Saturday 30 June 2012

Gila Akibat Daya Imaginasi Tinggi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat hari sabtu^^


Ramai yang kata ary gila. Mana tak nya. Secara tiba-tiba gelak tanpa sebab (bagi mereka). Sedangkan mereka tak tau apa yang bermain di fikiran ary ni. Huhuhu. Ni kes kuat berangan lah ni. Kategori mat jenin:P




Macam mana ary boleh ter-imagine situasi atas tu? Semalam, waktu teman ibu beli barang-barang dapur, handphone ary terlepas dari tangan dan jatuh ke lantai. Kemudian, after beli dan blah dari pusat shopping tu, kitorang se-family plan nak makan asam pedas. Secara automatik ary ter-imagine seperti situasi atas nuh dan ketawa sambil tersengih-sengih. Adik ary pandang pelik, kau ni pehal? HohohoXD


Errr... Xkelakar eh? Urmmmm.. Selalu macam ini = ="

Friday 29 June 2012

Contest: Edit Picture Paling Cantik


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat hari jumaat^^




Mood ary untuk edit pic kali ni memuncak-muncak pula kan? Urm^^  Kalau dalam contest: Kami BFF(!) ni ary introduce BFF ary dalam bentuk kartun, kali ni dalam versi movie poster yang diedit dari 2 sumber gambar yang berbeza. 




Ok lah.. Mahu makan^^  Selamat LUNCH^^

Thursday 28 June 2012

Contest: Kami BFF(!)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Hari ni teringin nak lukis komik, jadi sambil-sambil lukis tu, ary cadang nak masuk contest ni. Sambil menyelam minum air^^




Bercakap tentang kawan baik, ary ada ramai kawan baik dari ary sekolah darjah 1 hingga sekarang. Yang dah habis sekolah pun, still contact. Tapi dalam ramai-ramai kawan baik, ni ada seorang ni yang ary rasa betul-betul ngam. Siapa lagi kalau bukan sepupu ary a.k.a jiran blog ni - Dr Riswin^^  


Kami bukan setakat baik di dunia maya tapi dalam dunia realiti. Memang kamcheng habis ar. Ary sangat selesa dengan dia. Sangat selesa sampaikan berlaku insiden-insiden sengal macam dalam kartun ary ni. HahahaXD






Gambar? Kartun tu kira gambar lah kan? HohohoXD Gambar betul ary nak edit untuk contest lain pula. Tak best lah nanti letak gambar sama je kan? Nak join? Klik sini^^


Updated: Nak tag semua yang baca^^ Kira tag juga kan? Jadi anda yang membaca, anda di-TAG!

Tips Blogging | Blog yang Selalu Diletakkan di Bloglist


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat hari khamis^^


Waktu sedang membaca entri-entri dari Mr Mama dunia blog a.k.a Ben Ashaari, secara tiba-tiba ary terniat nak letak dia dalam bloglist sebab ary suka nak baca cerita pasal si Qhaliff cute tu. Jadi, satu persoalan automatik muncul: Kenapa ramai nak letak dia dalam bloglist?


Siapa yang tak suka kalau blog dia ada dalam bloglist orang lain. Heaven kot^^ Bahagia je^^ Suka lah sebab penulisan kita mungkin akan mendapat perhatian dari si pemilik blog. Jadi, ary pun list kan sebab kenapa sesebuah blog tu ada di bloglist ary.

