Tuesday, 31 July 2012

REVIEW | Korean Drama - Big


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Right after ary baca tentang cerita BIG ni dari Miss Banu, ary terus download di dramacrazy.net. Memang diakui yang cerita ni best. Ary bagi markah 7.5/10. Better dari god of study tapi still tak boleh menandingi heartstrings, 49 days, secret garden.


Sinopsis
Berkisahkan Kyung Joon (Won-Ho) yang berada di dalam tubuh Seo Yoon Jae (Gong Yoo) akibat kemalangan yang melibatkan mereka berdua. Kebetulan, Seo Yoon Jae merupakan kekasih Gil Da Ran (Lee Min Jung) iaitu guru yang rapat dengan Kyung Joon. Dalam usaha mencari jalan untuk kembali ke tubuh sendiri, pelbagai perkara dan peristiwa telah berlaku yang bukan sahaja melibatkan Kyung Joon dan Gil Da Ran tetapi turut melibatkan Ma Ri (Bae Suzy) dan Se Young (Jang Hae Jin). 




Critical Thinking & Comments
  1. Semua watak dalam cerita ni tak ada masalah ekonomi. Boleh dilihat yang semua watak dalam cerita ni macam kaya je. Bayangkan. Sepanjang cerita ni, 5-6 kali gak scene terlepas / tak jadi nak naik kapal terbang. Tiket flight murah agaknya? 
  2. Flash back tak sesuai dengan episod sebelumnya. Dalam episod 3, ada flash back scene yoon jae 1st time nampak Gil Da Ran. Then, ary compare dengan episod 1, tapi obviously berbeza. Lagi-lagi scene dalam lif tu. Tak ada pun Yoon Jae dalam lif. 
  3. Storyboard yang interesting dan tidak tidak membosankan. Dialog dan jalan cerita diolah dengan sangat baik. 
  4. Ending yang kusam. Kusam?? HahahaXD  Agak tak best sebab tak tunjuk muka Kyung Joon so ekspresi tu tak sampai. If tunjuk muka Kyung Joon pada waktu itu dan bukan Kyung Joon versi Gong Yoo pasti ekspresi itu lebih sampai. 
  5. Soundtrack yang biasa-biasa je.  Bagi ary, soundtrack cerita ni tidak cukup kuat dan tidak dapat menarik penonton untuk ingat cerita ni.
Kalau yang ada astro, cerita ni ditayangkan di KBS world di channel 391. Ditayangkan pada jam 3.10 petang ataupun 9 malam. Tapi, drama yang ditayangkan di astro dah sampai episod 12 dah. Dah nak habis dah. If not, boleh download di laman web yang berkaitan^^


Label: MESTI tonton.

Friday, 27 July 2012

Pecah Kaca,Pecah Gelas..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


hah.. Sambung.. Sambung.. Pecah kaca, pecah gelas.. Dah pecah tu, tak reti-reti nak sapu?? WakakaXD Tak kena langsung sambungannya tu. Sudah baca, harap balas lah. Beberapa hari lalu ary ada art trade dengan azzah said - pakar doodle tu.


Jadi, malam ini ary dapat balasannya. Comel engko... Sila jangan jeles^^



Hadiah untuk Ayah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat tengahari^^


Ary pernah update pasal persiapan hadiah birthday ayah. Dan hari ni, 27 Julai merupakan tarikh lahir ayah. Memandangkan ini bulan puasa, tiada kek sebab takut tak terhabis. Jadi, semalam, lepas adik ary call untuk wish ayah, ary pun beri kan hadiah pada ayah. 




Kali ini hadiah nya agak simple. Tapi, melihatkan reaksi dari ayah, ary rasakan yang ayah suka hadiah yang ary beri. Katanya, lain dari yang lain. Sebab selalunya ary cuma beli sahaja hadiah ayah dari kedai. Tahun ni ary rancang nak buat sendiri dan inilah hasilnya - lukisan ayah yang ary framekan.




Memang susah nak beli hadiah untuk seorang lelaki. Antara hadiah yang ary dan adik pernah beri pada ayah:
  1. Jam tangan
  2. T-shirt/Kemeja
  3. Wallet
  4. CD soundtrack Grease - favourite ayah
  5. Belt
  6. Photo Album
  7. Kek yang dah hancur @_@ - memori tragis
Hah.. Itulah antaranya. Nak belikan motor,kereta, gadget, takda budget lah plak. Huhuhu. Apapun, bila tiba birthday, tak bermakna kena beri hadiah. Ucapan selamat dan doa sudah mencukupi^^

Thursday, 26 July 2012

Guna Birthday Bf/Gf as Password??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Guna nama atau birthday pakwe dan makwe sebagai password selalu dilakukan oleh anak muda kita. Ada yang guna untuk akaun facebook, e-mail, twitter, etc. Lagi parah, ada yang guna sebagai password akaun atm. 
Tak kesahlah. Bila dah clash or break up sok, tukar je lah password facebook tu. Tapi, kalau lah password tu boleh ditukar. Kalau tak boleh??? Macam akaun atm tuh, mana boleh tukar password suka-suka hati. Kalau kad rosak, or hilang or lupa password, baru boleh tukar passwordnya. Maka, bila dah tak boleh tukar, kenangan tu akan selalu bermain di ingatan. 


Masalah lain pula, bila ada teman baru dan dia tanya, number apa awak jadikan password ni? Takkan nak jawab, birthday ex saya. Giler nak jawab gitu?? Pasti teman baru tu akan ingat yang korang masih teringat-ingat ex korang.


