkan. In shaa Allah, semuanya... Dijamin Terlajak Laris! 

Sunday 26 October 2014

Syur Kitchen - Homemade Cookies & Cakes


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


Looking for homemade cookies and cakes? Then you may find it from Syur Kitchen.




Syur Kitchen merupakan sebuah perusahaan berdaftar, milik seorang Sabah-an. Syur Kitchen sekarang ni menerima tempahan untuk cookies, kuih-muih dan juga kek. Pemilik Syur Kitchen ini dulunya pernah bekerja di salah sebuah hotel lima bintang terkenal di bahagian dapur.


Ary dah buat food-tester pada beberapa cookies dan kek yang dijual Syur Kitchen. Memang makan sekali, terasa nak beli 10 lagi. Terasa metafora sangat ayat. Haha!




Homemade tart. Even jem pun homemade wokeyyhh...


Homemade Panna Cotta with Chocolate Sauce


Jom connect with Syur Kitchen. Mana tau, in future, ada yang teringin nak rasa. 



Friday 24 October 2014

Explore: Farewell Trip to The Atmosphere, Seri Kembangan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat siang^^


Ary berkesempatan mengisi waktu lapang semasa cuti awam Deepavali dengan mengunjungi The Atmosphere, Seri Kembangan. Landmark: Terletak bersebelahan atau belakang Giant Seri Kembangan. It can be considered as my farewell trip sebelum Ary berpindah semula ke Melaka. 


The Atmosphere terdiri dari beberapa buah bangunan yang masih lagi kosong dan hanya beberapa premis yang telah dihuni. Hairan juga... Sedangkan kawasan ini telah lama siap sejak 2013 lagi. 




Motif sebenar berkunjung ke The Atmosphere adalah untuk menikmati sendiri hasil seni 3D yang seakan-akan ditonjolkan di Laman Seni Seksyen 7 dan juga Seksyen 2, Shah Alam. Dengan kata lebih tepat lagi, untuk bergambar. Not bad juga hasil 3D di The Atmosphere. Lebih komersial.




Namun begitu, diingatkan bahawa restoran atau kedai makan di The Atmosphere agak terhad. Tapi tak apa. The Atmosphere terletak berhampiran dengan Equine Park, Lestari Perdana, dan Puncak Jalil. Kawasan-kawasan tersebut mempunyai bilangan pilihan kedai makan yang banyak. 


Yang suka bajet model atau diva, boleh lah ber-selfie atau ber-wefie di sini! Hasil seni yang paling ary suka adalah bertemakan Puppet. But then, ary nampak seperti fake sangat waktu gambar tu diambil. Kena asah bakat lagi ni.


Thursday 23 October 2014

Tips Niaga: Mudah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat #TBT!  *Try google to know what is TBT


Yes! Setelah berjaya bertahan dari hari Isnin, akhirnya ary mampu tersenyum melihat kalendar. *Sila abaikan sengih ary yang dah sampai mata ni. Ha-ha! 


Dalam zaman yang hanya memerlukan manusia menyebut sesuatu perkataan, semua benda nak mudah je. Termasuk lah cari duit. Kalau boleh, nak goyang kaki, menunggu rezeki yang kononnya durian akan runtuh.


Macam tu juga dalam berniaga. Tips dia mudah je. Iaitu perkataan MUDAH itu sendiri. Tapi bukan mudahkan diri sendiri. Ary kata, nak mudahkan diri, peluklah mimpi. Mudahkan pelanggan, esok lusa depa mai lagi.





Pengalaman ary sendiri dalam berurusan dengan sebuah kilang printing. Kali pertama datang, diminta tukar resolution. Kali kedua datang, everything chanteq tapi bila minta buat side spot UV, diminta provide benda lain. 


Ary kata, file dalam psd format. Takkan tak boleh buat? Dia kata, tak boleh. Ary cuma senyum sambil membalas, OK. Tak apalah. Terima kasih. Adab perlu ada walaupun berambus dalam keadaan perasaan yang &*(&*&U(*!!