  1. Blogger rajin datang blog. Contohnya kalau orang tu komen setiap entri kita, jadi dia mencuba bersikap ramah dengan kita. Secara automatiknya blogger itu akan diletakkan ke dalam blog list supaya mudah nak pi sana semula^^ 
  2. Ada kaitan relationship. Selalunya kalau orang tu kawan baik atau keluarga di dunia realiti, dengan mudahnya akan berada di Bloglist. Contoh blogger yang buat macam tu adalah Ujang. Siap ada bloglist KELUARGA gituuuu.. Tak lama lagi, bila anak dia pandai blogging, diletak pula link anak dia:P
  3. Blogger rajin hupdate dan cerita menarik. Bila blogger rajin hupdate sesaje dan cerita nya ntah hape-hape pun, tak boleh juga. Cerita yang menarik tu akan buatkan orang nak letak dalam bloglist. Macam mana nak buat menarik? Perlu kena dengan gaya sendiri. Tiada peniruan berlaku. BE YOURSELF. 
  4. ....  Fill in the blank. 
Itu je lah yang mampu ary fikirkan atas pendapat ary sendiri. Korang rasa.. Blog macam mana yang akan buat korang letak di bloglist? Share lah sikit derrrrrr...

Wednesday 27 June 2012

Video Klip OST Dejavu Di Kinabalu : Butterfly - Aqasha


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam sebelum tidur^^


Sejak beberapa hari duduk rumah ni, terlekat tengok TV. Baru-baru ni, ada cerita yang baru ditayangkan lakonan Aqasha, makwe Remy Ishak - Tiz Zaqyah, Nazim Othman & Rebecca. Lagu tema cerita tersebut menarik hati ary.




Lagu ini bertajuk Butterfly dan merupakan lagu asal milik Melly Goeslow. Tapi, ary lebih suka kan versi Aqasha & Tiz. Lebih auuuuuuummmmmmmm~~

Rabu yang Bisu - Dari Sudut Kapal Terbang


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^







Video Klip Sampaikan Salam Cintaku - Adira


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat petang^^




Ary dah lama tunggu AF upload video klip ni di youtube. Kali pertama ary tengok video klip ni ketika ary berada di kedai makan. Suara adira yang mendayu-dayu tu membuatkan ary jatuh hati pada lagu ni. Sedangkan lagu ni dah lama. 


Jujur ary katakan, ary tak berapa suka lagu ni waktu versi lama. Maybe sebab muzik rancak old skool kot.. Apapun, lagu ni memang best. Bila diperbaharui dalam rentak slow, lebih best^^


Andai ku tiada
Andai ku pejam mata
Biar ku abadi
Cinta yang setia ini

Biarpun kau jauh
Sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangi
Tidak pernah aku membenci dirimu

Rabu yang Bisu - Senyum lah sikit derrrr..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera^^





Tuesday 26 June 2012

Lelaki Naik Koc Wanita : Terdesak - Boleh Diterima ke?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam selasa^^


Bukan perkara luar biasa bila tengok lelaki naik koc wanita. Kadangkala tu, takut tak sempat nak masuk tren koc biasa, lelaki masuk je koc wanita. Kadangkala juga bila koc biasa penuh, lelaki dengan selamba masuk je koc wanita. Sampai tiba destinasi, buat muka dek je. Kadang-kadang tu siap duduk lagi dan biarkan perempuan berdiri.




Boleh diterima ke? Bagi ary, situasi yang mula-mula di mana takut terlepas tren tu boleh diterima. Asalkan dia turun dan pi nek koc biasa di stesen seterusnya. Tapi situasi yang kedua tu, memang tak boleh pakai. Biarpun koc wanita kosong, koc wanita tetap koc wanita.


Oleh itu, wahai lelaki, biarpun anda itu lelaki yang mempunyai style rambut yang sama dengan perempuan, ataupun anda merupakan pakcik yang tak larat dah, naik lah koc biasa. Lelaki dibenarkan naik andai telah DIPOTONG habis:P

Hari ni hari selasa kan?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat tengahari^^


Udah makan? Ya.. Jika belum, ngakan lah.. HohohoXD


Percaya atau tidak bahawa setiap orang ada hari marah masing-masing? Di mana bila tiba hari tu je, seseorang tu akan marah-marah. Macam ayah ary, hari marah dia adalah hari Selasa. Jadi, bila tiba hari selasa, kami sekeluarga akan bersikap baik sikit dari biasa. HahahaXD


Sebenarnya tak ada lah macam tu. Kadang, kalau nak marah tu, marah je kot. Tak de lah nak tengok hari apa. Hurmmmm^^  Saja je bila ayah marah-marah, akan ada dialog hari ni hari selasa kan? 

