Monday 30 June 2014

Tips Resolution untuk Percetakan Komersial


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Ramai yang tidak tahu bahawa semasa aktiviti design untuk percetakan komersial, resolution design adalah penting. Ini kerana kalau resolution gambar yang didesign adalah kecil, takut-takut gambar tu akan pecah dan blur. Lalu, akan menghasilkan hasil percetakan yang tidak berkualiti.


Mungkin ada yang katakan, design tu boleh dire-size. Tapi, masih hasilnya akan menjadi pecah-pecah dan blur atas subjek yang dicetak. Jadi, untuk play safe, boleh sentiasa rujuk pada syarikat percetakan.


Hasil yang pecah dan blur



Oleh itu, designer perlu memastikan resolution printer yang akan digunakan untuk mencetak bagi menghasilkan hasil percetakan yang berkualiti. Contohnya, resolution yang yang digunakan untuk mencetak kad adalah minimum 300 DPI (Dots per Inch). Untuk banner dan banting pula, resolution yang diperlukan adalah sekitar 720 - 1200 DPI.


Untuk aplikasi adobe photoshop, resolution boleh ditetapkan pada langkah awal. Semasa File > Create, masukkan resolusi yang dikehendaki dalam column yang berkenaan.




Macam mana pula dengan resolusi bagi percetakan atas beg, tshirt, kulit buku, etc? Ada yang nak kongsi? Berkongsilah walau sekadar satu garis.


Sunday 29 June 2014

What's Your Favourite Social Media?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Banyak betul masa terluang pada bulan puasa ni kan? Bila dah terluang, maka mengadap lah semua media sosial yang ada sekarang ni. Terbaru yang sedang menjadi trend di Malaysia sekarang ni adalah Instagram




Semua media sosial yang ada mempunyai keistimewaan dan kegunaannya yang tersendiri. Bergantung pada penggunanya. Tapi bagi ary, blogger dan facebook masih di hati walaupun ary ni kategoti syok sendiri bila bergambar. BwahahahaXD


"Alangkah baiknya kalau masa mengadap Media Sosial boleh digantikan dengan Membaca Al-Quran." Auuuuccccchhhhhhh!


Pssstttt.. Tempahan untuk CUSTOM MADE E-CARD RAYA mula dibuka. Range harga bermula serendah RM15 - RM30 bergantung pada difficulties and type design.
PM for more details!




Wednesday 25 June 2014

Tuesday 24 June 2014

Sambil-Sambil..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Peribahasa ada menyebut, sambil menyelam, minum air. Malah, manusia juga suka buat 2-3 benda pada masa yang sama. Terutama sekali, sambil berbual, taip mesej. Duh!Yang itu, annoying ok? Don't ever try it.


Ada juga manusia yang ada dua-tiga kerja. Isnin ke jumaat, kerja pejabat. Sabtu dan ahad, jadi cikgu tuisyen. Takpun, siang ke pejabat. Malam, meniaga burger. Dulu ayah ary pun ada juga berniaga sambil-sambil kerja di pejabat. Waktu tu memang kesian gak tengok ayah cari duit lebih untuk keluarga. Kadang-kadang tak termakan pun tengahari tu. *Ayat drama jap. HahaXD


Sekarang ni, surrounding ary turut dipenuhi insan-insan yang buat kerja sambil-sambil ni. Contohnya, ada seorang kawan ary yang menjadi motivator/ penceramah secara freelance. Ada juga kawan ary yang bekerja sebagai technician, bertindak sebagai jurugambar pada hujung minggu. 






Tapi, sejujurnya memang ary tabik lah pada mereka yang sambil-sambil ni. Sedangkan kerja dari pukul 8pagi hingga 6 petang pun dah cukup memenatkan. Inikan pula nak tambah lagi satu kerja yang lainnya.


Sebenarnya, motif entri nak tunjuk karikatur ary lukis tu je. Ha-ha-ha! Ok, bye!  XD


Saturday 21 June 2014

Tips Outline untuk Font Percetakan Komersial


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Semasa design business card, terdapat beberapa tips yang diberikan kilang printing. Salah satunya adalah - Create Outline for Fonts. Bila sebut tentang outline, orang akan fikir kan garisan yang ada di luar sesuatu subjek. Itu betul. Tapi kalau dalam dunia artwork, garisan di luar subjek lebih dikenali sebagai stroke


Antara sebab perlu create outline for fonts adalah, kilang/syarikat percetakan tidak mempunyai fonts yang digunakan oleh customer dalam design. Yelah,.. Berjuta jenis fonts . Jadi, bila kilang tak ada fonts tersebut, design tersebut tak boleh dibaca dan diedit. 


