Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^
Jika kita dah terbiasa pergi ke suatu destinasi, tak payah nak ambil tahu sebab kita dah hafal. Tapi, andai nya destinasi itu merupakan destinasi yang belum pernah kita pergi atau jarang pergi, pastinya tambang tol akan menjadi salah satu isu.
Baru-baru ini, kerana kesempitan poket, ary merancang perjalanan ary sebaik mungkin. Bukan pergi mana pun,. Balik Melaka je pun. Kampung sendiri. Tapi untuk langkah berjaga-jaga supaya ary tiba di destinasi mengikut bajet yang ditetapkan, terpaksa lah ary google tambang tol dari Kota Damansara ke Ayer Keroh.
Plus ada menyediakan kalkulator tambang tol di laman web mereka. Hanya dengan memasukkan destinasi permulaan dan destinasi yang dituju, kita sebagai pengguna tol, boleh tahu berapa tambang tol yang perlu dibayar. Macam ary, ary target untuk mulakan perjalanan dari Tol Kota Damansara dan keluar di tol Simpang Ampat. Jadi, tambang tol yang perlu dibayar adalah RM18.
Bila dah tahu bajet, barulah boleh memulakan perjalanan dengan tenang^^
Update: Hasil dari perancangan, ary berjaya balik tanpa kegusaran. Setibanya di Simpang Ampat, ary membayar tol tambang seperti yang dijangka. RM18! Ini bermakna, aplikasi yang disediakan Plus boleh dipercayai^^
2 comments:
Assalammualaikum.
Lana ingatkan, ary nak bagi tips merancang perjalanan..PLUS rupanya,hehehehe.
Haa..pandai cari lana kat Goodreads ya..thanks ary! Lana pun dah hampir lupa ada akaun kt sana,hahaha
laman web tol plus ke.. xpenah masuk pun..hehehe.. bgus gak idea ary ne snangkan
Post a Comment