Monday 25 June 2012

Ary Suka Font Ni!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Ada orang tak kisah nak pakai font apa. Tapi ada orang kisah. Lagi-lagi dalam report, assignment or project paper. Takkan nak pakai font canggih manggih kan? Selalunya kalau standard akan pakai Times New Roman ataupun Arial. Tapi hari ni ary nak kongsi font  yang sedikit canggih dan sedikit manggih.


Alhambra

Dadhand

Collegiate Heavy Outline

Gado Gadoo NF

Singer Mears

Hah.. Ada tak lagi font yang best-best? Share ler derrr~

Persiapan Hadiah Untuk Ayah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera^^


Persis model ayah ku ini.. Kalah anak nya = ="


Masih ada lagi masa sebulan sebelum hari lahir ayah menjelma. Ary cuba untuk memberikan sesuatu yang berlainan kali ini. Memandangkan ary pun dah sengkek selepas balik dari bercuti di Langkawi, jadi plan kali ini adalah lebih bajet. Apakah?? Harus tunggu~

Andai Hak Keistimewaan Melayu Dihapuskan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^


Wahhhh... Nak dekat-dekat pilihanraya ni, makin ligat kempen 1Malaysia ni. Baru-baru ini RM35 juta diperuntukkan untuk Teksi Rakyat 1Malaysia. Kononnya utuk gantikan tayar-tayar teksi di Malaysia. Seronok lah pemandu-pemandu teksi.


Ary terfikir... Andai-nya kempen 1Malaysia diperhebat lagi, sehingga ada tindakan menghapuskan Hak Keistimewaan Orang Melayu, apa yang akan berlaku? 


Bayangkan, jika sekarang ini pun peratus bangsa asing yang memenuhi IPTA dilihat semakin ramai. Ini kan pula jika hak keistimewaan melayu dihapuskan.. Makin tiada tempat untuk anak-anak melayu di IPTA. 


Dan.. Jika hak keistimewaan Melayu dihapuskan, kuasa raja-raja dan Agong sebagai pemerintah juga akan terhapus secara automatiknya. Ini kerana kita semua sebenarnya masih bergantung pada pemerintahan raja kerana mereka mewakili bangsa Melayu. Tiada lagi tempat untuk rakyat Melayu mengadu..


Ary bukan seorang racist. Ary juga bukan seorang yang membangkang usaha pembawaan 1Malaysia. Cuma ary berharap agar pembawaan itu masih lagi menitik berat kan hak keistimewaan melayu. Ary juga berharap bahawa kita anak Melayu sedar yang kedudukan kita semakin tergugat dan bangun untuk menjadi lebih hebat dari 'mereka'. 


Takkan melayu hilang di dunia.

Ayah Siapalah Ni~~ @_@


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat hari isnin^^




Ini 1st time ary tengok ayah main buaian. Dari ary kecil, ayah adalah seorang yang sangat tegas dan serius. Jadi, kami adik-beradik memang takut dengan ayah. Takut nak cakap dengan ayah. Jadi, kalau apa-apa hal, kami hanya mengadu pada ibu.


Tapi bila umur ayah semakin menua, dia semakin senyap.. Bagaikan mempercayai apa yang anak-anaknya buat. Semakin hari, ayah semakin boleh dibawa bergurau. Asalkan tidak melampaui batasnya. Dan kami mula berkongsi minat dan perbincangan yang sama.

Sunday 24 June 2012

Restoran Rasa di Langkawi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Pemandu yang membawa kami pulang dari Island Hopping ada beritahu kami,.. Makanan di Langkawi ni memang agak mahal. Mungkin kerana kebanyakan yang ada di sini adalah pelancong. Pernah sekali ary makan tengahari di Pekan Kuah, nasi goreng paprik ayam dicaj pada harga RM6. Gulpppp... Tapi kali ni ary nak kongsi satu tempat yang memang agak mahal tapi sedap.