Itulah yang terjadi pada ary. Memandangkan waktu ary set up password kad atm tu, umur ary baru 13-14 tahun, maka ary telah set up password tu tanpa berfikir panjang. Dan kekallah password itu sepanjang hidup ary. Bukan 1 akaun aje. SEMUA pulak tuh @_@

Wednesday, 25 July 2012

Tiada Kebebasan Tanpa Kebebasan Media


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^


Ary tonton law&order: svu season 7 episod "storm" dan tertarik dengan mesej yang cuba disampaikan. Tidak ubah dengan mesej 2+2=5 yang dikongsi Keri Ikhwan. Episod kali ini tentang kisah orang bawahan yang terpaksa mengikut arahan orang yang lebih berkuasa biarpun sudah nyata ianya salah. 


Ary tertarik dengan dialog yang dilafazkan watak wartawan yang ditangkap,Jackson Zane iaitu "Tiada Kebebasan Tanpa Kebebasan Media". Ary akui ianya benar. Tiada kebebasan media bermakna kebebasan bersuara juga diterhadkan. 


Tapi, kita perlu sedar kenapa ianya diterhadkan? Mengapa tindakan Adam Adli yang menuntut kebebasan akademik dibantah? Mengapa adanya akta yang membolehkan tindakan saman dengan hanya print screen? Mengapa uncle seekers ditangkap kerana penulisannya di blog? Semuanya ber-SEBAB.


Kebebasan telah diberikan. Tapi kebebasan itu ada batasnya. Jika tiada batas,... Huru-hara tanpa kawalan. Maka pincanglah negara. 


Cuma ary harapkan supaya tiada pihak yang mempengaruhi atau control pihak media untuk mendedahkan kebenaran. Yang benar itu masih BENAR biarpun ianya pahit untuk ditelan. 


Dan ary juga berharap supaya setiap ekspresi dilakukan oleh semua yang ingin meluahkan adalah tanpa sebarang perasaan angkuh, tiada rasa agresif dalam diri dan aman. Bukan dengan menghina pemerintah secara menurunkan bendera, menulis dalam blog atau apa jua caranya. 


Nak menarik rambut dalam tepung.. Rambut jangan putus.. Tepung jangan berselerak. Jadilah seperti Za'ba dan juga Dr Burhanuddin Al-Helmy. Contohi yang baik. Tolak yang kurang baik.

Tuesday, 24 July 2012

Demonstrasi Sebab Tak Setuju Logo Merdeka Tahun Ke-55?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Ramai graphic designer yang tak setuju dengan design logo merdeka pada tahun ini. Katanya, ada berunsurkan politik dan bukannya patriotik. Kenapa? Mungkin sebabnya ada perkataan JANJI DITEPATI kot...




Nak salahkan designer logo tuh? Tak boleh juga.. Ye lah. Kalau orang bawah tu salah, bos boleh tegur. Dan yang salah boleh dibetulkan. Tapi, kalau yang salah tu dibiarkan, .............  Salah siapa? Lu jawablah sendiri!


Rakyat sekarang makin bijak. Mereka tau yang mana satu better.. Jadi, jangan lah terlampau tunjukkan sangat kempen tarik undi tu ya, yang berhormat.. Jangan juga habiskan duit rakyat untuk tujuan membantu rakyat balik. *kononnya


Huurrrrrrrrmmmmmmmm... Kalau dah tiba PRU-13, tatau nak pilih mana. Sebab rasanya semua parti sama je. Fikirkan kepentingan masing-masing. Tak payah mengundilah gini,, Hurmmmmmmmmmmm....... Apapun, tokseyh lah nak wat demonstrasi semata-mata sebab logo nuh.. Tak suka? Taip je kat komen page depa tuh untuk pendapat tak puas hati. 

Monday, 23 July 2012

10 Perkara Sunat di Bulan Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Semasa sedang membaca sebuah buku, maka ary rasa elok benarlah kalau ary berkongsi apa yang telah ary baca. 

  1. Mensegerakan berbuka puasa, dan berbuka dengan sesuatu yang manis. "Bahawa Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah sebelum solat maghrib, jika tidak ada maka beliau berbuka dengan kurma kering, jika tidak ada maka beliau menghirup air beberapa hirup" - hadir diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi daripada Anas r.a.
  2. Berdoa ketika berbuka. (Doa berbuka puasa)
  3. Bersahur dan melewatkan waktunya. Rasulullah sendiri bersahur ketika hampir waktu subuh.
  4. Banyak bersedekah dan berbuat baik. Allah melipatgandakan pahala terlalu banyak kepada orang yang bersedekah di bulan Ramadhan, terutamanya bersedekah untuk orang-orang miskkin berbuka puasa.
  5. Meninggalkan perkataan keji. Rasulullah bersabda: "Berpuasa itu bukanlah hanya menahan makan & minum sahaja, tetapi adalah juga berpuasa daripada perkataan yang tidak berguna dan keji. Maka, jika kamu dicaci orang atau diperbodohkan orang, katakanlah: Aku berpuasa" - hadis soheh diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibbah daripada Abu Hurairah.
  6. Banyak membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Ramadhan. Malaikat Jibril pun turun setiap tahun untuk bersama-sama dengan Rasulullah SAW membaca al-Quran. 
  7. Menghidupkan malam Ramadhan. Terutamanya dengan mendirikan solat tarawikh.
  8. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t. Allah memang sukakan orang berdoa kepada-Nya, terutama doa orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Ini dijelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 186.
  9. Meningkatkan ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan. Perkara ini dituntut kita melakukannya kerana mengharapkan untuk mendapat pahala sebanyak orang beribadat 1000 bulan.
  10. Iktikaf di masjid. Iktikaf di sini bermaksud duduk dan tetap berada di dalam masjid, dan memutuskan hubungan dengan urusan dunia, untuk menyendiri, dengan niat mendekatkan diri kepada Allah. Ibadat ini juga digalakkan supaya dilakukan pada 10malam akhir Ramadhan.