Ary terus tuju ke kilang printing lain yang berdekatan. Sister tu elok ja ambil pendrive ary, copy masuk PC, tulis deskripsi order, borak tanya sikit pasal order, siap tanya lagi nak bayar deposit dulu ikut suka kita. Peh! Kan senang kerja dengan orang macam ni. Tak payah banyak cerita. 





Moral of the story: Bukan mudah nak cari duit. Bersusah sikit, tak apa. Sebab hasilnya akan pasti ada. Nak buah kelapa, kena panjat pokok kelapa. Boleh pakai monyet, tapi tetap susah untuk latih. Kalau nak tunggu kat bawah pokok tu, tunggu lah sampai pokok tu beranak dua. Logik kan teori tu?  :-P

Wednesday 22 October 2014

Thursday 16 October 2014

Bridget Menezes - Penulisan Inspirasi Motivasi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Bridget Menezes. Yang membaca akhbar The Sun pasti mengenali penulis ini. Beliau merupakan penulis buku "Second Edition of Self-Empowerment and Spiritual Counsellor". Dalam kata mudah, beliau adalah penulis buku genre motivasi. 


Ary tidak pernah miss out akhbar The Sun pada setiap hari Isnin, sebab ruangan penulisan beliau adalah hanya pada hari Isnin. Penulisannya seperti memberi inspirasi dan seperti mempersiapkan diri untuk berjuang dalam realiti. Antara rencana penulisan beliau yang dapat menarik perhatian ary adalah "Let's aim to be the better person".




Baru-baru ini, ary terbaca ruangan beliau dengan topik "Seek the positives in our thoughts". Penulisannya berbunyi,

"To have positive thoughts for the self is to be a well-wisher. This means being the one who fills hope in the other who is without hope. Such a person is able to fill even weak ones with her/his own treasures of pure thoughts, helping them to move forward." 


Remember, there is always a hope for everything. Harapan selalu ada.

Sunday 12 October 2014

Career Development Program (CDP) Peneraju Professional Pendidikan Perakaunan (PPPP)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Malam :)


Selepas prosedur online application dan assessment subjek matematik dan english, assessment seterusnya akan dilakukan melalui Career Development Program. Program ini akan dijalankan selama 2bulan (11Oktober - 7 Disember 2014) tahun ini dan ary dapat tahu yang ary rupanya batch ke-3 sejak 2012.


Career development program dimulakan dengan taklimat dari wakil Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) iaitu encik Amir. Kemudian, sedikit taklimat berkenaan Career Development Program telah diberikan oleh wakil dari Sunwaytes. 


Terdapat 6module yang akan diajar kepada peserta program - Accounting Enhancement, Financial Management, Critical Thinking - Strategy, Critical Thinking - Data Analysis, Work Readiness - Advanced Accounting & Work Readiness - Audit Assurance. Tenaga pengajar pula terdiri daripada tenaga pengajar Sunwaytes yang berpengalaman. 


Facebook PenerajuEdu - Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

 
Peserta program dikehendaki menghadiri 16jam learning process untuk setiap modul dan Sunway Qualification Examination (SQE) bagi menentukan kelayakan untuk join PPPP anjuran YPPB ni. Syarat lulus CDP adalah, 80% kehadiran sepanjang CDP dijalankan dan markah lulus sekurang-kurangnya 60%  untuk SQE.


Fuh! Memang bukan senang untuk senang. Banyak benda perlu dikorbankan. Bukan masa untuk sendiri yang difikirkan. Masa untuk keluarga, bebanan kerja, dan tenaga. Sabarlah hati...

Saturday Dinner at Wadihana Islamic Steak House, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


"Assalamualaikum," 


Ary disambut dengan salam ketika melangkah masuk ke restoran ini. Ohhh.. Lupa yang restoran ini bertemakan islamic. Nice and simple interior design. Alamat: Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park. Buat pengetahuan, ada 2 premis Wadihana. Bezanya, Wadihana Islamic Steak House yang ary singgah kali ini hanya fokus kepada makanan barat seperti steak, pizza, burger dan pasta.


