Saturday 29 September 2012

REVIEW | J-Drama - Rich Man Poor Woman


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Peminat Korean dan Japanese Drama boleh lah layan cerita ni pula^^ Pada mulanya, ary nampak promosi cerita ni di dramacrazy.net tapi melihatkan poster dia yang biasa-biasa saja, ary tak tengok. However, bila ary check Most Popular Drama, ary terkejut bila cerita ni dalam top50 juga. Ary menonton bagi menentukan  tahap ke-best-an cerita ni. 




Sinopsis
Mengisahkan kehidupan Toru Hyuga yang genius dan mampu mencipta kejayaan menggunakan akal genius dia tu. Toru Hyuga menggunakan kegeniusan dia untuk mencipta sistem fail projek bagi mencari ibu nya yang meninggalkan dia dari kecil. Walaupun Toru Hyuga ni genius, tapi dia mempunyai masalah untuk mengingati nama orang. 

Tanpa dirancang, dia ditemukan dengan seorang gadis yang mempunyai nama sama dengan ibunya. Jadi, dia dapat mengecam dan mengingati nama gadis tu. Semua orang terkejut apabila dia ingat nama gadis tu - Sawaki Chihiro. Kehadiran Sawaki itu mengubah sedikit demi sedikit perangai buruk Toru Hyuga. Konflik bermula apabila Sawaki mendedahkan nama sebenarnya.


Pendapat & Ulasan Ary Lee
Shun Oguri yang pernah melakonkan watak sebagai Sano dalam drama Hana Kimi kali ini tampil dengan watak yang memang berbeza. Jika dulu Shun Oguri berlakon sebagai watak yang control macho, cool bagai tapi kali ini terserlah kesengalan watak yang dia bawakan tu. Pelakon perempuan tu macam tak ada tarikan sangat sebab dia biasa-biasa je. Tak lawa mana pun. Tapi lakonan dia boleh diterima sebab ary rasa dia berjaya membawa watak sebagai budak perempuan yang polos, nampak macam lurus, etc.


Jalan cerita menampilkan isu yang biasa-biasa seperti pengkhianatan dalam persahabatan, cemburu atas kejayaan orang lain dan banyak lagi tapi penulis mahupun pengarah drama mampu menampilkan cerita dengan gaya yang menarik. Tidak bosan dan mampu juga membuatkan orang ketawa.
Soundtrack dia tak banyak. Yang paling kerap dimainkan adalah lagu Hikari E-Miwa. Ary tak tau lah yang itu nama tajuk lagu or ada nama penyanyi sekali. hahahaXD  Soundtrack dia sedap didengar dalam rentak akustik.




Label: MESTI tonton.

Friday 28 September 2012

Bajet 2013 dari Perspektif Ayah Ary Lee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan. 

"Apa membazir ni? Semua orang nak diberi bantuan"
-ayah




Penyelarasan Pencen Pesara Kerajaan

Kerajaan akan menyelaras semula pencen pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25tahun dengan menaikkan minimum daripada 720 ringgit kepada 820 ringgit.

"Alhamdulilah" *sambil gelak besar
-ayah

Bagi ary, bajet kali ni banyak memberi bantuan pada rakyat. Memang lah bagus tapi bagaimana pula dengan ekonomi negara? Ary suka dengan adanya rebate RM200 untuk pembelian smartphone 3g. Tapi ary terfikir, berapa banyak Malaysia harus keluarkan dengan pembelian smartphone oleh berjuta-juta rakyat ini nanti?

#keretakecilwarnamerah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


"Itu bukan lagi kereta awak sebab masih ayah lagi yang bayar"  - ibu

"No matter what, jangan bagi orang lain bawak. Awak je bawak"  - acik

"Bila dah mula bawak kete, ramai yang akan mula baik dengan awak"  - bibik




Itulah antara pesan mereka-mereka sekeliling waktu pertama kali ary bawa kereta ke UM. Bawa kereta bukan untuk bermegah-megah tapi untuk keperluan dan kegunaan. Hakikatnya, ary dah tebal muka nak menumpang kawan untuk ke kelas. Lebih-lebih lagi kalau orang yang tumpangkan ary mula bergurau kasar - Kau balik jalan kaki je lah weyh. Aku takmau hantar.