Lokasi makan-makan kali ini adalah di Pantai Chenang, Langkawi. Tak sukar nak dapatkan tempat makan di Pantai Chenang ni. Kalau diikutkan, sepanjang jalan di Pantai Chenang ada kedai makan. Dari makanan melayu.. ke western.. chinese cuisine.. mexican pun ada. Semua ada..




Restoran Rasa ni terletak dekat-dekat dengan Restoran Haji Ramli. Area-area situ juga. Environment di situ memang lapang. Sebab ada tempat berbumbung dan tempat tak berbumbung. Ary pilih meja yang berada di kawasan tidak berbumbung. Rasa sejuk je sebab dekat dengan kawasan pantai.






Menu yang ary order pada hari tersebut adalah: Ikan Pari Bakar Sambal & Butter Egg Prawn. Ikan pari bakar dia memang superbbbb.. Sedap! Dicecah dengan kuah 'jeruk asam' *ye kot jeruk asam, kawan ary kata memang sedap^^ 




Butter egg prawn nya pula memang kelas A bagi ary sebab ary suka benda yang manis. Telur yang bagaikan dihiris dan digoreng garing bersama mentega kemudian ditabur di atas udang menaikkan selera. Isy! Susah nak digambarkan lah. 




Minumannya pula, kami order ice lemon tea dan juga jus nanas. Bagi ary, air nya agak kureng sedikit. Ice lemon tea nya agak masam. Tapi habis juga disebabkan tak tahan pedas. HahahaXD 


Harga untuk 2 nasi putih, ikan pari bakar 500gram, butter egg prawn (udang biasa), ice lemon tea & jus nanas adalah RM65.10. Diakui memang MAHAL. Tapi, namanya bercuti kan? Jadi, tak ada lah berkira sangat. Yang pasty, korang kena cuba makan di sini. Tak menyesal punyaaaaaaaa...

Blogger Cun Fatin Liyana Jadi Cover Novel Pula??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat petang^^


Sebelum ini kecoh tentang Fatin Liyana dijadikan cover e-book seks. Isy isy isy.. Macam-macam orang sekarang ni. Berani sungguh!


Semasa ary sedang sibuk cari komik sebelum terjumpa komik Maid Maiden Friday, ary terpandang ruangan novel. Ary tak minat sangat nak baca novel cintan cintun ni. Tapi disebabkan cover-cover novel nampak menarik dengan warna-warna yang terang, ary mendekatkan diri dengan buku-buku yang kemas tersusun atas rak.



Urmmmmm... Macam pernah tengok gambar ni. Tapi di mana ya? Cetus hati ary ala-ala macam dalam cerita Senario. Muka gadis yang jadi cover novel tu macam familiar.


Sekali lagi ary berfikir,.. Kalau fesyen tudung macam ni, cuma ada seorang sahaja yang suka buat - Fatin Liyana! Yesss... Memang betul pun. Sebab balik sahaja dari kedai buku popular, terus ary tengok page Fatin Liyana. Terjumpa satu gambar yang serupa dengan gambar yang ada pada cover novel tersebut. Untunglah cantik.. Semua nak jadikan dia cover^^ 


Dalam perasan gambar tu gambar Fatin Liyana, ary perasan benda lain juga. Sekarang ni, memang trend menjadikan pelakon korea sebagai cover novel agaknya. Mentang-mentang lah remaja sekarang ni gilakan pelakon Korea. Jadi, ini mungkin menjadi trick untuk penerbit novel melariskan novel mereka. 


Percutian di Langkawi | Underwater World


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat hujung minggu^^


Namanya pun UNDERWATER.. Confirm lah kononnya bawah air kan? Jadi, kebanyakan haiwan di situ merupakan hidupan yang berasaskan air seperti ikan, penyu, etc. 