Sunday, 22 July 2012

Siapa Tahu Segalanya tentang Doa Qunut? Sila Angkat Tangan!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat pagi semua^^


Selepas mengaji, ary cuba ulang semula baca semua surah-surah pendek. Dengan harapan supaya tidak lupa. Kadang, walau pun surah tu pendek, boleh jadi tergagap juga kalau tak membaca nya dengan kerap. Selepas tu, ary saja nak dengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di youtube. Secara tiba-tiba terfikir tentang doa qunut.




Doa qunut selalunya dibacakan dalam solat subuh. Memang sangat ramai yang tahu tentang fakta ini dan boleh membacanya dengan lancar. Tapi, ramai ke yang betul-betul tahu tentang doa qunut? 


Mengapa dibaca dalam solat subuh? 

Mengapa perlu sujud sahwi jika terlupa untuk membaca doa qunut? 

Dan mengapa juga dibaca doa qunut ini dalam solat witir dari pertengahan hingga akhir ramadhan? 

Apakah maksud doa qunut yang dibaca?


Kalau ikutkan, banyak lagi persoalan tentang doa qunut ini. Pasti ramai yang menjawab, sebab diajar dari kecil, kena baca doa qunut dalam solat subuh. 


Doa qunut ini sebenarnya merupakan sunat ab'adh mengikut mazhab syafie. Maka, jika terlupa, tidak lah batal solat itu. Tapi, bila ary amati maksud di sebalik doa qunut itu, mengapa perlu ditinggalkan benda yang baik? Malah, insya-ALLAH, doa qunut akan menyempurnakan lagi solat kita. Untuk bacaan lanjut tentang doa qunut, sila baca entri ini dan ini

Thursday, 19 July 2012

Nak Release Stress Tapi Bertambah Stress??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^




Salah satu cara untuk ary light up my mood adalah dengan cara melukis. Tapi, rasanya, kali ni melukis telah menghilangkan mood lagi, ada lah o_O  Kes lukis gambar tak close up.. Plus tak menjadi.. Nampak kartun,kartun dan kartun. Huh= =" 

senget! rasa nak delete balik je entry ni= ="

Wednesday, 18 July 2012

Tips Belajar | "A" dalam Peperiksaan adalah Dicipta Bukan Nasib


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat petang^^


Waktu ary kemas-kemas rumah tadi, ary terjumpa sekeping kertas. Lalu ary baca dan ary rasakan isinya berguna kepada setiap orang terutama sekali yang masih belajar. Boleh jadi Tips Mendapat Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan ni. 


Tips ini telah diberikan oleh Ustaz Master Sulaiman Bin Ismail (Panel Tetap & Penceramah Motivasi dan Kemahiran Belajar Sekolah-sekolah program Creative Study & Best Student) . So, it is obvious yang kertas ni milik adik ary yang masih di sekolah rendah:P


  1. Jangan tinggalkan solat lima waktu. Tidak ada guna belajar bersungguh-sungguh siang dan malam, tapi solat tinggal. Cari keredhaan Allah s.w.t.
  2. Amalkan solat sunat hajat setiap hari. Terutama 3minggu sebelum menghadapi peperiksaan. Hanya 3 minit diperlukan. Jangan sombong dengan Allah s.w.t.
  3. Amalkan membaca surah yasin sebelum mengulangkaji. Percayalah hati dan fikiran kamu akan sangat-sangat tenang dan yakin boleh kuasai subjek yang kamu akan belajar. Dan percayalah kamu akan dihindar dari bisikan iblis dan syaitan ketika kamu belajar.
  4. Belajar dengan kaedah buat latihan dan ulang latihan tersebut 2 kali. Setiap kali membuat latihan, pastikan ulang balik latihan tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Cuba sedaya upaya membuat latihan satu hari lengkap semua subjek yang bakal kamu ambil dalam peperiksaan.
  5. Catat dan baca nota setiap hari. Catat maklumat penting dan jadikan maklumat tersebut sebagai nota. Baca setiap hari. Jangan berasa bosan atau malas jika NAK DAPAT "A".
  6. Cepat-cepat jumpa cikgu/lecturer jika tidak faham topik yang dipelajari. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan, semakin rapat dan semakin kerap berjumpa dengan tenaga pengajar. Nak dapat "A" kena rapat dengan tenaga pengajar. 
  7. Makan kismis dan air zam-zam. Amalkan makan kismis dan minum air zam-zam setiap hari, agar minda sihat dan hati tenang untuk menerima ilmu di saat-saat akhir sebelum peperiksaan. Yakinlah dengan makanan sunnah.
  8. Amalkan surah Al-A'LA ayat 6 untuk kunci ingatan apa sahaja yang kamu ingat dan hafal. Baca 1kali selepas kamu belajar.

Itulah 8 steps yang simple^^ Semoga berguna untuk semua orang termasuk ary^^

Tuesday, 17 July 2012

Apakah Doamu pada Hari Ini?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam semua^^


Tidak kira apa agama sekalipun, berdoa itu adalah perbuatan yang selalu diamalkan. Selalunya, dalam berdoa, seorang hamba akan berdoa meminta keampunan diri dan keluarga, memohon kesejahteraan hidup, kecemerlangan akademik, kejayaan di dunia dan akhirat, etc. 




Tapi, jarang sekali untuk kita mengucapkan terima kasih di atas segala kurniaan dan pemberian-Nya. Amalkan lah untuk mengucapkan syukur dalam doa berbanding dari meminta sesuatu. 


Kadang, ary rasa malu untuk meminta lagi dari-Nya kerana telah banyak yang ary minta dari ary kecil hingga dewasa. Terlalu banyak...

Sunday, 15 July 2012

Bukan Tak Faham tapi Salah Faham..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Dulu ary pernah mention pasal isu lelaki naik koc wanita. Kali ni pasal priority seating pula. Kalau perasan, di mana-mana trenn mahupun lrt/erl di KL akan ada simbol tentang priority seat ni bagi mengingatkan masyarakat tentang memberi keutamaan tempat duduk kepada mereka yang perlu.


