Sunday, 19 May 2013

Tips Pertama Kali ke Istana Budaya (IB)



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera^^




Jika ini kali pertama korang ke IB, tentu ada pelbagai soalan yang bermain di fikiran. Jadi, bagi memudahkan korang, ary nak kongsi sedikit tips. Mungkin buat masa ni korang tak perlukannya, but in the future.. maybe^^ 


1 - Tips Perjalanan
Kalau korang dah lama menetap/belajar di area KL atau Selangor, pasti tak ada masalah dengan isu perjalanan. Tapi, jika korang masih ragu-ragu tentang lokasi IB, adalah lebih baik untuk korang check laluan perjalanan menggunakan Google Maps. Sekurang-kurangnya, tak sesat dan duit minyak dapat dijimatkan. Landmark IB: Tasik Titiwangsa, Jalan Tun Razak.


2 - Tips Pengangkutan
Pengangkutan awam yang korang boleh naik adalah Monorail Titiwangsa. Tapi dari situ, korang perlu naik bas atau teksi untuk ke IB. Jika naik kereta pula, parking adalah percuma. Tapi terus terang ary pesan, agak susah untuk dapat parking yang available. Macam ary, ary datang 2jam awal. Jadi, senang lah sikit dapat parking.


3 - Tips Makan&Minum
Terdapat gerai-gerai menjual makanan dan minuman yang berada di dataran IB. Harganya pun agak berpatutan. Tak lah mahal walaupun IB tu adalah salah sebuah tempat yang ada standard.Dinasihatkan untuk makan&minum terlebih dahulu sebelum menonton performance terlebih dahulu supaya tak lah lapar sangat nanti untuk tunggu performance tamat. Unless, if korang nak spend your money di kaunter IB semasa intermission, boleh je. Tapi ary tak tahulah pula harganya. Huhu.Yang ary nampak, ramai datuk-datin yang beli di kaunter tu waktu intermission.
Selepas menonton performance pula, korang boleh menikmati Sany Char Kuey Teow yang terletak di belakang IB. Kalau jalan kaki dari IB pon boleh. 




4 - Tips Pemakaian
Simple words: Kemas dan beretika. Boleh je pakai jeans sebenarnya. Untuk panduan sepenuhnya, sila rujuk laman web etika pemakaian IB. Selain itu, korang tak perlu risau akan suhu dalam hall IB tu nanti. Ary rasa, suhu dia sedang-sedang. Tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk.


5 - Tips Kemudahan
Terdapat toilet dan surau disediakan di IB. So, tak perlu risau yang korang akan tertinggal solat,etc.




Itu je lah 5 tips mudah untuk mereka yang pertama kali ke IB. Jangan duk jakun macam kami ni hah. Teruja masuk IB biarpun dah pernah masuk IB before this. 

5 comments:

Tia Fatihah said...

hehe. tia ni entah bila dapat jejakkan kaki ke sana :D

Tinta Lana said...

Salam.

Tips yang memang berguna untuk yg tak pernah pergi sini. Lana biasa lalu sini zaman sekolah, sbb salu pergi prpustakaan ngra yg tak jauh dari situ.

Waktu tu, payah tau ary, bas nak gi area situ takde. Jauh ak menapak,hahaha. Lana benti depan hospital Tawakal, pastu jalan kaki masuk TTwangsa, pastu ikut shortcut tembus area Istana Budya..

*Ary, lana dpt da alamat..tq taww >_<

Tinta Lana said...

Ary, lupa nak gtau.. dah dekat seminggu lana buat approval comment. Komen ary selamat..dun wori,hehehe. Ur comment, memang best.. ada ilmu lagi disitu :)

Maybe pasni, remove shoutbox plak..dalam dilema lagi.tak habis2 dilema..dah 2 thun niat tu,hahaha

deno said...

belum eprnah sampai sini la...

aju said...

malam nie baru nak jejak kaki kat IB.. 1st time nie..

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com