Friday, 22 June 2012

Percutian di Langkawi | Bird Paradise & Wildlife Park


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat malam^^




Tak habis lagi bercerita tentang percutian di Langkawi. Kali ini,destinasi pelancongan adalah Bird Paradise & Wildlife Park, Langkawi. Tiket masuk dijual pada harga RM 12 untuk seorang dewasa.




Seperti dinyatakan namanya, di sini memang terdapat haiwan-haiwan liar seperti buaya, ular, racoon, ostrich, emu dan banyak lagi haiwan yang memang jarang kita tahu unless korang tengok National Geographic. Di sini juga terdapat banyak jenis burung sampaikan ary pun jadi tak ingat burung-burung yang ada di situ.


Istimewanya di sini, korang boleh bermesra dengan haiwan-haiwan ini dengan membeli makanan di pintu masuk dan memberi mereka makan. Hampir kesemua haiwan korang boleh bagi makanan kecuali haiwan-haiwan yang giler ganas seperti buaya,ular, etc.




Selain itu, bila korang masuk bird aviary, korang akan rasa berada mood adventure kerana korang tidak akan melihat burung-burung tersebut berada dalam sangkar tetapi burung-burung tersebut dilepaskan terbang bebas. Pehhhh.. Dalam tu, ary memang takutlah juga. Takut-takut kena kejar dengan burung besar saiz burung merak. Tapi memang rasa seronok lah juga sebab dapat tengok dari jarak yang betul-betul dekat. Terasa macam dalam hutan pun, ada lah juga. 




Di situ, ary berpeluang memberi makanan pada arnab sebab waktu tu ada pekerja lelaki yang nak bagi makan pada arnab ajak kitorang untuk rasa moment tu. Yelah.. Agaknya dia kesian tengok kitorang layan arnab-arnab yang jenguhkan kepala di antara lubang pagar kayu yang ada. 


Bagi ary, tempat ni memang menyeronokkan. Sayang nya, ary agak penakut untuk 'bergurau senda' dengan haiwan-haiwan yang ada di situ. Kalau tak, mesty lagi best.





1 comment:

maszull said...

asssalamualaikumary...seronoknya bercuti...;)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com