Jadi, untuk create outline for fonts, pilih layer fonts tersebut. Kemudian, pilih Type > Convert to Shape. DONE! Tu je ^^



Thursday 19 June 2014

TRUE STORY: "Sakit" - Menunggu (Episod 4)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Teeettt.. Teettt... Tanda ada pesanan Whatsapp masuk. Tangan meraba-raba tepi bantal, mencari telefon yang dah boleh dibuat pekasam. Owhhhh... Nak belanja? Jari laju menaip.... OK!




Suasana di Cosmic Bowl Mid Valley malap. Mungkin kerana hari ni hari Jumaat. Serasa macam dah dalam night club dah ni. Bertambah lagi dengan keadaan sesak disebabkan ramai yang baru dapat gaji. Ary dan Suzie terpaksa dimasukkan dalam waiting list sebab terlalu ramai.


"Kau dari mana tadi?" Sambil-sambil mengunyah pearl yang disedut dari air Cha Time, ary bertanyakan pada Suzie.


"Rumah Farah," Slurrpp! Tertelan pearl kat anak tekak dengar jawapan Suzie.


"Dah kau buat apa gi rumah minah tu memalam ni?"


"Mencari cinta," Suzie senyap seketika sebelum menyambung, "tapi tak jumpa," Dia tersengih. Ishhh.. Rasa nak lempang sekati pun ada gak tengok dia sengih.


"Memang lah tak jumpa, hawau. Dah kau cari tempat yang SALAH," Amekkaaw! Kan dah kena hawau sekali. 


"Kau buat apa gi rumah dia? Jumpa dia?"


"Tak. Aku duduk je dalam keta. Buat lepas rindu. Tengok rumah dia jadi lah. Mana tahu dia keluar. Aku tunggu je lah. Tapi ary, duduk depan rumah dia pun dah cukup buat aku rasa dekat dengan dia," 





SPEECHLESS. Tak tahu nak cakap apa. Bila minta dilupakan, ada je alasan. Katanya, soal hati dan perasaan. Dia tahu salah. Tapi diri masih lagi mengejar benda yang tidak sepatutnya. Kesian... Orang cantik. Otak geliga. Tapi, sayang...

Wednesday 18 June 2014

Monday 16 June 2014

Program Assessment Centre (PAC) Jawatan Akauntan Gred W41


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Setelah lulus peperiksaan SPA bagi jawatan Akauntan Gred W41 yang berlangsung pada 6 Mei 2014 (alhamdulillah), ary perlu menjalani Program Assessment Centre (PAC) yang diadakan pada 14 Jun 2014. Kali ini, ary perlu menghala ke ILSAS yang terletak di sebelah UNITEN.




Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran seawal 7.30 pagi dan disusuli dengan taklimat dari penganjur pada 9.30 pagi. Jenuh juga nak tunggu 2jam tu. Sabar je lah. Semasa pendaftaran, calon perlu menyerahkan dua borang yang telah diberikan dalam email ataupun boleh di-download di laman web SPA. Ketika pendaftaran, ary diberi sebuah kad yang tertera nombor di atasnya. Nombor itu adalah nombor yang mewakili diri kerana penilai akan menilai menggunakan nombor tersebut. 


Aktiviti 1 - Kajian Kes Bahasa Melayu (40 minit)

Kajian Kes ini sangat mengelirukan. Konsepnya ala-ala puzzle. Calon diberikan masa 35minit untuk berbincang dan mencari penyelesaian masalah. 5 minit diberikan untuk membuat pembentangan.


Contoh:

Kelab sukan SMK Padang ingin menanam pokok di sebatang jalan. 

1 - Burung tempua membuat sarang di atas pokok yang ditanam Jamal.
2 - Salina menanam pokok limau pada 1973.
3 - Pokok Manggis ditanam ahli Kelab Squash dua tahun selepas pokok yang ditanam Jamal.
4 - Burung kakak tua membuat sarang di atas pokok yang ditanam pada 1974.

