Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera^^
Para pelancong yang datang ke Langkawi boleh menyertai aktiviti Island Hopping dengan harga serendah RM25 seorang. Island Hopping di Langkawi ini membolehkan anda melawat 3 pulau yang berada di Langkawi - Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah.
Destinasi pertama yang dibawa pemandu bot merupakan Pulau Dayang Bunting. Dan seperti yang diketahui, Pulau Dayang Bunting dinamakan sempena bentuknya yang seakan-akan seperti seorang perempuan yang mengandung.
Di Pulau Dayang Bunting, korang berpeluang untuk mandi di Tasik Dayang Bunting. Sejarahnya adalah seorang pemuda yang bernama Mat Teja jatuh hati dengan seorang yang bernama Dayang. Dikatakan mereka bercinta sehingga dikurniakan seorang anak. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka dan anak itu mati selepas tujuh hari dilahirkan. Dayang mengabadikan mayat anaknya di dalam sebuah tasik. Bagi mengabadikan kisah sedih ini, tasik ini dinamakan sempena kejadian itu. *Maknanya bawah tasik tu ada mayat ke?? @_@
Diingatkan bahawa ketinggian air tasik adalah lebih kurang 30 kaki rasanya. Oleh itu, kalau tak pandai berenang, pakai lah jaket keselamatan sebab di sini tiada safeguard. Tapi kebanyakan yang datang ke sini hanya merendamkan kaki ke dalam air tasik. Waktu tu, ary memilih untuk menyewa solar boat dengan harga RM30 per 30 minit.
Diingatkan juga bahawa terdapat monyet-monyet yang akan merebut makanan korang di sini. Tapi, jangan takut pada mereka sebab mereka ni tak kacau manusia. Buat pengetahuan korang, masa yang diberikan pemandu bot untuk ary meneroka Pulau Dayang Bunting adalah sejam.
Destinasi kedua adalah untuk melihat bagaimana sekumpulan burung helang mencari makan di kawasan Pulau Singa Besar - eagle feeding. Untuk aktiviti ini, korang hanya perhatikan burung-burung tersebut dari dalam bot sahaja sebab pulau ini ditutup buat sementara.
Destinasi terakhir pula adalah pulau yang dimiliki Tan Sri Syed Al-Bukhari - Pulau Beras Basah. Tiada lain yang istimewa di pulau ini selain air lautnya yang jernih sehingga menampakkan isi lautnya dan membolehkan pelancong mencuba aktiviti snorkelling. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah swimming dan mencuba beberapa sukan air.
Memandangkan ini kali pertama ary naik bot yang gila laju dan merupakan kali pertama ary menyertai aktiviti Island Hopping, ary agak excited waktu naik tu. Huhuhu. Apapun, aktiviti ini not bad.
Tips untuk menyertai aktiviti Island Hopping:
- Harga untuk pakej Island Hopping yang paling murah adalah RM25. Jadi, untuk satu percutian yang bajet, korang boleh cari pakej RM25 ini di sekitar Pantai Chenang. Berselerak agen di situ. Kadang-kadang pihak motel/chalet turut menawarkan service ini.
- Sila pakai pakaian yang sesuai. Waktu baru sampai ke Jeti, ary terkejut sebab kena masuk dalam air laut untuk masuk ke dalam boat. Dah lah waktu tu ary pakai kasut. Teman ary pula pakai jeans dan tak bawa seluar lebih. Elok benar lah tu. Jadi, seeloknya, pakai lah pakaian biasa-biasa sahaja sebab pakaian korang confirm akan basah. Dan dinasihatkan jangan nak pakai kasut. Pakai selipar sudah memadai.
- Tak perlu bawa barang banyak. Jika korang berniat untuk mandi, cuma bawa pakaian salinan yang cukup-cukup sahaja. Ini bagi memudahkan perjalanan turun naik bot korang. Dan pastikan makanan yang dibawa disembunyikan di dalam beg bagi mengelak kan makanan dicuri monyet.
- Yang takut mabuk laut tu, bawa lah gula-gula atau asam. Jadi, boleh lah juga mengunyah waktu sedang berada atas boat. Tapi rasanya, mabuk-mabuk tu tak berlaku memandangkan pemandu boat akan bawa laju giler.
- Awasi anak anda. Terutama nya di Tasik Dayang Bunting sebab ianya bukan macam laut - cetek terlebih dahulu dan kalau makin jauh, makin dalam.
3 comments:
Tuan blog sihat ?
untungnya dapat main Island Hopping. Nabila yang tinggal dekat Langkawi pun tak pernah main lagi.
Island Hopping mmg best sangat...
tq for sharing..info yang baik..
Post a Comment