Tiada apa-apa yang boleh dikatakan istimewa di sini. Cuma, di sini, korang mempunyai peluang untuk berjumpa beberapa hidupan laut yang korang jarang lihat atau tak pernah lihat secara LIVE seperti penguin. Ada juga spesies ikan yang pelik-pelik yang tak pernah dilihat seperti ikan pari versi leopard. Badan ikan pari tersebut seperti harimau bintang.






Apabila tiba di sudut hexagon, korang akan teruja bila korang pusing kepala 360 darjah, korang akan perasan yang korang berada di antara ikan-ikan tersebut. Maknanya ikan tu boleh berenang sesuka hati ATAS korang. Hah... Dapat bayangkan tak?


Tempat ini mungkin sedikit bosan buat seorang dewasa tapi akan menjadi tarikan buat si kecil. Sesuai untuk lawatan sebuah keluarga. Oh ya,.. Tiket untuk seorang dewasa yang mempunyai MYKAD adalah RM28 seorang^^





Segmen: Tambah Follower Blog

http://littlequeenstory.blogspot.com/2012/06/segmen-tambah-follower-blog.html


Published with Blogger-droid v2.0

Saturday 23 June 2012

Alololorh,anak mak~



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


Ohoiiii~~ Nak dijadikan cerita, ary pun duduk di hadapan pelamin sambil menunggu pak ngah ary yang sampai sekarang masih belum tiba. Entah mana.. Sesat kot. HahahahahaXD


Tengah-tengah duduk tu, ada seorang nenek ni duk sibuk salam semua sedara mara. Tak lama lepas tu,nenek tu cakap dengan suara nyaring, mana hensem boy ni~


Maka keluar lah seorang mamat kacak bergaya berdiri dengan penuh tegap badannya. Hensem BOY?? Kidding me??! Adoyai o_O  Lepas tu,nenek tu cium pipi mamat tu banyak kali.


Nampak gaya macam berumur pertengahan 20-an. Anak mak rupanya~


Ary perhatikan je gelagat mamat tu. Dia duduk je sebelah mak dia senyap-senyap. Huhu. Nampak comel pun ada gak. Tapi kalau before kawen duk sebelah mak macam tak lepas, da kawen nanti,sampai mak teman tidur. Errrr.....


**Maaf sebab kejap italic,kejap biasa. Guna henpon untuk hupdate.


Published with Blogger-droid v2.0

Dialog untuk Seorang Penunggu



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera^^


Pernah tak menunggu?

5-10minit boleh tahan lagi. Tapi kalau dah sampai sejam lebih, fed up tau..

Dialog yang selalu ary keluarkan:

Aku memang dilahirkan untuk tunggu kau kan~


Published with Blogger-droid v2.0

Friday 22 June 2012

Percutian di Langkawi | Bird Paradise & Wildlife Park


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat malam^^




Tak habis lagi bercerita tentang percutian di Langkawi. Kali ini,destinasi pelancongan adalah Bird Paradise & Wildlife Park, Langkawi. Tiket masuk dijual pada harga RM 12 untuk seorang dewasa.




Seperti dinyatakan namanya, di sini memang terdapat haiwan-haiwan liar seperti buaya, ular, racoon, ostrich, emu dan banyak lagi haiwan yang memang jarang kita tahu unless korang tengok National Geographic. Di sini juga terdapat banyak jenis burung sampaikan ary pun jadi tak ingat burung-burung yang ada di situ.


Istimewanya di sini, korang boleh bermesra dengan haiwan-haiwan ini dengan membeli makanan di pintu masuk dan memberi mereka makan. Hampir kesemua haiwan korang boleh bagi makanan kecuali haiwan-haiwan yang giler ganas seperti buaya,ular, etc.