Padankan nama pokok, tahun ditanam, nama penanam, jenis burung yang membuat sarang dan tahun ditanam.


Aktiviti 2 - Kajian Kes Bahasa Inggeris (40 minit)

Semasa kajian kes bahasa inggeris, calon perlu sentiasa bercakap dalam bahasa inggeris. Kajian kes bahasa inggeris lebih mudah daripada kajian kes bahasa melayu. 


Contoh:

Ahmad is a HR Manager of Computec. Ahmad is responsible for training of non-management. He choose Consultant A with package of 3days training, which will focus on customer satisfaction and the cost is 25k. Another offer given by Consultant B is, training of one day which will cost 8k and will focus on sales clerk. 

a- Do you agree with Ahmad? Why?
b- What would you do before send employees for training if you are Ahmad? 




Aktiviti 3 - Pengucapan Awam/Public Speaking (5 minit)

Dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu? Itu semua akan diberitahu semasa sesi taklimat selepas pendaftaran. Topik yang diberikan adalah umum - Kesihatan, Teknologi maklumat, Budaya, Sukan, Sosial, Pengurusan, Kewangan, Audit, Ekonomi, Hal ehwal semasa, Pendidikan dan Sejarah.

Ary dapat SEJARAH. *sigh* Sejujurnya, ary dah cakap awal-awal dengan ibu, "Kalau dapat sejarah, mati owang. Dahlah selalu failed sejarah = =" "

Tips yang diberikan fasilitator: Keyakinan diri. Pengisian tidak menjadi masalah.


Aktiviti 4 - Debat (85 minit)

Perbincangan: 15minit
Pusingan 1: 30minit (Tidak dibenarkan mencelah)
Pusingan 2: 40minit (Dibenarkan mencelah)

Tajuk yang diberikan pada kumpulan ary:
Graduan dari IPTA tidak memenuhi keperluan kerja. 

Kebetulan, side ary perlu menjadi pencadang. Waktu tu, Omaiiigadddddddd... Dahlah ary sendiri dari IPTA. Hak hak hak. Ibaratnya, macam kutuk diri sendiri pula. HohohoXD




Tips dari ary: 
Just enjoy yourself! Have fun! Niatkan di hati, pengalaman itu yang penting. Kawan baru. Environment baru. Dan sila ambil bahagian dalam semua aktiviti. Pesanan terakhir - Jangan terlalu berharap kerana anda bersaing dengan lebih kurang 1000 calon yang lain. Good luck for next batch candidate!

Sunday 15 June 2014

Tulisan Minggu Ary - Jangan Terlalu Berharap


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari


Aku pernah punya cerita
Cerita yang pedih
Yang membuat aku meraung seakan selama

Tapi  itu mengajar sesuatu

Bukan semua aku yang punya
Agar aku tidak terlalu berharap




Wednesday 11 June 2014

Apa Anda Belajar dari Isu #CadburyHalal?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Nak menaip episod "SAKIT", tapi tak ada mood pula nak menaip cerita heartbroken nih. Bosan gak kan bila asyik-asyik cerita cinta? Tapi part Psiko untuk "SAKIT" masih lagi jauh. *Spoiler lah ary ni. Dush!


Beberapa minggu lepas, kecoh Malaysia dengan isu Cadbury + Halal = #CadburyHalal. Mula-mula halal, lepas tu haram, lepas tu halal balik. Senang-senang, kalau was-was, tak payah makan langsung. Lagipun kemanisan melampau itu bahaya untuk kesihatan


But the most important thing yang ary belajar dari isu #CadburyHalal ni adalah berkaitan TRUST (KEPERCAYAAN). Dalam erti kata ary - "Once you broke someone else's trust, it's hard to gain it back".




Mungkin dalam situasi ini, bukan salah pihak Cadbury. Tapi keadaan yang memaksa ia untuk jadi begini. Qada' dan Qadar kan? But, setelah situasi ini berlaku, ramai pengguna akan rasa tertipu. Meskipun cuma di'fitnah' oleh pihak tertentu, dan kebenaran telah didedahkan, peratus consumer (pengguna) Cadbury pasti turut terkesan. 