Tapi, kadang, ada juga yang masih tak faham. Eh? Betul ke diorang tak faham? Or diorang salah faham sebenarnya?




Mabuk Aku.. @_@


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^




Eh.. Jangan salah faham ye. After ibu cakap lahabau tu, dia gelak. Memang dah style orang melaka untuk cakap kasar. Tapi perkataan kasar tu tak bermaksud marah pun. Macam ary, suka sangat sebut hawau. 

Saturday, 14 July 2012

Eh?? Kurma Upin Ipin??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam minggu^^


"Wei, ada Kurma upin ipin lah,"

"A'ah.. Kurma tu upin ipin buat," Dengan muka selamba adik aku jawab. Hawau betul.




Mungkin dengan adanya kurma upin ipin ni, boleh mendidik anak-anak kecil makan kurma. Ye lah.. Budak-budak kan tak bape suka makan kurma. Ary pun tak bape suka makan kurma. Tapi ibu sanggup belikan chocodate (kurma bersalut coklat) untuk ary supaya ary makan kurma. 


Then, sekali lagi, bila tiba hujung minggu je, aktiviti bowling bersama keluarga. Kali ni cuma ary dan ibu je. Untuk 1st game, ary tewas dengan ibu. However, untuk 2nd game, ary menang^^ Yeay! First time ko.. HahahaXD



Friday, 13 July 2012

Exclusive | Ary Lee Without Her Helmet Stengs!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^




Macam detective conan pun ada gak.. HahahahaXD  Hopefully tak disamakan macam wan hazel= ="

The Kitchen Musical = Glee Singapura??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^


Ary merupakan follower setia Glee. Memang best since it is musical. Plus, lagu-lagu yang digunakan dalam Glee turut terdiri daripada lagu-lagu yang popular.


Sejak cuti semester bermula, ary menyedari ada satu rancangan televisyen yang turut mengunakan konsep muzikal lalu menampakkan seolah-olah Glee. Rancangan The Kitchen Musical itu merupakan terbitan produksi Singapura dan menampilkan beberapa aktor antarabangsa seperti Stephen Rahman yang berlakon teater Puteri Gunung Ledang, Christian Bautista, etc.


source: google


So far, bila ary tonton cerita ni, the story is quite plain and boring. Plus, lagu-lagu yang digunakan agak kurang popular menambahkan lagi kebosanan menonton. Apapun, try to watch it by yourself. The Kitchen Musical disiarkan di NTV7 pada setiap hari jumaat jam 11.00 pagi^^




*Terkejut tetiba ayah minta tolong dia keluarkan biawak dari pejabat dia@_@

Thursday, 12 July 2012

Carefree??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Tetiba terbuka channel 108, sekali lagi cerita hum dil de chuke sanam ditayangkan. Waktu tu, Salman Khan tengah nyanyi lagu apa entah. Dan ary baca translation nya.




Carefree?? Errrr.. Ary tanya ibu, apa maksud carefree? Ibu kata,entah.. Setahu ary, carefree tu jenama pad a.k.a tuala wanita. Urmmmm... Terus GOOGLE dan akhirnya google translate membantu^^ Kata pakcik translate, maksudnya riang. Ye ke? 


Oooo.. Maknanya siapa pakai carefree tu, dia akan menjadi riang lah ye? Ada sesiapa yang dah try? HahahaXD *Nak tengok siapa berani jawab:P

Soalan SPONTAN | Apa Perasaan Korang Bila Baca Dedikasi Cinta Blogger Terhadap Pasangannya di Blog?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Jujurnya, ary akan a bit annoyed if dedikasi cinta itu agak berlebihan. Bukan tak boleh. Boleh aje. Tapi jangan lah sampai mengalahkan mereka yang dah berpuluh tahun berkahwin. You have to remember one thing - Bercinta dengan Dia Tidak Bermakna Dia itu Jodoh Kamu. Sebab tu ada kes bercinta dengan orang lain, kawen dengan orang lain.

Soalan SPONTAN | Berapa Kerap Check Stats Blog?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat tengahari^^


Jawapan ary:
5-10 kali sehari. Adat blogger baru kan? Eksaited sangat nak check stat:P

Wednesday, 11 July 2012

Tips Nak Mendapatkan Keberanian Memberitahu Parent tentang Result


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^v


Semalam ary gundah gulana disebabkan kecuakan untuk bagitahu ibu dan ayah tentang keputusan peperiksaan. Ternyata, sampai laa ni ary xhabaq depa lagi. Bukan apa.. Tak ada masa sesuai. Maybe esok, baru ary bagitau^^


Then, malam tadi, dengan semangat berkobar-kobar untuk masuk sem baru yang akan menjelang lagi 2 bulan, *maybe disebabkan rasa insaf:P, ary buat analisis keputusan peperiksaan ary. Kalau di-transfer kepada rajah graf, keputusan ary dari sem 1 hingga sem 6 membentuk graf NORMAL distribution. 




Dari situ, ary mendapat sedikit keberanian untuk bagitahu ibu dan ayah. Sebab dari analisis tu, ary dapat kesimpulan: I'm a NORMAL student:P Tak adalah teruk sangat dan tak adalah hebat sangat. Lagipun, dalam islam kan suruh kita BERSEDERHANA:P 


Hehehe.. Nak sedapkan hati je ni^^

Remember..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^



Tuesday, 10 July 2012

Segmen: JOM TAMBAH FOLLOWER by SANDRA


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Malam ni, ary busy dengan analisis keputusan peperiksaan ary dari sem 1 hingga sem 6. Jadi, tak sempat nak lukis doodle untuk dibuat entri. Lagipun, pagi tadi dah busy dengan doodle untuk kad raya gores dan menang:P 




Jadi, di kesempatan ini, sambil merajinkan diri untuk join segmen up follower, maka terjadilah entry ini^^ Maybe ada antara mereka yang otai kata, kalau penulisan bagus, follower akan datang sendiri. Yup. It's right. 


