Sunday, 24 June 2012

Restoran Rasa di Langkawi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Pemandu yang membawa kami pulang dari Island Hopping ada beritahu kami,.. Makanan di Langkawi ni memang agak mahal. Mungkin kerana kebanyakan yang ada di sini adalah pelancong. Pernah sekali ary makan tengahari di Pekan Kuah, nasi goreng paprik ayam dicaj pada harga RM6. Gulpppp... Tapi kali ni ary nak kongsi satu tempat yang memang agak mahal tapi sedap.


Lokasi makan-makan kali ini adalah di Pantai Chenang, Langkawi. Tak sukar nak dapatkan tempat makan di Pantai Chenang ni. Kalau diikutkan, sepanjang jalan di Pantai Chenang ada kedai makan. Dari makanan melayu.. ke western.. chinese cuisine.. mexican pun ada. Semua ada..




Restoran Rasa ni terletak dekat-dekat dengan Restoran Haji Ramli. Area-area situ juga. Environment di situ memang lapang. Sebab ada tempat berbumbung dan tempat tak berbumbung. Ary pilih meja yang berada di kawasan tidak berbumbung. Rasa sejuk je sebab dekat dengan kawasan pantai.






Menu yang ary order pada hari tersebut adalah: Ikan Pari Bakar Sambal & Butter Egg Prawn. Ikan pari bakar dia memang superbbbb.. Sedap! Dicecah dengan kuah 'jeruk asam' *ye kot jeruk asam, kawan ary kata memang sedap^^ 




Butter egg prawn nya pula memang kelas A bagi ary sebab ary suka benda yang manis. Telur yang bagaikan dihiris dan digoreng garing bersama mentega kemudian ditabur di atas udang menaikkan selera. Isy! Susah nak digambarkan lah. 




Minumannya pula, kami order ice lemon tea dan juga jus nanas. Bagi ary, air nya agak kureng sedikit. Ice lemon tea nya agak masam. Tapi habis juga disebabkan tak tahan pedas. HahahaXD 


Harga untuk 2 nasi putih, ikan pari bakar 500gram, butter egg prawn (udang biasa), ice lemon tea & jus nanas adalah RM65.10. Diakui memang MAHAL. Tapi, namanya bercuti kan? Jadi, tak ada lah berkira sangat. Yang pasty, korang kena cuba makan di sini. Tak menyesal punyaaaaaaaa...

4 comments:

Muhammad Fakhrurazy said...

entri psl makanan lak kan...memang tak lah...sedap je tgk..haha ^_^

jal said...

terliur seyh, arghhh jangan kisah mahal asalkan kenyang

Anonymous said...

Salah pilih Tempat tu. Ada yg murah....Ada yg cekik darah.. He he.. Kat Rasa tu mmg mahal... banyak lagi restoran kat pekan kuah yang murah dan sedap... Dulu kat Lgkawi makanan murah sgt. Tp disebabkan skang ni byk bhn mentah yg diimport makin tinggi harganya so makanan pun mahal la... Sb tu la kami org Langkawi ni terpaksa pandai cari kedai makan hu hu. Sian kat pelancong yg sekali sekala dtg sini...

Yanty Lee said...

Ary dah sampai Langkawi ye...best x?

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com