Sunday, 19 February 2012

Atas Nama Cinta TV3 = Spring Waltz??

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Selamat hari minggu anak-anak. 
Pertama kali menonton Atas Nama Cinta telah cukup membuatkan aku menge-CAM mana datangnya idea menulis drama ini. Malah, runut bunyi lagu ini juga seperti kebiasaan didengar. Siapa yang pernah menonton siri Spring Waltz pasti memahami. 

Biarpun hanya 4episod baru berlalu, namun ianya membuatkan aku dah malas nak FOLLOW lagi drama yang bermula pada jam 7 malam sebab aku dah tahu perjalanan drama ini. Dah tahu selok-belok dan climax nya di mana. Mungkin ada lainnya di beberapa bahagian tapi aku rasa setakat ni, hanya 10% yang berbeza. 


Kenapa agaknya drama Spring Waltz cuba diangkat menjadi sebuah drama melayu? Kekeringan idea? Atau cerita ni TERLAMPAU best? Kalau nak ambil idea luar pun, ambil lah cerita best-best. Cerita Spring Waltz tu tak adalah best sangat pun kalau nak banding dengan cerita hebat lain macam Winter Sonata, Autumn In My Heart, Boys Over Flower, Hanakimi, etc....

Ini bukan kali pertama cerita dari negara luar dialih bahasa. Masih ingat lagi cerita 30hari Mencari Cinta lakonan Aaron Aziz dan Erra Fazira? Itu pun dari cerita Filipina -A very Special Love. Tak kisahlah if nak ambil pun. Cuma sila sesuaikan dengan kondisi adat dan kebiasaan orang Malaysia.


# Waktu belajar, Plagiarism. 
Macam ni dikira plagiarism tak?

No comments:

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com