Tapi apa salahnya promosikan blog dengan aktiviti macam ni. Mana lah tahu bila orang tu singgah buat kali pertama, dia boleh jadi reader setia kita,kan? Tak ada masalahnya untuk promosikan diri. Eh.. Silap. Promosikan blog^^


Ary nak tag siapa eh? Urmmmm.. Sebab ary tak suka sangat aktiviti tag-tag ni.. Ahah! Ary nak tag Alynn Nyzaa sebab dia suka sesangat tag ary. Dan juga Ainanuar sebab lagu di blog dia sama dengan ringtone ary. Padan muka kepada mereka yang di-tag^^

Dah Besar-Besar Pun Takut Dengan Mak Pak Lagi..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari= ="


Ary berasa gusar, gundah dulana. Semalam dah tengok result final hari tuh. Hakikatnya, pointer jatuh lagi= ="  Dan ary sekarang tengah fikir macam mana nak beritahu ibu dan ayah tentang result ary. Nak pilih timing pun, rasa serba tak kena. 


Macam ni lah ary. Memang rasa takut sedangkan nak bagitahu result je kan? Alhamdulillah,.. Lulus semua. Bagi ary, itu yang penting, so that no need to extend. Tapi, ibu pasti akan kata sebaliknya. Biasa lah.. Mesti ibu bapa nak yang terbaik untuk dia tapi cara ibu tu membuatkan ary takut. *Banyak betul TAPI= ="




Ary masih ingat lagi, waktu ary darjah 6, ary dapat 4A 1B untuk peperiksaan UPSR tapi disebabkan takut ibu dengan ayah marah, ary menangis. Sedangkan, kalau ikutkan 4A 1B tu dah cukup bagus dah. Yang sakit jiwa, ibu tak pujuk pun. Lagi dia cakap, tu lah.. Ibu suruh belajar betul-betul, taknak. Ayah je yang cool kata, ok lah tu.


Itu cerita waktu darjah 6. Tapi sekarang ni umur dah 21 pun takut lagi. Hurmmmm.. So, sekarang ni ary tengah fikir macam mana nak bagitahu parent ary pasal result? Macam mana ni?? Macam mana??

Monday, 9 July 2012

Art Trade Doodle 3 Warna Kini Dibuka^^


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^




Baru-baru ni, ary join group Dudel Doodles di mana doodler-doodler baru dan lama berkumpul. Ala-ala WeLoveArts juga lah. Group dudel doodles ini diasaskan oleh AzzahSaid pemilik sayurlemak.blogspot.com.


Baru-baru ini azzah ada ajak untuk art trade doodle 3warna^^ Secara automatiknya, ary melukis dan nak trade dengan azzah biarpun tak dijemput secara personal:P



Monday Blues: Meleleh Hingus Tengok Hindustan!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^




Bila tengok cerita hindustan hari sabtu hari tu, ary sebagai peminat tegar Salman Khan rasa sedih lah bila kenangkan dia tak ada jodoh dengan Aishwarya Rai. Bagi ary, diorang ni antara pasangan paling sweet. Kalau dibandingkan dengan suami Aishwarya Rai sekarang iaitu Abhishek Bachan, Salman Khan jauh lebih tampan, tough dan bergaya. 


Bezanya mungkin terletak pada perangainya di mana salman Khan agak baran. Sebab tu, biarpun dia dah berpacaran dengan 8 orang perempuan yang HOT-HOT, masih lagi belum ada jodoh. Amek ary je lah, Salman^^ *soalannya: nak ke dia pada ary? :P


Sebenarnya, bila tengok hindustan ni, ary banyak berangan. Berangan yang macam mana? Malulah nak bagitau^^ *tutup muka guna bantal yang ada bekas air liur. 




Btw, lagu tu, pernah ary selalu pasang dekat bilik. Then, roommate ary kata tak pernah dengar. But seminggu after dat, roommate ary minta ary bluetooth kan lagu tu pada dia. Dia kata, sedap^^  Yang tak boleh blah, kejap-kejap Chand Chupa Badal Mein.. Lirik itu je yang dia tahu:P

Sunday, 8 July 2012

Bila Ary Shuffling..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Yeah!! Let's shuffling! Hoiii.. Tak payah ngada lah nak shuffling. Ini bukan shuffle dance tu. 


Shuffling - Term yang digunakan ary bila dah tak tahan nak pi toilet. Ye lah.. Bila seseorang dah tak tahan nak pi toilet, dan secara kebetulan toilet ada orang, mula lah nak keluarkan macam-macam jenis tarian. 




Jadi, bila ada orang nampak macam nak pi toilet je, ary akan cakap,nak pi shuffling lah tu. Better kan dari cakap, nak pi kencing lah tu. *maafkan saya di atas penggunaan shishing. Eh kencing. 


Shuffling.. Macam sopan je ye dak. Macam tu juga if ary nak pi toilet. Bila orang tanya nak kemana, ary jawab ringkas, shuffling lah^^  Ish.. Macam-macam term budak sekarang kan? Eh.. Orang lain tak guna term tu. Ary je.. nak join sama? ^^

Saturday, 7 July 2012

Tunggulah Budak tu Habis Makan Dulu..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam sekali lagi^^


Ary cukup tak suka bila kena marah waktu makan. Boleh terputus selera. 


Pernah sekali tu, ary kena marah dengan ayah waktu petang lalu menangis. *sila abaikan kegedikan itu. Then, waktu makan malam, ibu sambung marah, ary pun dengan selamba cakap sambil menangis dan tanpa sedar hingus meleleh, "Ibu, tunggu lah owang habis makan dulu kalau nak marah pun."