Selain itu, bila korang masuk bird aviary, korang akan rasa berada mood adventure kerana korang tidak akan melihat burung-burung tersebut berada dalam sangkar tetapi burung-burung tersebut dilepaskan terbang bebas. Pehhhh.. Dalam tu, ary memang takutlah juga. Takut-takut kena kejar dengan burung besar saiz burung merak. Tapi memang rasa seronok lah juga sebab dapat tengok dari jarak yang betul-betul dekat. Terasa macam dalam hutan pun, ada lah juga. 




Di situ, ary berpeluang memberi makanan pada arnab sebab waktu tu ada pekerja lelaki yang nak bagi makan pada arnab ajak kitorang untuk rasa moment tu. Yelah.. Agaknya dia kesian tengok kitorang layan arnab-arnab yang jenguhkan kepala di antara lubang pagar kayu yang ada. 


Bagi ary, tempat ni memang menyeronokkan. Sayang nya, ary agak penakut untuk 'bergurau senda' dengan haiwan-haiwan yang ada di situ. Kalau tak, mesty lagi best.





Percutian di Langkawi | Island Hopping


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera^^




Para pelancong yang datang ke Langkawi boleh menyertai aktiviti Island Hopping dengan harga serendah RM25 seorang. Island Hopping di Langkawi ini membolehkan anda melawat 3 pulau yang berada di Langkawi - Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah.




Destinasi pertama yang dibawa pemandu bot merupakan Pulau Dayang Bunting. Dan seperti yang diketahui, Pulau Dayang Bunting dinamakan sempena bentuknya yang seakan-akan seperti seorang perempuan yang mengandung. 




Di Pulau Dayang Bunting, korang berpeluang untuk mandi di Tasik Dayang Bunting. Sejarahnya adalah seorang pemuda yang bernama Mat Teja jatuh hati dengan seorang yang bernama Dayang. Dikatakan mereka bercinta sehingga dikurniakan seorang anak. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka dan anak itu mati selepas tujuh hari dilahirkan. Dayang mengabadikan mayat anaknya di dalam sebuah tasik. Bagi mengabadikan kisah sedih ini, tasik ini dinamakan sempena kejadian itu. *Maknanya bawah tasik tu ada mayat ke?? @_@


Diingatkan bahawa ketinggian air tasik adalah lebih kurang 30 kaki rasanya. Oleh itu, kalau tak pandai berenang, pakai lah jaket keselamatan sebab di sini tiada safeguard. Tapi kebanyakan yang datang ke sini hanya merendamkan kaki ke dalam air tasik. Waktu tu, ary memilih untuk menyewa solar boat dengan harga RM30 per 30 minit. 




Diingatkan juga bahawa terdapat monyet-monyet yang akan merebut makanan korang di sini. Tapi, jangan takut pada mereka sebab mereka ni tak kacau manusia. Buat pengetahuan korang, masa yang diberikan pemandu bot untuk ary meneroka Pulau Dayang Bunting adalah sejam.


Destinasi kedua adalah untuk melihat bagaimana sekumpulan burung helang mencari makan di kawasan Pulau Singa Besar - eagle feeding. Untuk aktiviti ini, korang hanya perhatikan burung-burung tersebut dari dalam bot sahaja sebab pulau ini ditutup buat sementara. 




Destinasi terakhir pula adalah pulau yang dimiliki Tan Sri Syed Al-Bukhari - Pulau Beras Basah. Tiada lain yang istimewa di pulau ini selain air lautnya yang jernih sehingga menampakkan isi lautnya dan membolehkan pelancong mencuba aktiviti snorkelling. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah swimming dan mencuba beberapa sukan air. 


Memandangkan ini kali pertama ary naik bot yang gila laju dan merupakan kali pertama ary menyertai aktiviti Island Hopping, ary agak excited waktu naik tu. Huhuhu. Apapun, aktiviti ini not bad. 


