Saturday, 13 April 2013

Cergas Sepanjang Hari Mengikut Gaya Islam



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Mengikut kata doktor pakar perubatan dari Barat, masalah lemah dan lesu adalah disebabkan tak cukup tidur, kurang vitamin, protein, kalsium dan entah apa-apa lagi. Terlampau banyak punca yang menyebabkan badan rasa lemah sampaikan tak tahu nak mula dari mana (sedangkan dah mula) dan tak tahu nak diakhirkan di mana.


Tapi, terdapat juga punca lemah dan lesu yang boleh dijelaskan dari sudut Islam. 




Jika tidak memahami apa yang ary cuba jelaskan dari hadis di atas, biar ary beri ringkasannya.

Punca lemah & lesu: Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk manusia yang tidur dengan tiga ikatan.

Penyelesaiannya:
Step 1 - Bangun lalu berzikir menyebut nama Allah (Bismillah,Hawqalah,Doa bangun tidur atau apa-apa yang memuji Allah)
Step 2 - Bersuci dan berwudhuk
Step 3 - Solat Subuh


Itu adalah tiga step yang sangat mudah. Malah, solat Subuh juga mempunyai keistimewaan lain yang turut diterangkan dalam Surah Al-Israa', ayat 78.

"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan dirikanlah sembahyang subuh. Sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (oleh malaikat)" 


Banyak lagi sebenarnya keistimewaan solat subuh. Terlampau banyak sehinggakan ary tak mampu untuk menyenaraikan. Takut-takut nanti blog ni dah macam rupa buku teks agama sekolah rendah pula kan? HahahaXD

6 comments:

Condoriano said...

Oh yes this is a good tips, care to explain why sometimes people always sleep even after they had done Solat Subuh x)

cci said...

terima kasih dear.. ^_^

Tinta Lana said...

Salam.

Ary, ringkaskan lagi.

Urmm, baru ni baca buku Munajat Malam. Nanti ary boleh try baca,8 hengget je :D

Tentang panduan ibadah malam. Ada tips camna nak beribadah waktu malam. Ada kaitan dengan entry ni jugak.

#Goodreads! hahaha, lana punya terkapai tersadai mcmtu je. urm, FIXI ad novel baru nampaknya.

deno said...

thanks for sharing ari :)

Cik Kay Jue said...

thnks for sharing.... lama tak bw kat blog ary.. :)

AiSyA LiEzA said...

stiap apa y Allah perintahkan pasti ada hikmhnya...hikmah y Allah je tau :)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com