Ibu yang agaknya rasa bersalah marah ary waktu makan pun balas balik,"Jangan ngada ar. Makan."  Huhuhu. Biarpun tone suara ibu rock waktu cakap macam tu, ary tahu jauh di sudut hati ibu rasa bersalah bila marah dan membebel waktu ary tengah makan. 


Ary pun rasa bersalah sebenarnya bila tegur ibu macam tu. Tapi, kalau ary tak cakap, ibu takkan tahu yang selera ary akan putus jika perlakuan memarahi itu diteruskan waktu itu. Ary minta maaf ibu sebab terpaksa tegur ibu.

Selepas 2Minggu Bercuti..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


"Dah 2minggu cuti, baru lah rajin ye.." Itu lah dialog ibu ary bila ary tanya ayah kalau ada glove kat rumah yang boleh digunakan untuk cabut rumput. Bukan aapa.. Ary tengok rumput macam dah panjang je. Tu yang mencabut rumput tu. Takkan nak tunggu ular melingkar baru nak cabut dan tebas semak samun kan?


Sebelum


Tambahan, cuaca hari ni mendung sahaja. Sedang elok lah tu kalau nak cabut rumput. Tak ada lah berpanas kan? Pada mulanya, cuma ary seorang je yang mencabut. Then, 10 minit kemudian, adik ary yang berdua agaknya tengok ary cabut rumput macam syiok je, terus join ary. HahahaXD


Selepas.. Rasa-rasa boleh masuk majalah ANJUNG SERI tak? ^^


Jadi, tak sampai sejam, segala rumput di tanah dan pasu telah pun dibersihkan. Bila dah siap, rasa mengantuk lah pula. nak tido tapi dah nak maghrib.. ngantuk @_@

Aktiviti Bersama Family - Bowling^^


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^


Nak ke mana tu? Kenduri kahwin.. Biasa lah tu buat mereka yang makin dewasa. Kena pi kenduri sana sini. Macam mana pula dengan family? Ada tak aktiviti bersama hujung-hujung minggu ni?


Semalam ary main bowling dengan ibu dan adik. Ayah? Konon-konon bajet cool, taknak main sebab tak tau lah kot. HahahaXD  Ary tatau main pun main baling je bola bowling tu. Bak kata Azwan Ali, hado aku kesah? 




Tapi kalau kawan-kawan ajak main bowling tu, memang ary akan cuba elakkan. Sebab ary memang sesangat PENGKAU dalam main bowling ni. Confirm masuk longkang punya. Even main dengan family pun, ibu menang. Kitorang main 1game dan ibu dapat 66. So, can imagine ary dapat berapa? HohohoXD Tak payah nak cakap lah. Malu ary @_@


Apapun, bowling adalah salah satu cara untuk meluangkan masa bersama family tersayang selain berada di meja makan dan di ruang tamu^^

Friday, 6 July 2012

Yang boleh, pelik.. Yang tak boleh, normal??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang semua^^


Oh yeah I'll tell you something
I hope you'll understand
When I'll tell that something
I want to hold your hand


Hah.. Duk syok menyanyi lagu kumpulan The Beatles lah kan? Jadi ary nak cerita pasal pegang tangan. Benda yang salu korang buat dengan mak-pak, adik-abang, kawan-kawan, boypren, gelpren, etc.




Al-kisahnya lagi, selalu nya kalau kawan perempuan yang rapat, pegang tangan, peluk bahu, peluk pinggang, peluk kaki adalah perkara biasa waktu tengah jalan. Tapi ada mata yang senang, akan cakap.. Wei, tengok pasangan lesbian tu. Sedangkan minah tu cuma kawan baik je pun. Tapi ramai yang pandang pelik.


Tapi nak dijadikan cerita lagi, bila lelaki-perempuan yang masih belum ada ikatan yang sah men peluk-peluk, comolot-comolot, tak ada pula yang pandang pelik. Siap ada yang cakap, normal lettew. Orang tengah hangat bercinta.. Errrrr.. Normal ke? 

Senang je Jual-Beli Anak Kan?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat siang ibu-ibu dan bapak-bapak serta yang belum jadi ibu dan bapak^^


Hari tu, waktu balik dari kenduri, bila dah lalu jalan kampung n nampak orang yang dikenali, kena lah perlahankan kereta dan tegur sapa. Al-kisahnya.. Ada seorang makcik yang ibu kenali tinggal berdekatan dengan rumah mak long ary di KL tengah duduk melepak dengan mak cik-mak cik lain. Kelihatan seorang bayi perempuan sedang didukung kemas olehnya.


"Eh, Kak yam.. Owang dah pindah tau. Dah tak duduk kat flat keramat tuh,.. Bla bla blaaa..." Mula lah mak cik ni ber pot-pet. Tiba-tiba....


"RM15 000," Tanpa diajukan soalan anak siapa, mak cik tu dah menyebut perkataan RM15 000 sambil muncungkan mulut pada bayi yang didukung. Memang dah perangai nya yang mulut tempayan. 


Khabarnya, bayi tu dari 7 orang adik beradik dan mak bapaknya orang kedah. Dan makcik tu pun pindah disebabkan takut mak bapak budak tu tuntut balik budak tu. 


RM15,000. Begitu mudah seorang budak dijual beli. Urmmmmm... Nasib budak tu. Tapi, kalau bab agama, tetap perlu diambil kira semua benda termasuk aurat, nasab walaupun ianya telah sah di sisi undang-undang. Nanti waktu pernikahan budak perempuan tu, tetap perlu dicari bapanya atau ahli keluarga kandung sebenar untuk menjadi wali. 

QR Code untuk Kegunaan Pemalas Sahaja


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari.


