Tuesday, 18 December 2012

Beramal tapi Tidak Memahami Apa yang Diamalkan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


Sedutan drama di malam hari..


Ary: Weyh, bagus gak kalau amalkan surah al-waqiah.

Teman: Ye ke? Al-Waqiah pasal apa je?

Ary: Errr.. Entah. Tak tahu.

Teman: Macam mana lak kau boleh tak tahu apa yang kau amalkan?

Ary: Better dari tak buat langsung.


Ary saja berkongsi dengan individu tersebut kerana pembacaan ary di internet pernah menyebut surah al-waqiah pembuka rezeki. Tapi betul juga kata kawan ary tuh. Ibaratnya, ary cuma melakukan amalan tersebut sebab orang lain kata surah tu pembuka rezeki. Ary cuma amalkan tanpa mengambil tahu apa maksud surah tersebut. Kenapa surah tersebut dikatakan pembuka rezeki? 


Itu sama juga dengan situasi solat tapi tak tahu kenapa solat. Ada yang solat kerana orang sekeliling solat. Ada yang solat kerana ianya merupakan perintah Allah s.w.t. Tapi apa hikmah solat itu? Mengapa Allah s.w.t perintahkan manusia untuk solat lima kali sehari? Maaf. Ary cuma mampu mengusulkan persoalan tanpa jawapan.


Berbalik kepada cerita amalan Al-Waqiah tadi, ary membaca tafsir al-Quran tentang surah tersebut. Dalam erti kata ringkas, surah itu menceritakan tentang hari pembalasan dan balasan baik atau buruk kepada 3 jenis kumpulan manusia. Dan waktu tu ary terfikir, apa kaitan nya dengan pembuka rezeki? Dari situ terdetiknya hati untuk mendalami sesuatu.

2 comments:

Athirah said...

hmm.. persoalan yg menarik ary, kita slalu buat something tnpa tau sebab dia.. muhasabah u diri saya..huhu

Tinta Lana said...

Salam.

Orang yang berjaya, selalu tahu sebab disebalik tiap tanduk yang diambilnya.

Dalam setiap perkara, ada peringkat. Termasuklah dalam topik entry ary kali ni. Dari tak tahu, kita menjadi tahu. Bila dah tahu, cuba pula buat. Dan, buat saja tak cukup, kena amalkan. Dan bila dah amal, kongsikan pula dengan org lain apa yang kita tahu,buat dan amal tadi.. :)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com