Tuesday 25 March 2014

Setiap Individu adalah Model


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Model. Selalunya model ni dikaitkan dengan kata adjektif "Cantik". Sebabnya, semua model peraga baju tu semua cantik-cantik. Mana ada yang hodoh. Dan disebabkan adjektif "cantik" itu, bukan semua orang boleh jadi model. Hanya orang yang cantik je boleh jadi model.


Tapi, the fact is kita SEMUA adalah model. Model yang ary maksudkan di sini adalah contoh, example, description dan sewaktu dengannya. Kita adalah model cara pengajaran ibu bapa kita, model agama, model bangsa kepada orang ramai. Bukan hanya certain people saja tapi setiap individu.




Selalunya, orang terbiasa dengar, bila kita melangkah keluar, kita bawa nama mak bapak kita. Jarang sekali dengar, bila kita keluar, kita bawa nama agama kita iaitu ISLAM. Ary pun tak pernah terfikir sebelum ni. Tapi apabila ary bekerja dan bergaul dengan majoriti non-muslim di office ni (dengan kuota Chinese-20 Indian-2 Malay-5) , ary mula terasa diperhati dan dinilai dari segi behaviour. I show a side of Islam to them indirectly.


Itulah sebabnya kita have to behave ourselves. Supaya orang lain especially non-muslim will believe yang Islam adalah cara hidup yang betul. Sentiasa ingat, kita membawa nama ISLAM. Wallahualam.

2 comments:

oshin said...

setuju... always behave :)

Unknown said...

Just be yourself and well-mannered. Kan ary? :D

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com