Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari
Untuk utilize kan public holiday sempena Hari Malaysia, we're having sister outing together. We = ary dan adik. Frankly, sangat nice bila akhirnya ary ada someone untuk keluar sama-sama, except than friend. Nasib badan lah bila single. Phewwww...
Lokasi outing kami adalah Shah Alam. Ha-ha-haXD Kelakar.. Sebabnya, nak berambus dari KL, baru nak explore Shah Alam. Kawasan-kawasan yang ary explore today pun tak adalah baru sangat buat ary, since ary pernah je menjejak kaki di situ. Tapi ary jadi tourist guide for my sister lah kononnya. *konon-konon lah.

Jadi, destinasi kami yang pertama adalah Laman Seni 2 & 7. Buat pengetahuan, Laman Seni 2 terletak di seksyen 2, yang agak popular dengan ABC dari Pegaga Dessert di Food court Seksyen 2 tu. Art street tu korang boleh jumpa di kawasan belakang kedai. Art street di laman seni 2 agak sedikit berbanding laman seni 7. But then, not bad lah ^^

After having lunch di foodcourt seksyen 2 tersebut, ary dan adik menuju ke Taman Botani Negara, Shah Alam. So, kita skip chapter tersebut buat sementara. Lebih kurang jam 5.30 petang, kami menuju ke seksyen 7. Landmark : Bangunan Jakel yang terletak berhadapan main gate Uitm Shah Alam.
Art street di Laman Seni 7 adalah bersempena dengan Urban Art Competition dan di sebelah setiap art mempunyai nama dan deskripsi bagi setiap art yang dilukis. Ary tak pernah ke Trick Art Museum di i-City. But then, ary yakin, hasil art yang dihasilkan lebih kurang sama. Beza hanya antara percuma dan berbayar.

![]() |
Antara deskripsi art di Laman Seni 7 |
Art Street di Laman Seni lebih kurang dengan Art Street di Penang yang ary pernah share dulu. After all, ada juga benda best yang tak perlu keluarkan duit kan? ^^
2 comments:
Ohh dkt SA je rupenya. Nak pergilah nanti.
suka pegi laman seni ni kan,hehe
Post a Comment