Friday 6 July 2012

QR Code untuk Kegunaan Pemalas Sahaja


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari.


Semalam, kononnya ary pos sesuatu menggunakan qr code. Pesanan rahsia lah kononnya. Tapi saja je sebenarnya. Untuk me-unik-kan isi yang membosankan. Huhuhu.


QR code merupakan singkatan quick response code. Jadi, dengan hanya scan code tersebut, korang dah boleh retrieve url atau mesej yang cuba disampaikan. Macam code yang ada dalam entri pesanan rahsia tu, ary cuma tulis text. Penggunaan qr code yang berasal dari negara Jepun ini dijangka dapat memudahkan manusia. 




Dunia dah makin canggih kan? Dari handphone 3310, beralih ke handphone skrin berwarna, kemudian yang ada kamera 2.0MP. Tup tup la ni android phone atau smartphone mula melambak-lambak di pasaran. Jadi, dunia yang makin canggih ni memberi ruang untuk qr code memudahkan lagi manusia yang rasanya makin malas ni^^  Eh? Malas hapenye kan? Dah ada kemudahan, baik kita guna^^


Ary guna aplikasi QR Droid untuk scan code ini. Rasanya banyak lagi aplikasi lain. Dan untuk buat qr code itu sendiri, korang boleh cuba qrstuff.com. Nanti boleh letak contact di sidebar macam ary buat tu^^ 


Apapun, masih ada lagi disadvantage adanya qr code ni biarpun ramai syarikat yang berebut membuat promosi menggunakan qr code ni. Ianya adalah disebabkan masalah bilangan orang yang dapat membaca mesej yang cuba disampaikan. Bukan semua orang ada smartphone kan? 

5 comments:

Anonymous said...

x pernah cuba guna lagi ! hehe

Riswin Zahari said...

1st time try guna app ni sgt teruja~ keke! =D

Shiqin Sunshine said...

ha'ah kita tade smart phone...huhu, dulu tatau gak ape function bnda ni...skunk tau dahh..hehe thanx =)

Cik Kay Jue said...

huhu.... ketinggalan rasanya..

Azhafizah MN said...

menarik kan..thanks for share.nak buat gak ah macam ary buat link facebook tu

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com