Saturday 4 January 2014

Semua pun nak!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Pendirian macam lalang? Kejap mahu itu dan kejap mahu yang lagi satu? Pernah tak berhadapan dengan masalah macam ini? Ataupun memang selalu berlaku dalam kehidupan seharian korang? Salah satu masalah ary adalah pendirian/kemahuan ary sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap. 


Contohnya, bila ary keluar beli barang, ary akan ambil sesuatu barang yang ary nak beli. Tapi bila dah pusing satu shopping mall tuh, ary letakkan semula beberapa barang di tempat asalnya. Alasannya, masih belum betul-betul perlu. Alasan lebih klise: Ia kehendak dan bukan keperluan. 


Those things are cute but I know I can't just buy those to please myself. So I just took pictures of those. FYI, waktu tu ary form 4 rasanya.
 
Tahap keseriusan masalah 'letak balik barang' ary ni sehingga membuatkan ibu ary kata,"Beli je lah barang tu kalau nak". Dan jawapan klise ary,"Dah tak rasa nak beli". GagagaXD  


Bagi ary, ini adalah salah satu masalah yang besar gak. Sebabnya, boleh jadi bila DAH beli sesuatu barang, takut akan timbul rasa menyesal dan hati akan terdetik,"Kalau lah dulu aku....". Dialog nya berbunyi lebih kurang macam tu lah. 




Masalah baru ary adalah, ary menjadi teragak-agak untuk mengekalkan NIKON 1AW1 dalam to-get  in 2014 list sebab ary rasakan ianya adalah kehendak dan persoalan yang timbul adalah "Untuk apa??" Ingin digantikan dengan Experia Z1 yang menjadi perancangan awal semasa penghujung 2013, tapi sayang lah pula nak tukar phone baru. 


Rasa ada tak cara untuk menetapkan hati pada sesuatu? I'm might good in planning something but I'm not good in following my plan.

5 comments:

ewanthology said...

kena isthikarah dulu kot

Tinta Lana said...

Salam.

Parah juga penyakit ni..hahahah

Ary..kalau ianya benda..bagi lana la kan, perkara pertama yg perlu ditnya pada diri sendiri, "perlu sgt ke benda ni??"

Apa kesannya bila beli dengan tak beli? Kesan dari segi fizikal dgn emosi. Listkan. Kalau tak list, tak nampak sgt, kita duk bygkan dalam akal fikiran je.

Bila dah tulis, lana rasa ary pun boleh nampak jalannya lepas tu. Untuk tetapkan hati, memang kena tegas dan 'garang' dengan diri sendiri.. :) ada ke cara lain lagi? ^^

shamyheart said...

kena fikir masak-masak.
beli apa yang perlu bukan apa yang nak. hehe~

semoga membantu

Aujinz said...

saya nak Galaxy Note 8.0.. dan saya rasa ia adalah keperluan.. bukan kehendak... koh koh koh

Unknown said...

Kalau nak beli better angkat camera sebab handset is not a good long term investment sebab selalu keluar model baru.

Ataupun ikut cakap ewan kat atas, istikharah dulu :)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com