Tuesday 22 April 2014

Before and After - Bukan Iklan Promosi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Sejak kerja after graduates, makin mengembang pulak rasanya. Semua jeans yang dulunya memerlukan tali pinggang untuk men-support, kini dah tak boleh pasang butang. Apa cer? = ="







"Ary, belilah jeans baru. Baru selesa sikit pakai,"

"Nanti kurus balik, macam mana?" *dengan penuh yakin. confident itu penting! *

"Beranganlah nak kurus balik," 

Heh!

Sunday 20 April 2014

Tulisan Minggu Ary - Aku Nak Dia


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Hujung Minggu ^^


Aku nak dia..
Yang comel senyumnya
Yang mampu buat aku ketawa
Yang tak meminta walau poket kosong
Yang menghormati ibu dan ayahku seperti dia yang punya
Yang cukup lima waktu
Yang mampu membuatkan aku mengatakan
Dialah orangnya!

Yang paling penting
Dia yang bisa membuatkan aku lupa pada yang masih bertakhta
Agar dia selesa beraja





Friday 18 April 2014

Teaser - "Dia Perempuan, dan Aku Suka Dia!"


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang





"Kasih sayang dia pada kau terlalu besar. Sampai kau tak nampak."

"Kau gila? Mana boleh!"

"Main tepi longkang tak salah. Unless kalau kau pergi main dalam longkang. Memanglah busuk."

"Yang salah tetap salah. Kalau main tepi longkang je pun, lama-lama bau longkang melekat pada badan."


Rasanya, boleh teka storyline dia tak? Ho-ho-hoXD

Monday 14 April 2014

Pesanan untuk Shera


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam


Masih lagi ingat pada Izzue? Jika tak pernah tahu apa kehei nya dengan Izzue, boleh #throwback baca "Siapa yang Dia Pilih?" Sebentar tadi ary berbual dengan Izzue through whatsapp. Yes. As expected, dia cari ary untuk luahkan perasaan. Since ary tahu a whole story.


Apabila go through semula perbualan kami, Izzue mengakui yang dia tak boleh nak move on. Dah hampir sembilan bulan berlalu, masih dia berada dalam kegusaran. Wanita bersilih ganti di sisi, tapi masih dia sendiri. At the end of conversation;


"Ary, I need your favour," Gulp! Dah apa pulak mamat ni nak minta tolong.


"Aku nak dedicate satu lagu untuk Shera. Tapi aku taknak text dia. Aku takut dia akan diam, tak reply. Ibarat tak peduli apa yang aku bagi kat dia. So, apa yang aku tau, dia follow blog kau kan? Boleh tak if kau update lagu ni untuk dia" Panjang lebar text dia di whatsapp.


"Woi! Kau ingat blog aku ni tempat curahan hati kau ke?" Tiada balasan dari Izzue selepas ary reply whatsapp dia. Terasa lah kot. BwahahaXD 


But atas dasar kawan dan disebabkan lagu ni quite nice, ary bertanya pada diri: Why not? 




Kesian gak mamat ni tak boleh nak move on. Ada idea tak cara nak move on

Friday 11 April 2014

Thursday 10 April 2014

Jangan tunggu lama-lama!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat petang^^


Semua blogger mesti pernah mengalami situasi ni. Kadang, bila ada idea, ada je benda yang menghalang. Dan bila kelapangan, idea itu vanished macam tu je. Kadang, bila dah catit di mana-mana, mood menulis pula tak ada.


Macam ary, ary ada taip a few things dalam phone. Kononnya, supaya idea tu tak hilang. Tapi, masalahnya, bila ada masa dan peluang, tak rasa nak update pula. Ada je yang tak kena. 




Oleh itu, bila dah ada idea tu, jangan ambil masa lama-lama. Terus je update. Macam hidup ni juga. Konon masa menunjukkan awal lagi. Waktu solat panjang lagi. Tapi bila out of sudden banyak kerja, sibuk nak kejar deadline, lalu terbabas. Maka kesimpulannya, jangan tunggu lama-lama dan jangan tunggu sampai dah berada di atas tebing, baru nak berlari ke tengah. 


Manusia selalu kata, "Tak apa. Kita muda lagi. Enjoy dulu,". Tanpa memikirkan bahawa malaikat maut menjenguk sepanjang masa. 

Wednesday 9 April 2014

Seo Eun-gi of "The Innocent Man"


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Malam^^

Sejak "kedepanan" ini, malam sunyi ary diisi dengan drama bersiri korea. Bermula dengan The Innocent Man dan dilanjutkan pula dengan Good Doctor. Yang pastinya, ary dah jatuh hati dengan lakonan dia - Moon Chae-won


Punyalah suka sampai terniat untuk mulakan semula habit melukis dengan menggunakan gambar dia sebagai permulaan. Peh! Bakat meng-vector telah hilang = ="



Wednesday 2 April 2014

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com