Menu yang menjadi pilihan kali ini - Lasagna, Pilaf Rice, Combo Fajitas, Iced Lemon Tea, Fresh Lime Juice, Sky Juice dan Panna Cotta sebagai pencuci mulut.





Yang menarik perhatian ary adalah Combo Fajitas. Makanan ini lebih kepada makanan ala-ala istanbul pun ada. Sebabnya, ayam dan daging yang dipotong kecil lalu digoreng bersama cili benggala, dan dihidangkan bersama roti pita berserta inti-inti sampingan. Macam buat kebab sendiri pun ada gak. 


Panna Cotta turut dihidangkan dengan cara unik. Cantik. Rasa macam makan di hotel. Mana taknya, waktu bayar bil, terkejut total RM95.00. Buat rujukan harga; Pilaf Rice (RM4.90), Lasagna (RM28.90), Combo Fajitas (RM28.90), Panna Cotta (RM7.90), Ice Lemon Tea - can be refill (RM5.90), Fresh Lime Juice (RM4.90), Sky Juice (RM0.50) dan Gov tax & Service Charge (RM13.10).




Sekali sekala, boleh lah nak melayannnnn....


Thursday 9 October 2014

TRUE STORY: "Sakit" - Mental (Episod 6)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


"Nah, minum ni," Ary hulurkan Spearmint Tea yang baru ary order di kaunter.


"Apa kau ni, Ary? Kau tau aku tak suka minum teh. Aku dah bagitau yang aku nak latte kan?" Suzie membebel bila apa yang ary bawa tak penuhi permintaan.


"Bukan kau kata, ostroporosis kau dah tahap serius ke sebab excessive caffeine? Tea pun ada caffein gak. Tapi less sikit dari coffee," Suzie meneguk teh yang ary belikan tanpa sebarang defence. Melihatkan teh yang dipegang Suzie, ary teringat pesan Ammal.




=========================================


"Aku tak sure masalah Suzie ni, ary. Kalau ikut observation aku, dia ni sekarang depressed melampau sebab break up. It might because of obsessive love towards Farah. But then, bila kau cakap pasal perlakuan 18sx dia yang melampau tu, minah ni nympho pun ada gak. But, what I can conclude is, dia ni tengah totally emotionally and mentally disturbed," Ammal menjelaskan dengan panjang lebar selepas mendengar permasalahan Suzie melalui Ary. Ammal Hasheme, sepupu ary yang paling berjaya sekali. Sekarang ni dia belajar tentang psikiatri.


"Kalau bab emotionally and mentally disturbed tu, aku pun boleh cakap baiiii. Yang aku nak tau, dari sebagai support seorang kawan, macam mana aku boleh tolong dia.  Especially on benda pelik yang dia tak patut buat tu."


"Urmmmm.. Good question," Ammal seakan-akan berfikir. Bajet betul lah. Confuse siapa yang gila bila tengok dia. Patient ke dia.


"Hah... Meh aku cerita bab sains sikit. Each person ada their own level of libido. Libido ni adalah sexual desire. Macam sex drive lah. So, aku rasa, untuk elak dia dari buat benda pelik, kita boleh cuba reduce her libido. But then, right.. I'm not sure if it's the best way. Because I'm worry, we will might make her impotent, or her sexual desire will be cut off forever. Bahaya nokkkk. nanti, in future, if dia kawen, kesian laki dia hawau," Menghampakan lah ayat si Ammal ni. Duh!


"Tapi ary, aku dengar Spearmint Tea is good to control the libido. Maybe boleh try. In shaa Allah,"


=========================================


So, that's why and how the Spearmint Tea is in front of us right now.





Wednesday 8 October 2014

#Alhamdulillah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


Kadang, nikmat dihadirkan apabila harapan kian kabur. Bisikkan pada hati, what's fated for you is the best from Allah. In shaa Allah. Mudah-mudahan Allah setuju!




