Sunday 10 March 2013

Mencari Bahan Bacaan Terbaik Melalui Goodreads


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^



Semalam, semasa ke Setia City Mall, ary perhatikan ramai yang sanggup beratur panjang di MPH. Yelah.. Tengah ada baucer buku ehsan kerajaan. Suka lah ramai pihak sebab dapat beli buku tanpa keluarkan duit sendiri kan? Termasuk lah ary^^


Tapi, setiap kali ary ke kedai buku, ary akan buat persiapan terlebih dahulu. Ingat exam je ke perlu buat persiapan? Serba-serbi dalam kehidupan ini memerlukan perancangan. Tanpa perancangan yang rapi, apa yang dibuat macam serba tak kena. Contohnya, bila memasak, nak kena plan: Nak masak apa, apa bahan-bahan dia, etc.




Jadi, untuk shopping buku, ary akan menggunakan alternatif Goodreads untuk merancang buku apa yang patut dibeli. Goodreads ni merupakan sebuah laman sosial seperti facebook, twitter, myspace, friendster, etc. Bezanya adalah goodreads lebih fokus pada kelompok pembaca buku. E.g buku ilmiah, komik, jurnal, etc.


Cara ary cari bahan bacaan yang best melalui Goodreads:

1 - Taip satu tajuk buku yang interesting yang pernah ary baca. E.g The Ideal Muslimah.

2 - Tengok senarai buku lain yangturut tersenarai bersama-sama buku ini dalam list pembaca lain di bahagian kolum Lists with This Books. 

3 - Ary akan google harga buku yang macam best bagi ary. 


Dengan membuat perancangan yang rapi sebelum ke kedai buku, masa dapat dijimatkan. Tak adalah baru nak tercegat spend masa yang lama kat kedai buku tu. Malah, kita dapat plan beli buku mengikut bajet kewangan kita^^


*Macam karangan SPM lah plak^^

6 comments:

Unknown said...

Kalau saya guna forum nak cari buku-buku yang best.

Am rekomen buku Nothing To Envy oleh Barbara Demick. Pasal kehidupan di North Korea. Memang interesting habisla, ni tah habis baca lagi ni.

Antaranya:
- Bila malam, kalau tengok pada satelit, North Korea ni hampir gelap sepenuhnya sebab bila malam tak ada elektrik.
- Orang sana dipropaganda poleh ketua mereka yang diorang masih berperang dengan US, sampai kalau PBB bagi makanan contoh beras la kan, biasa antara yang menyumbang ni US dan ada la tulis kat guni tu "from United States of America", diorang akan cakap pada rakyat yang benda ni tentera kami rampas dari orang Amerika.
- Orang cakap yang North Korea ni bagai hiduo di era 50an, sampaikan pesawat yang US guna untuk monitor ruang udara di North Korea pun still guna yang era 50an punya.

^__^

Broken_jar said...

wah,tak pernah tahu pun kewujudan goodreads ni..thanks for sharing this info..sgt berguna :)

Cikgu Ma said...

aku terjah kedai buku jerr...hehe...

tapi tu dulu..sekarang mood membaca dh kureng...

Dayang Deno said...

memang mcm karangan deno baca... heheh.. btw, good info dear!^^

Hunny Kitty said...

blogwalking n follow n baca entry~

Tinta Lana said...

Serius, tak terlintas nak guna goodreads tu sbg panduan nak beli buku. Becoz slma ni pun, lana depends on review or summary yg org tulis kt intrnt/newspaper.

Skrg ni, lana bnyk beli buku2 yg msa kecik, lana nak sgt ada buku2 tu, tpi tak dpt sbb taktau nak ckp camna kat abah,hehehe

For sure, penulis dan cover, dua2 ant point pnting jugak la, sbg pnduan sblm lana pilih mana2 buku

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com