Sunday, 7 September 2014

English & Maths Assessment Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) di Sunway University


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


Semalam ary berkesempatan untuk memenuhi jemputan untuk menduduki English & Math Assessment untuk mendapatkan biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)




Assessment kali ini hanya menguji kemahiran individu dalam bahasa inggeris dan matematik. Dan semua soalan pun dalam bentuk objektif. Setiap calon diberi masa selama 1 jam 30minit untuk setiap subjek. 


English Assessment (9.15 am - 10.45 am)

Mengikut penerangan dari penjaga peperiksaan, calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 30/50 untuk lulus assessment ni. Tak pasti pula kalau maths pun sama.


Soalan dibahagi kepada 6 bahagian.


Bahagian 1

7 ayat diberi dan terdapat 4 perenggan pilihan. Calon perlu padankan ayat dengan perenggan yang mempunyai maksud pengisian yang sama. Contoh:

1 - Individu ini suka makan sate.
2 - Bercakap semasa makan adalah suatu perbuatan yang biadap buat individu ini.

A - Setiap hujung minggu, ayah akan mengajak kami sekeluarga makan di luar. Saya bukan jenis cerewet dalam pemilihan jenis makanan. Cuma saya paling pantang orang bercakap dalam keadaan mulut yang penuh.

B - Saya masih mencari-cari siapa yang perlu diajak minggu ini. Fatimah dah bosan nak keluar makan dengan saya. Jelak katanya makan sate tiap-tiap minggu.

Jawapan: 

1 - B        2 - A


Hah.. Macam tu lah contohnya. Tapi soalan nya tak ada lah tentang sate dan makan. Dan soalannya for sure in English. Agak mengelirukan juga.


Bahagian 2

Bahagian ini seperti fill in the blank. Normally, pilihan A,B,C,D adalah single word kan? Tapi kali ini bukan fill in the blank with single words, but whole sentence. Contoh:

Saya dan adik sangat berbeza. Adik merupakan wakil sekolah dalam bola sepak. ..(1)... Kehebatan adik bermain bola sangat terserlah. ..(2).. 

A - Adik saya main bola sehingga peringkat kebangsaan.
B - Itu yang membuatkan dia gembira.
C - Saya pula suka membaca.


Bahagian 3 

Bahagian 3 seperti soalan peperiksaan pemahaman bahasa inggeris di sekolah. Terdapat teks bacaan diberi dan soalan pula berdasarkan teks diberi.


Bahagian 4,5 dan 6

Bahagian ini lebih kepada menguji grammar dan vocabulary calon. Perkataan apa yang lebih sesuai digunakan, bila guna past tense, future tense, pengunaan "A, An, The".



Maths Assessment (11 am - 12.30 am)

Kebanyakan soalan adalah lebih kepada matematik modern. Soalan yang agak simple, tapi mengelirukan. Namun, ada juga soalan pengiraan akaun, e.g pengiraan production cost; dan soalan asas addmaths, e.g. index number.




Terkial-kial juga nak buat maths sebab tak study langsung. Memang redah je jawab, yeopp.

6 comments:

Anonymous said...

Salam, kak ary. Nak tanya, after assesment ni, kak ary proceed to interview session tak? If ada boleh share about interview tu? Sbb saya akan ambil assesment lusa and ada interview pada hari ahad. And soalan maths dia quite tough ke?

ary_lee said...

Salam. PPPP batch ary tak ada interview. Mungkin awak punya PPA kot. In shaa Allah, kalau study, tak adalah payah sangat kot :)

Anonymous said...

Salam. Sy nk tny. Doc apa yg perlu bawak eh? Pengiraan akaun? Hehe mcm dah berhabuk je. Math test pun objektif ke?

Kaeun Afterschool said...

Akak nk tnye math die bnyk x soalan jenis addmath?

ary_lee said...

Dah tak ingat lah, kak. Tapi rasanya tak banyak :)

Anonymous said...

Akak soalan akaun masuk apa lagi ya?

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com