Semalam, kononnya ary pos sesuatu menggunakan qr code. Pesanan rahsia lah kononnya. Tapi saja je sebenarnya. Untuk me-unik-kan isi yang membosankan. Huhuhu.


QR code merupakan singkatan quick response code. Jadi, dengan hanya scan code tersebut, korang dah boleh retrieve url atau mesej yang cuba disampaikan. Macam code yang ada dalam entri pesanan rahsia tu, ary cuma tulis text. Penggunaan qr code yang berasal dari negara Jepun ini dijangka dapat memudahkan manusia. 




Dunia dah makin canggih kan? Dari handphone 3310, beralih ke handphone skrin berwarna, kemudian yang ada kamera 2.0MP. Tup tup la ni android phone atau smartphone mula melambak-lambak di pasaran. Jadi, dunia yang makin canggih ni memberi ruang untuk qr code memudahkan lagi manusia yang rasanya makin malas ni^^  Eh? Malas hapenye kan? Dah ada kemudahan, baik kita guna^^


Ary guna aplikasi QR Droid untuk scan code ini. Rasanya banyak lagi aplikasi lain. Dan untuk buat qr code itu sendiri, korang boleh cuba qrstuff.com. Nanti boleh letak contact di sidebar macam ary buat tu^^ 


Apapun, masih ada lagi disadvantage adanya qr code ni biarpun ramai syarikat yang berebut membuat promosi menggunakan qr code ni. Ianya adalah disebabkan masalah bilangan orang yang dapat membaca mesej yang cuba disampaikan. Bukan semua orang ada smartphone kan? 

Thursday, 5 July 2012

Pesanan RAHSIA


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam khamis^^


Rahsia lah sangat:P

Hidup ni Tak Boleh Melampaui Batas


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & tengahari^^


Selepas makan malam di Restoran Rasa, Pantai Chenang, ary dan teman beristirehat di tepi pantai. Ternyata, angin malam lebih sejuk bila di tepi pantai. Malah ombak malam itu lebih besar dari biasa. Seolah-olah seperti ombak rindu dalam hati. *poyo


Teman ary tetiba keluarkan satu soalan: Tau tak kenapa Tsunami berlaku? Ary jawab lah sebab Allah nak turunkan bala pada manusia yang banyak buat dosa ni. Dan teman ary menyambung, dengan lebih tepat adalah sebab manusia dah melampaui batas yang sepatutnya. 




Keesokan harinya di Langkawi, ketika berada di Pulau Beras Basah untuk aktiviti island hopping, kami terjumpa bangkai ikan yang terdampar di tepi pantai. Secara spontan teman ary keluarkan ayat, inilah akibatnya bila ikan ni dah melampaui batas nya.


Jadi, rasanya, bila fikir kan semula, apa yang akan jadi pada diri bila diri dah melampaui batas yang sepatutnya? Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang di mana Allah s.w.t bayar CASH untuk semua benda.

Ini Yang Ary Suka Bila Duduk Rumah!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat hari khamis! *kira dah masuk khamis lah juga kan?




Jam dah menunjukkan tengah malam tapi dapur masih lagi berdentam-dentum. Ini lah yang membuatkan ary suka sangat duduk rumah. Boleh makan macam-macam benda sesuka hati pada bila-bila masa sahaja yang ary nak.


Jadi, fries dan nugget serta mayonis jadi peneman sambil-sambil tengok My Kitchen Rules tadi.. Errrrrrrrrrr.. Alhamdulillah^^



Wednesday, 4 July 2012

Percutian di Langkawi | Tips Shopping


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam sekali lagi^^


Bila sebut LANGKAWI je, orang kata itu merupakan tempat syiok untuk shopping. Ary pun membayangkan bahawa banyak lah duit ary akan melayang kerana shopping. Memang ary akui barang di sana jauh lebih murah.




Tempat-tempat yang ary tujui untuk bershopping adalah Beras Terbakar untuk barang-barang yang ada kaitan dengan LANGKAWI seperti baju, minyak gamat, kain batik, key chain, etc. Selain itu, Pekan Kuah Kuah juga adalah destinasi seterusnya untuk ber-shopping. 


Di Pekan Kuah, korang boleh bershopping di Idaman Suri (on the way ke Wildlife Park dari Pekan Kuah) dan Haji Ismail Group. Tidak jauh beza harga antara dua tempat ini. Lebih kurang 10-20 sen sahaja bezanya. Tapi, dari segi keselesaan shopping, ary lebih suka shopping di Idaman Suri sebab barang-barang lebih teratur dan mudah dicari. Dua tu je tempat shopping sakan. Yang lain tu, lebih kurang je kot harganya.




Barang-barang yang murah harganya pula merangkumi periuk, pinggan mangkuk, langsir, cadar, dan semestinya COKLAT. Tapi ary nasihatkan, kalau nak beli coklat, biarlah pada hari terakhir di Langkawi. Sebab kalau cuaca panas, al kisahnya, cair lah coklat-coklat tersebut. *tak tipu ok? = ="


Apa yang ary shopping? Ary telah habiskan RM100 untuk shopping coklat sahaja dan ary belikan ayah and adik-adik baju seorang satu. Ibu pula ary beikan pressure cooker yang dia nak sangat dengan harga RM80. 


Yang peliknya, dekat rata-rata tempat tulis DUTY TAX FREE. Siap perkataan ALCOHOL dan CIGARETTE lagi yang menjadi fokus. Malah, terpampang besar pula tu. Bukan dua benda alah tu bahaya untuk kesihatan ke?

Mini Aluminium Audio Speaker


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Malam tadi ayah beri ary & adik sebuah mini speaker. Saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Lebih kurang 4cmx4cmx4cm. Jadi, adik pilih warna hijau cair dan ary punya warna merah - favourite.




