Saturday, 15 March 2014

The Avril Lavigne Tour @ Kuala Lumpur, 14th March 2014


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Dalam kesibukan Malaysia dilanda demam Jerebu-Kajang-MH370, ary mencipta satu lagi pengalaman baru iaitu dengan menonton konsert. The Avril Lavigne Tour. Tanpa segan-silunya, ary katakan, ini adalah konsert pertama ary sepanjang 23 tahun kehidupan ary. 




Agak janggal juga sebenarnya. Sebab pertama kali berasak-asak, beratur panjang, terjerit-jerit macam orang tiga suku. Cukuplah sekali berkelakuan macam orang gila. BwahahahaXD


Avril memulakan konsert dengan lagu "Hello Kitty" selepas montage tentang perjalanan hidup Avril ditayangkan di skrin. Diikuti dengan lagu Girlfriend, Complicated, What the hell, Here's to never growing up, Rock n Roll, Losing grip, Hush Hush, Let me go, Bad girl, etc. 




Kebanyakan lagu yang dinyanyikan adalah lagu yang popular dan diketahui ramai. Ramai di sini termasuk semua lingkungan umur. Ye. Makcik-makcik pon ada tengok konsert ni. Tak tipu punya^^ Susunan lagu yang dinyanyikan pon macam kena je. Dan konsert diakhiri dengan lagu "I'm with You" di mana peminat turut sama menyanyikan. 


Memang terasa kepuasan! Avril, you're the best! Terasa keikhlasan dia menyanyi dan menghiburkan. No wonder people love her, cause I'm started to love her too^^v






2 comments:

Arham Md Ali said...

Saya suka gila Hush Hush. Dia ada nyanyi Everybody Hurts tak sebab tu personal favourite Avril song.

ary_lee said...

Tak ada pula lagu Everybody Hurts. Takpe lah. Let me,BwahahaXD

"Everybody hurts someday
Its ok to be afraid"

Sekian terima kasih. BwahahaXD

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com