Tuesday 7 October 2014

Tips for Brokenhearted - Phase 2: Melepaskan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Setelah lama bersendu, diri akan rasa letih untuk terus berkabung. Akan ada suatu masa, diri tak mahu untuk terus berada di situ. Kata hati, cukup-cukup lah. Tak kisahlah berapa lama kau nak berkabung, as long as now, kau ready untuk move on. Kau sudah bersedia untuk melepaskan.


Credit: Google



Kau akan mula bercerita tentangnya, tapi kali ini kau lebih terbuka dan kau bercerita dengan hati yang lapang. Waktu tu, mana-mana laki/perempuan yang cute dan good looking masih belum mampu membuatkan kau terpana. That's just normal. Move on doesn't mean you need to find someone else. Sometimes, you just need time for yourself.


Mungkin juga kau masih rindukan dia. But then, rasa ingin stalk dia 24/7 menjadi semakin berkurang, dan mungkin hilang terus. Sebab kau sekarang sedang cuba membebaskan segalanya tentang dia dari hidup kau. Untuk berapa lama kau akan macam ni? Untuk seberapa lama yang kau perlukan.


Friday 3 October 2014

First Time


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat siang^^


First time. Kali pertama. Dalam filem frozen, ada scene lagu "For the first time in forever". Apa kaitan? Lol.




Ary masih ingat kali pertama ary makan coklat "Crunchie". It's given by senior di asrama, ketika waktu tu masing-masing sibuk mengejar title "adik-akak-abang angkat". Fuhhhh.. Waktu tu, coklat ni mampu beri sejuta pleasure. It did. The magic part is, it still gives me pleasure whenever I feel down. 


Banyak lagi scene kali pertama yang masih kekal dalam ingatan termasuklah for the first time I met that person. *smiling*  And now ary wonder, Is that a good one or bad one?


I believe, it's great! *wink*

Thursday 2 October 2014

TRUE STORY: "Sakit" - Nympho (Episod 5)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^



Deringan telefon memecah kesunyian malam. Dalam hati, memaki-hamun panggilan telefon. Mata masih terpejam. Telefon diletakkan di telinga.


"Helloooooooo," Ary masih dalam separa sedar.


"Ary, aku ni. Arryyy.. Tssskkkk tskkk.." Suara Suzie. Tak salah lagi. Dah meroyan, call aku kenapa pulak ni.


"Dah kau kenapa? Pukul berapa kau call aku ni? Pukul 3pagi?? Woiiii, aku keje lah esok!" Hangin ary dah datang, memang tak sempat nak tahan.


"Ary, aku... aku.. Macam mana ni ary? Apa aku buat ni? Tssskkk.. Tskkk.. Apa nak jadi dengan aku ni? Allahhhh.." Esakan Suzie makin kuat.




"Dah kau kenapa ni? Cer kau tarik nafas.. Tahan. Lepaskan.." Tapi masih. Teknik tu nampaknya tak berkesan sebab Suzie masih meraung untuk lebih kurang 20minit.


"Ok dah? Cuba bagitahu aku, kau kenapa?" 


"Aku main,"


"Sendiri," Ary stunned dengan kata-kata Suzie. Terdiam sekejap. Tak berapa nak faham.


"Aku bayangkan aku main dengan Farah," What the??!


"Astaghfirullah.. Woiiii! Kau sedar tak apa kau cakap ni woiiii?? Kau gila??!" Esakan Suzie kembali kedengaran, setelah Ary dengan tidak sengaja terlepas kata.


"Aku tau aku salah. Aku tak patut buat macam ni. Aku takut. Tskkkk tskk.. Takut sebab Allah nampak apa aku buat ni. Ary.. Tolong aku,ary. Aku tak tahu siapa lagi boleh tolong aku,.. Tskkkkk.. Tskkk," Esakan Suzie kembali seperti awalnya. 


Huh....

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com