Thursday 30 October 2014

Tips Temuduga: Soalan Umum yang Sering Ditanya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^



Berkali-kali juga ary menghadirkan diri ke temuduga. Kadang-kadang, lepas. Kadang, sangkut. Bergantung pada tahap usaha, doa, nasib dan rezeki. Jadi, ary nak kongsi beberapa soalan popular yang sering ditanya semasa temuduga.


1 - Ceritakan sedikit tentang diri anda.

2 - Mengapa anda memilih untuk memohon jawatan ini?

3 - Terangkan potensi diri anda. (atau mungkin merujuk analisis SWOT)

4 - Kongsikan pengalaman bekerja anda sebelum atau pada masa ini.

5 - Apa yang anda tahu tentang syarikat ini?

6 - Mengapa kami perlu pilih anda?

7 - Apakah perancangan karier anda untuk 10 tahun akan datang?




Itu antara soalan-soalan popular semasa temuduga. Boleh dikatakan, hampir 90% dari temuduga yang ary hadiri menanyakan soalan-soalan ini. 


Tips untuk lulus, KEYAKINAN atau dalam bahasa inggerisnya, CONFIDENCE. Dan keyakinan itu hanya akan ada jika persiapan dilakukan dengan rapi. Dan sertakan dengan doa, mohon moga-moga Allah izinkan. In shaa Allah, semuanya... Dijamin Terlajak Laris! 

1 comment:

Cikgu Ma said...

akk dah lalui zaman ni..hihi...bila inga semula, ni la soklan killer selain amik exam..
dah keje ke?adik akk yg um tu dh konvo..skrg sambung master kt ukm..bulan 12 ni konvo lg

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com