Bila dah bawa kereta, banyak benda perlu diambil kira. Malah, ary perlu belajar berjimat untuk perbelanjaan minyak. Dan diakui juga, bila dah bawa kereta, makin ramai yang mendekat. Sila jangan buat macam tu ye. Itu tidak bagus ye, kawan-kawan~


Wednesday 26 September 2012

Local Disk (D:) Hilang Selepas Bertukar ke Windows8


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Ary sebenarnya nak cerita pasal kereta, tapi memandangkan kerajinan melukis itu tak ada, ary nak kongsi solution penyelesaian masalah yang ary hadapi dan ary berjaya selesaikannya sendiri^^  Hungga! Local disk kedua, ary gunakan untuk simpan artwork, movie, game dan sewaktu dengannya. Tujuan adalah untuk meringankan Local Disk pertama yang mengandungi windows dan program files. 



Masalah yang Timbul selepas Windows7 Digantikan kepada Windows8

Selepas ary format laptop, ary menyedari yang hanya ada 1local disk yang bersaiz 151GB sahaja di bahagian komputer. Mana pulak perginya local disk kedua???? Waktu tu memang kalut lah bila fikir memori lappy tinggal sikit. Mana boleh bergantung pada hanya satu local disk sahaja.



Kebetulan, ary terjumpa petikan orang lain yang turut mengalami masalah yang sama di sini



Penyelesaian Masalah


Computer Management  >>  Storage  >>  Disk Management


Korang akan lihat ada satu hard disk yang tidak bernama bersama-sama dengan local hard disk pertama tadi. Dan local hard disk tersebut 100% free - kosong. Itulah sebenarnya local disk kedua korang. 


Right-click pada hard disk tidak bernama itu dan klik Change Drive Letters and Paths... 



Akan ada pop-up windows dan sila tekan add bagi memilih paths local disk kedua korang tu. Suka hati korang lah kalau nak pilih (Y:) or (Z:) pun. Kalau ada lah kan? :P



Lepas klik OK, ta-daaa!  Welcome back! 



Tuesday 25 September 2012

Windows8 Saingan Android sebagai OS - Part 2


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat sebelum tidur^^


Samsung telah mencipta sejarah apabila berjaya mengalahkan jualan dari syarikat telefon bimbit yang lain apabila syarikat tersebut memperkenalkan android sebagai OS telefon bimbit. Kepada yang masih baru dalam bidang teknologi, OS stands for operating system atau dalam bahasa melayunya sistem operasi. 




Semasa sedang explore windows8, ary merasakan bahawa microsoft juga ingin mewujudkan fenomena penggunaan windows phone yang confirm-confirm menggunakan windows sebagai OS. Windows8 sangat sesuai untuk peralatan mudah alih dan skrin sentuh seperti telefon bimbit, tablet, etc.


Speed / Kelajuan
Seperti mana android yang bertindak balas dengan laju apabila jari menyentuh skrin, begitu juga yang di-adapt windows8. Memang korang akan terasa laptop korang ringan je. Operasi yang dilakukan sistem tersangatlah lajunya. Ini memang ketara kalau dibandingkan dengan windows yang terdahulu.


Interface
Unique. Bukan nurdani yang younique mahupun unique Glee. Tapi itulah first impression ary semasa pertama kali melihat interface windows8. Apa yang uniknya? Lu tengok lah sendiri:P


START


Desktop
Kalau korang perasan, di bahagian dekstop, TIADA butang start/menu. Ini kerana, ianya telah dialihkan di bahagian tepi dan telah disembunyikan. Cursor perlu diletakkan di bucu bahagian kanan korang dan start menu korang akan kelihatan. Pada awalnya, memang rasa janggal tapi lama-lama korang akan terbiasa dengan sendirinya. 


Lawa kan interface dia? Hehehe. Ary percaya pasti ramai ge-girl kat luar sana dah terpaut hati nak tukar ke windows8. Tapi ary tak habis cerita lagi ni.. 


To be continued..

Windows8 Saingan Android sebagai OS


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Ary tidak akan menulis sebagai seorang yang hebat dalam meng-explore teknologi sebabnya ary hanya pelajar biasa yang suka mencuba teknologi yang ada. Tak hebat mana pun. Cuma suka mencuba^^   




Baru-baru ini, Universiti Malaya (UM) sedang mengedarkan Microsoft Office 2010 secara PERCUMA kepada mahasiswa/i UM. Sambil-sambil tu, ary diperkenalkan kepada Dreamspark - di mana semua mahasiswa/i UM boleh memuat turun software microsoft bersama-sama dengan activation key secara PERCUMA. 




