Monday, 28 May 2012

Astro On Air: Anas Farhan Undur Diri, Azfar Diserap Masuk, Ishabella Disingkirkan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, geng-geng ary sekalian!


ON AIR yang merupakan rancangan terbaru dari Astro bagi mencari pelapis dalam bidang pengacaraan terus memberi kejutan apabila 3 peristiwa berlaku serentak. Siapa sangka bahawa ANAS FARHAN, salah seorang calon perintis yang dikatakan mempunyai potensi telah menarik diri di awal pertandingan.


Ary turut bersedih di atas penarikan diri oleh Anas. Rupanya Anas lah calon yang telah menelefon Aznil Haji Nawawi untuk menarik diri setelah melepasi sesi saringan untuk menjadi 10 calon terpilih. Anas Farhan mengambil keputusan untuk menarik diri kerana dikatakan mempunyai kontrak bersama pihak lain dan akan berhadapan dengan masalah jika dia melanggar kontrak tersebut.




Penarikan diri Anas Farhan secara automatiknya menyerap masuk kembali AZFAR yang pada mulanya perlu disingkirkan dari On Air. Selain itu, ISHABELLA turut diberi peluang untuk meyakinkan pengurus saluran dari pihak Astro Oasis, Astro Ria, Astro Prima dan Astro Arena setelah diumumkan tersingkir. Namun, nasib tidak menyebelahi dan Ishabella perlu meninggalkan On Air. 


Dedikasi dilaporkan dari ary lee bagi pihak Buletin On Air. *sejak bila jadi pemberita on air entah. HahahaXD

6 comments:

iffah najihah said...

sedih anas kuar .

[ miSsNanA ] said...

anas sweet ..huhu

maszull said...

assalamualaikum ary....sedih anas terkeluar...:)

::CIK LYNN:: said...

cik lynn xsempat lg nk tgk prog ni...mklum la...dok kt hostel kn...=)

Hidayah Bach said...

ishabella tu cantik kan..?

tapi tu lah..

cantik saja tak mencukupi..

:)

Siti Umairah said...

Haihh x bestnyer ... Tapi muke die nie mcm seseorang ..

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com