Speaker ni mempunyai fungsi radio padanya. Selain itu, terdapat ruang untuk memory card dan juga kabel USB. Turut disertakan bersama kabel usb dan caj untuk mengecas speaker ini. So, sekarang ni senanglah sikit nak tengok movie dari laptop ramai-ramai. Tiada lagi masalah bunyi yang perlahan sebab dah ada speaker^^




Harga speaker ni agak mahal iaitu RM50. Tapi, ary dapat FREE je sebab ayah bagi:P  Berminat nak beli? Ary boleh tolong belikan kalau nak. Tapi kalau nak FREE, memang TAK lah:P



Happy Birthday to....


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Ary nak ucapkan selamat hari lahir kepada salah seorang rakan blogger iaitu... Alynn Nyzaa^^ Hari ni alynn kata dia officially 20^^ Ishhh... Muda lagi tu.. Tapi dah masuk PULUH. Dah tak ada BELAS lagi dah. Oleh itu, tak payah nak rasa BELAS kasihan lagi kat dia:P


Apapun, semoga Alynn dapat menempuh dugaan sebagai seorang dewasa dengan penuh matangnya. Ye lah.. Bila dah makin dewasa, makin banyak benda yang perlu di ambil kira. Sebagai hadiah atas ulangtahun kelahiran alynn, ary lukis kan doodle BIRTHDAY khas untuk alynn. Harap suka^^




Lepas ni, nak buat design sampul surat and kad raya blog pula^^  Insya-Allah, ada kad raya untuk korang^^

Kata Orang Tua-tua Tentang BUTTERFLY


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat hari rabu^^




Kata orang tua-tua, kalau butterfly masuk rumah, maknanya ada orang nak datang rumah. Jadi, setiap kali butterfly terbang masuk rumah waktu ary kechik-kechik dulu, kitorang adik beradik pakat tutup pintu, langsir, etc. Sebab malas nak layan salesman or sesiapa yang datang waktu ibu ayah tak ada kat rumah. HahahaXD

Tuesday, 3 July 2012

Manusia Lebih ALERT pada Keburukan Berbanding Kebaikan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Bukan nak mengata orang. Tapi itulah kesimpulan yang ary dapat buat apabila menilai diri sendiri dan juga orang sekeliling. Ary bukan lah sesiapa untuk menilai tapi bila dah terperasan ni, jadi ary tulis. Manalah tahu jika boleh dijadikan sebagai guide bersama.


Kadang, kita ditimpa kesusahan dan dibantu oleh seseorang. Rasa terhutang budi itu ada. Tapi hanya disebabkan satu benda yang nampak tak enak di mata kita pada orang itu, membuatkan kita lupa bantuan yang diterima masa susah dulu. Contohnya, waktu dimarahi ibu ayah, rasa marah membuak-buak dan ada yang sanggup lari dari rumah. Tanpa memikirkan keringat ibu dan ayah yang diperah untuk membesarkan kita. 




Oleh itu, sebelum mengata seseorang, ingatlah kembali apa perkara baik yang pernah dilakukan untuk kamu.  Sewaktu menilai kesalahan yang dilakukan seseorang, nilai lah kebaikan itu bersama supaya keputusan yang dibuat itu seimbang.

Bloglist Dayang Deno


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^


Bagi ary, dari segi appearance blog, blog deno ni boleh di-classify as gred A. Saiz blog ringan dan hiasan blog yang simple membuatkan ramai senang untuk follow.


Dari segi penulisan, ary rasa deno dapat memberi info baru kepada pembaca. Lagi-lagi tentang penyakit SLE yang dihadapi. Ary hope yang deno still lagi merasai life biasa yang dilalui orang lain. Life must go on bebeyh! Apapun, i'm a SLE supporter^^


Nak join? Klik sini.

Monday, 2 July 2012

Pertama Kali Mencuba Seni Typographic


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Pertama kali mencuba seni typographic dan hanya ini yang ary mampu buat. Mungkin ary boleh perbaiki lagi pada masa akan datang. Fighting! 



Rancangan On Air Aznil Haji Nawawi Dianak tirikan Astro?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat hari isnin^^


Semalam (ahad), seperti biasa ary buka channel 104 untuk menonton rancangan on air. Namun begitu, tiada on air dan hanya ada rancangan Suara Kami 2012 yang ary rasa tidak relevan. *abaikan


Dan ary buka page FB rancangan On Air yang diterajui oleh Aznil Haji Nawawi. Rupa-rupanya rancangan tersebut telahpun melabuhkan tirainya pada 1Julai jam 2 petang. Yang peliknya, ramai tak tahu akan perubahan masa tayangan dari 10 malam ke 2 petang.






Ary sebagai penonton dan pengikut setia On Air sangat berdukacita atas apa yang berlaku. Bagi ary, rancangan untuk mencari pelapis dalam bidang pengacaraan ini sangat bagus dan perlu diketengahkan. Permulaan untuk rancangan ini sangat bagus di mana astro menayangkan sesi uji bakat on air. 


Masalah dan haru biru muncul apabila on air menyepi selama beberapa minggu kerana konsert mania kononnya. Apabila on air ditayangkan semula, segalanya berjalan lancar. Tapi pengakhiran menjadi haru biru semula. Bagi ary, produksi rancangan ini bagai melakukan kerja melepaskan batuk di tangga. Rancangan on air diibaratkan hanya sebagai rancangan untuk memenuhi slot masa yang ada. Agaknya supaya penonton  tak komen cerita asyik ulang-ulang je kot. 


Mengikut takwim astro.. Tapi 1Julai dah FINALE??!


Bukan itu sahaja, malah, mungkin untuk menutup dan memadam kesan atau bekas pernah ada rancangan ini di astro, page rancangan on air di laman web astro turut dipadam. Sebab waktu ary buka http://www.astro.com.my/onair tadi, PAGE NOT FOUND. Untunglah... Lari tanpa penjelasan= ="