Tips untuk menyertai aktiviti Island Hopping:
  • Harga untuk pakej Island Hopping yang paling murah adalah RM25. Jadi, untuk satu percutian yang bajet, korang boleh cari pakej RM25 ini di sekitar Pantai Chenang. Berselerak agen di situ. Kadang-kadang pihak motel/chalet turut menawarkan service ini. 
  • Sila pakai pakaian yang sesuai. Waktu baru sampai ke Jeti, ary terkejut sebab kena masuk dalam air laut untuk masuk ke dalam boat. Dah lah waktu tu ary pakai kasut. Teman ary pula pakai jeans dan tak bawa seluar lebih. Elok benar lah tu. Jadi, seeloknya, pakai lah pakaian biasa-biasa sahaja sebab pakaian korang confirm akan basah. Dan dinasihatkan jangan nak pakai kasut. Pakai selipar sudah memadai.
  • Tak perlu bawa barang banyak. Jika korang berniat untuk mandi, cuma bawa pakaian salinan yang cukup-cukup sahaja. Ini bagi memudahkan perjalanan turun naik bot korang. Dan pastikan makanan yang dibawa disembunyikan di dalam beg bagi mengelak kan makanan dicuri monyet. 
  • Yang takut mabuk laut tu, bawa lah gula-gula atau asam. Jadi, boleh lah juga mengunyah waktu sedang berada atas boat. Tapi rasanya, mabuk-mabuk tu tak berlaku memandangkan pemandu boat akan bawa laju giler. 
  • Awasi anak anda. Terutama nya di Tasik Dayang Bunting sebab ianya bukan macam laut - cetek terlebih dahulu dan kalau makin jauh, makin dalam. 


Percutian di Langkawi | Kota Mahsuri / Makam Mahsuri


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera^^




Destinasi kedua ary di Langkawi merupakan Kota Mahsuri iaitu tempat yang katanya penuh dengan cerita Lagenda Langkawi yang terkenal iaitu Mahsuri. Expectation ary sangat tinggi ketika datang ke sini. Ary mengharapkan samaada tempat ini adalah lebih seronok atau sama sahaja dengan Istana Kesultanan Melayu Melaka.


Selepas membayar RM5 untuk tiket masuk seorang dewasa, ary masuk dengan perasaan teruja. Masuk-masuk sahaja, kami berjumpa dengan kedai cenderamata terlebih dahulu. Selalunya kedai cenderamata terletak di penghujung lawatan. Ni lain pula.




Jangkaan ary meleset apabila penerokaan sejarah bermula. Selain makam mahsuri, terdapat satu kawasan dinamakan Perkampungan Kedah dan dalamnya terdapat replika rumah Pandak Mayah, Panglima Hitam dan lain-lain. Replika rumah yang agak lusuh itu sedikit sebanyak menghilangkan mood apabila ianya bagai tidak dijaga pihak pengurusan. Lantai berlubang,etc. 




Selain itu, Balai Indera Palembang Segara yang menjadi tempat penceritaan sejarah Mahsuri secara diorama turut sama menyumbang ke arah kehilangan mood bercuti ary. Setiap diorama yang ditunjukkan tidak dilampirkan bersama apa-apa penerangan. Malah, lighting juga tidak disediakan menjadikan tempat tersebut agak gelap dan pengunjung agak seram. Ni rumah hantu ke? Urmmm... Bumbung yang pecah dan lantai yang berlubang turut sedikit sebanyak akan membahayakan pengunjung. 




Di bawah replika rumah Pandak Mayah terdapat beberapa alatan tradisional yang digunakan orang dulu-dulu dalam kehidupan harian mereka. Turut ada di kota mahsuri tersebut adalah beberapa jenis burung yang menjadi pameran. Nasib juga ada burung. Kalau tidak, memang ary bagi markah 1/10.






Indah khabar dari rupa. Itulah yang dapat ary simpulkan dari destinasi kali ini. Ary harap supaya pihak pengurusan dapat ikhtiar sesuatu untuk membaiki Kota Mahsuri sebaik mungkin. Jangan sampai Kota Mahsuri menjadi seperti Mini Malaysia di Melaka tu. 

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com