Jadi, sebagai seorang yang suka mengambil peluang yang ada, ary download seberapa banyak software yang boleh. HahaXD Sebagai back-up. Manalah tahu yang lappy bermasalah. Tak perlu ke kedai beli windows kan? Jadi ary pun decide untuk cuba adapt windows8 dalam laptop. 


Eh.. Itu baru INTRODUCTION ye. Sambungannya selepas ini..  HahahaXD
*bajet ada orang nak baca panjang-panjang ni:P

Saturday 22 September 2012

Bermula Operasi Kitar Semula


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


5 buah IPTA telah pun menamatkan pilihanraya kampus masing-masing. Giliran UM adalah pada 25 September 2012. Jadi, buat masa ini, semua calon dan ahli aktif parti politik bersungguh-sungguh dalam menyebarkan manifesto masing-masing. 




Maka nya, akan bertaburan segala kertas-kertas manifesto di sekitar UM. Akan ada manifesto yang ditampal di merata-rata tak kira tempat seperti dinding fakulti, pokok-pokok besar, tiang-tiang eletrik. Dalam tandas pun boleh jadi juga nak tampal. 


Bagi mengelakkan pembaziran kertas-kertas berlaku, kertas manifesto yang ary dapat, ary akan kitar semula. Bahagian belakang ketas-kertas tersebut ary tulis nota. HahahaXD  Apalah depa ni.. Membazir kertas je. Len kali, jadi lah lebih eco-friendly sikit. 




Nak minta jasa baik jika ada sesiapa yang tahu mana nak download Photoshop yang compatible dengan Windows 8?

Thursday 20 September 2012

Wednesday 19 September 2012

Sakit Sebab Gangnam


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^v


Ada yang sakit sebab gangnam? Pebenda gangnam tu? itu adalah soalan yang muncul dari kepala ary bila heboh satu Malaysia pasal gangnam style. Siap masuk surat khabar lagi. Disebabkan gangnam, ary pasti, ada yang terkehel kaki sebab terjatuh waktu menari gangnam. 




Ary sebenarnya nak ketengahkan video SO SICK OF GANGNAM yang dipublish oleh redfm. Dengan menampilkan dj radio red fm dan Sarimah Ibrahim, video mengisahkan tentang mereka yang tidak bernasib baik kerana gangnam dan menyampah dengan gangnam ni.


Cukup-cukup lah gangnam tu, yop. Jom layan lagu lain plak^^

Monday 17 September 2012

Poor Night Vision a.k.a Rabun Malam


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^





Itu lah yang terjadi setiap kali ary keluar. Semasa siang, memang ary yang akan drive. Tapi waktu malam, atau exactly after 8pm, penumpang sebelah akan bertukar tempat dengan ary. Contohnya, bila ary keluar dengan riswin, dia yang akan take over. 


Kawan-kawan ary kata ary ada rabun malam. Macam ary pernah dengar rabun malam ni. Cuma ary tak pernah tahu cara nak baik semula ataupun benda yang boleh atasi rabun malam ni. Means, ada ke spectacles  untuk rabun malam?  

Sunday 16 September 2012

Restoran Red Wok, Bangi Saingan Seoul Garden


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


Bagi sesiapa yang tidak mempunyai rancangan hujung minggu atau jika ada rancangan nak makan luar bersama keluarga, boleh lah berkunjung ke salah sebuah restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi - Restoran Red Wok




Lokasi Restoran Red Wok
Sememangnya, jika korang dah biasa dengan kawasan Bandar Baru Bangi, pasti korang dah tahu di mana letaknya restoran ini. Yang tak biasa mahupun yang tak pandai tengok map, akan tersesat macam ary= ="  Fuhhhh.. Berpusing-pusing. Senang cerita, cuba cari Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. 




Perbezaan Restoran Red Wok dengan Seoul Garden
Restoran ini sama konsepnya dengan seoul garden. Bezanya adalah harganya jauh lebih murah berbanding Seoul Garden. Selain itu, bahan mentah seperti ayam, daging, sotong, udang, ketam, etc tidak direndam ke dalam pelbagai perisa seperti kopi, butter sebagaimana Seoul Garden melakukannya. 

Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk memilih samaada untuk makan ala carte atau buffet. Tapi diingatkan bahawa makan secara buffet hanyalah untuk masa perniagaan mulai dari pukul 6petang hingga 12 tengah malam. malah, pelanggan boleh memilih untuk buffet STEAMBOAT atau KOREAN SIZZLING STEAMBOAT. Bezanya adalah steamboat just boleh rendam dalam soup sahaja tapi korean style boleh bakar ala-ala seoul garden.

Jenis makanan buffet juga adalah terhad bagi ary. Ini kerana, kalau nak nasi putih, perlu caj tambahan. Dan tiada jenis mee atau bihun yang boleh dimasak sekali seperti berada di Seoul Garden. Malah, di tempat ambil makanan juga diletakkan notis untuk harga sebarang pembaziran makanan yang dilakukan.


Harga Restoran Red Wok
Sememangnya harga dia lebih murah berbanding Seoul Garden. Macam ary, ary ambil buffet Korean Sizzling Steamboat. Bil untuk makanan yang dipelahap oleh ary dan riswin menunjukkan total RM67.20. RM33 untuk seorang dari kami berdua dan caj tambahan RM1.20 untuk nasi putih yang kami order.

Sebagai student, 2 bulan sekali boleh lah makan mahal macam ni:P




Tips dari Ary Lee
1- Taman Kajang Impian itu terletak di kawasan Bandar Baru Bangi dan bukan kawasan KAJANG biarpun nama taman tu adalah kajang impian.

2- Bertolak lebih awal adalah lebih baik bagi mengelakkan sesak di highway menuju kajang/bangi. Perjalanan ary sendiri mengambil masa 3jam dari Sungai Buloh ke Kajang. Tersangkut di Damansara sejam dan di highway Kajang sejam. Lenguh kaki weyh.. Nasib baik ada driver sambilan:P

3- Sampai-sampai di restoran tersebut, ambil tempat di mana-mana meja terlebih dahulu dan pelayan akan melayan korang dalam masa beberapa minit. Apapun, MAKAN DAHULU, BAYAR NEXT YEAR SELEPAS HABIS MAKAN. 

4- Seoul Garden mungkin lebih sedap dari Restoran Red Wok. Tapi, Restoran Red Wok adalah pilihan terbaik untuk makan sedap semasa sedang sengkek.

Friday 14 September 2012

Memang Budak Akaun Macam Ni ek?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^




Itulah soalan yang selalu ary dengar dari kawan ary yang ambil kos lain. Puncanya adalah kerana ary mencatat dan menulis perbelanjaan ary setiap hari. Kemudiannya ary akan bandingkan samada duit yang ada di dalam wallet sama atau tidak jumlahnya dengan amaun yang ary kira. Kalau tak cukup, ary akan terus mencari mana perginya perbezaan amaun tersebut.


Teliti kan? Sedangkan, kadang kala bezanya cuma sen-sen sahaja. Bukan kedekut tapi ary nak make sure yang duit tu tak hilang macam tu je^^  




Bila ary catat dan kira perbelanjaan ary, ary akan cuba identify perkara-perkara yang telah ary laburkan wang ke atasnya. Contoh, makan sehari, duit minyak, entertainment, barang runcit dan etc. Mungkin dari situ ary akan cuba untuk berjimat sedikit. 

Wednesday 12 September 2012

12 Angry Men not Angry Bird:P


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Malam^^


Waktu ary sedang cuti panjang, ary sentiasa memandang negatif kepada mereka yang menjadikan continue study dan bekerja sebagai alasan untuk tidak meng-hupdate blog. Tapi, bagaikan mengata diri sendiri, pandangan negatif itu terkena pada batang hidung sendiri bila ary sendiri tiada masa untuk meng-hupdate sejak naik cuti ni.