Dan ary percaya, ramai akan mula was-was dan beralih arah ke jenama produk coklat yang lain. Untuk mendapatkan semula peratusan consumer yang asal, bukan mudah. Promosi, kempen, hadiah dan pelbagai cara perlu diambil oleh pihak Cadbury.


Isu trust ni bukan setakat pada isu Cadbury je. Tapi boleh di-apply dalam kehidupan. Dalam urusan professional, ibadat, hubungan. Sebab trust tu adalah perkara asas. Macam percayanya kita akan kewujudan Dia.


Tuesday 10 June 2014

Adab Maur-maur Kenduri Kahwin


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. Enam. Tujuh. Tujuh ye.. Tujuh hari sudah tidak menaip-naip di sini. Ini kerana ary sibuk. Sibuk kahwin sana-sini. Kata sebenar - Sibuk hadirkan diri ke kenduri kahwin sana-sini.  Bukan ary yang kahwin ye.,. Entah bilakah masa itu akan tiba.


Hadirkan diri ke kenduri kahwin pun ada adab ke? Ary tak tahu lah orang lain. Tapi, satu adab yang ibu ary ajar adalah, membawa hadiah atau setidak-tidaknya menghulurkan maur-maur. Maur-maur boleh diertikan sebagai hadiah/sumbangan/sedekah berupa wang. 


Ibu kata, setidak-tidaknya meringankan tuan rumah. Yelah.. Belanja kenduri bukan kecik-kecik ye.. Giler beriban gak habis. Tak perlu banyak, cuma beri yang seikhlasnya. 




Tahniah kepada pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan. Tahniah kerana anda telah menjumpai jodoh anda. Tahniah kerana anda berani dan mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri/ibu dan ayah.

Tuesday 3 June 2014

"Threesome" Melalui Skype


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Threesome? Macam pelik je, ary. 


Sememangnya threesome membawa maksud yang berunsurkan seks atau lebih tepat, dikelaskan sebagai 18sx. Tapi, the reality is, tak ada kaitan langsung entry ini dengan mana-mana maklumat informasi berkaitan seks. Sila sucikan kepala hotak mu itu.


Malam tadi, waktu call ibu secara rutin, ibu ajak skype bertiga dengan adik. Jadi, kami pun menggedik lah melakukan Group Video Call melalui Skype. Rasa kelakar pun ada,.. Hawau pun ada.. Sebabnya, hujung minggu ni nak balik kampung dah. Tapi bila dah ber-skype, terasa macam merantau jauh benor. BwahahaXD





Antara conversation yang tersirat:


Ibu: Wah! Indahnya pemandangan bilik awak. 
Fact: Pehal bersepah sangat bilik tuh?

Adik: Kau nampak berisi lah, weyh.
Fact: Giler gemuk kau sekarang! 

Me: = ="    *Krikkkk krikkk*

Monday 2 June 2014

Penyelesaian Masalah Entri SPAM


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Beberapa hari yang lalu, blog ary mengalami masalah entri spam yang auto-published seperti yang pernah ary nyatakan dalam entri ini. Spam yang dulunya cuma ada di ruangan comment, kini telah menyerang ruangan entri pula. Sangat mengarut.


Setelah menjalankan 'siasatan', akhirnya masalah entri spam tersebut berjaya diselesaikan. Dah 72 jam berlalu dan tiada entri spam masalah. Masalah spam tiada lagi! *Ala-ala iklan shampoo.


Penyelesaian nya semudah A-B-C dan semudah Alif-Ba-Ta. Tidak melibatkan idgham billaghunnah , izhar halqi ataupun mana-mana hukum tajwid. 


Penyelesaian: Disabled setting "Posting using email". Untuk disable, sila ke Setting > Mobile and Email. 




Sila pilih option "Disable". SELESAI^^ 




Sunday 1 June 2014

Tulisan Minggu Ary - Senyum


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


Aku pandang dia
Dia pandang aku
Aku senyum
Dia kembalikan senyuman


Walaupun senyuman itu masih ada
Aku rindu senyuman itu
Senyuman yang  aku ukir
Bila kau di depan mata




hasil tulisan arisyalee.blogspot.com