Saturday, 25 May 2013

Buat Keputusan Menggunakan Hati dan Akal


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Siang^^


Apa salahku kau buat ku begini,.. Dalam dilema di antara jalan derita.. 


Lagu Dilema dendangan Nora mengiringi permulaan penulisan pada hari ini. Dilema yang sentiasa menemani manusia. Nak itu or ini? Yang mana satu? Even nak makan apa pun, boleh jadi dilema.


Hari ini kita akan membincangkan tentang dilema yang terbit ketika diri terpaksa membuat keputusan. Bila dilema menjelma, pesanan ringkas (SMS) dari ary adalah: Guna akal, Ikut hati.




Beruntunglah jika akal dan hati seiring. Tapi bagaimana pula jika akal dan hati berlainan arah dan keinginan? Akal kata tak boleh, hati kata mahu. Bila hati ingin, akal dah terang-terang kata HARAM. Adakah kau rasakan kadang hati dan fikiran tak selalu sejalan seperti yang kau harapkan?*


Ada masanya, bila itu yang berlaku, lakukan pertimbangan yang sewajarnya. Bila benda tu dah sah-sah salah di sisi undang-undang negara mahupun agama, walaupun hati mahu sesangatnya, hati terpaksa mengalah dan menurut kata akal. Tapi bila akal menghalalkan apa yang salah, tanya hati. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Dosa ialah apa yang menimbulkan resah di hati kamu dan kamu benci jika ia dilihat orang" (Hadith Sahih Muslim)


*Merupakan lirik Mata, Hati, Telinga by Maliq & D'Essentials

3 comments:

Tia Fatihah said...

allahuakhbar.

teringat suatu ketika bila tia tak dapat buat keputusan sebab AKAL dan HATI berlainan mahunya.

HATI kata sayang. AKAL kata lepaskan!

tia ikutkan akal. mula-mula hati menangis. tapi lama-lama hati sudah boleh menerima. kadang-kadang akal ada mengingatkan. cepat-cepat hati beristighfar.

tia tahu, itu yang terbaik.

kesimpulannya. HATI kadang betul kadang salah. AKAL juga kadang betul dan kadang salah.

akhirnya, mohon pada Allah semoga apa yang kita buat diredhai oleh DIA. itu sebaik-baiknya. maaf ary, tia dah terlebih sudah :D

semoga ary sentiasa d di bawah rahmat-Nya..

Mas Zull said...

assalamualaikum ary...semoga sentiasa dibawah lindungan Allah selalu...;)

keli menari said...

baru2 ni jadi kt diri sendiri , bulat hati solat istkharah , alhamdulliah.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com