Naik-naik cuti ni, lecturer memberikan tugasan baru iaitu menonton dan mengulass watak-watak dalam 12 Angry Men. Due date assignment ni lama lagi.. 22 Oktober 2012. Tapi disebabkan salah satu benda yang ary suka buat adalah menonton, jadi laju je ary buat assignment ni^^




Cerita ni bukan lah berkisarkan lawak mahupun kisah cinta yang digemari. Tapi, ianya dapat membuka minda dan menyedarkan diri akan setiap kesalahan yang selalu dilakukan. Ary syorkan sesiapa yang nak tengok sama boleh download dan cari ENGLISH subtitle untuk improve bahasa inggeris korang^^v



Errr.. Tetiba jek kan? hahahahaXD  Itulah hasil men-doodle sambil mendengar lecture. HeeeeeeeeXD

Friday 7 September 2012

New Look of Ary Lee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^v


Ary akan balik UM pada hari ahad ni. Jadi, seperti biasa, sebelum balik, ary akan menyiapkan diri seperti kemas barang, servis kereta, dan tidak lupa juga untuk mengemaskan rambut yang makin serabai ni. HohohoXD


Seingat ary, ary memang tak pernah berambut panjang dari kecil. Jadi dah terbiasa berambut pendek. Jadi, rambut korea ary telah dicantass pendek bagi memudahkan ary menguruskannya. *sebenarnya malas nak sikat:P




Waktu ary pi kedai, ada beberapa tips yang ary dapat..

1- Jangan pakai baby oil untuk rambut. Sebabnya, baby oil itu hanya membuatkan rambut menjadi keras. Biarpun nampak kemas dan membuatkan rambut nampak shining-shining, tapi baby oil tak menjaga rambut anda. 

2- Jangan memakai shampoo with conditioner 2-in-1. Alasan? Tatau:P

3- Basuh rambut dengan air sejuk. Air panas hanya akan membuatkan rambut gugur dengan lebih banyak lagi. Ary suka sangat mandi dengan air panas. Bahagian tengah rambut pun hampir botak. Baru umur 21 tapi dah botak= ="


Itu je lah yang amoi comel tu share^^  Ada lagi tak yang korang tau?

First Time Dapat Pencalonan Blogger^^v

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat malam^^


HahahahahahahahaXD   Hahahahahaha  dan HAHAHAHAHAHAHAHAHXD !!  Wah, ary.. Kemaen besau lagi gelaknya ye? Hik hik hik. Ary dalam mood eksaited ni:P


Al-kisah, seperti biasa ary cek traffic sources dan kebetulan salah satunya adalah dari blog Awie Omar. Jadi teringin juga nak tengok dari mana datang trafik itu. Apakah dari review? Bloglist or etc? Cha-chang! 




Terus gelak besau kau! Terima kasih lah awie kerana telah mencalonkan blog ary lee untuk anugerah ekstravaganza 2012. Sekurang-kurangnya merasa lah juga dicalonkan dalam anugerah ala-ala ABPBH ni:P  Hah.. Jadi, orang kampung, jangan lupa beli suratkhabar and undi ary untuk jadi top 5 eh? HahahahaXD


Tapi ary akui, design template ary yang paling latest ni berjaya menarik beberapa blogger. Maybe template ni boleh memberi aura pada ary kot. Huhuhu. Masih belum mampu berhenti tersengih ni. hahahahaXD



Nota tambahan: Jom support Blogger 3: Battle Royale Awie Omar^^

Wednesday 5 September 2012

Like Father Like Son


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^v


Ishhhh.. Sepanjang melukis gambar ayah, air mata ary asyik mengalir. Entah kenapa dan entah hape-hape entah. Maybe sebab perasaan ary turut dipengaruhi lagu yang ary dengar semasa melukis gambar ni - seperti dulu


Dulu, ary pernah post gambar atok ary yang ary tak pernah jumpa. Ayah meminta ary melukis gambarnya untuk diletakkan sebelah gambar atok. Seolah-olah mereka mengambil gambar bersama-sama. 




Ayah memang cukup sayang dengan arwah atok. Mungkin kerana atok meninggal dunia ketika ayah masih muda. Malah, kalau dengarkan cerita ayah tentang atok yang dulu merupakan seorang tentera, dalam hati ary - like father like son betullah. Yelah.. Manakan tidak.. Ketegasan arwah atok diwarisi ayah. 


Dulu, ary takut sangat dengan ayah. Sekarang, no more sebab dah besar. Ehhhh.. besar bermaksud dewasa. Bukan maksud besar kepala. Cuba lah besar kepala.. Nak kena sepak dengan ayah?? HOhohohoXD

Monday 3 September 2012

Monday Blues: Heaven


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat tengahari^^





Sunday 2 September 2012

Seperti Dulu


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat tengahari^^


Ary tahu. Pasti ada yang menyangka ary akan hupdate pasal lagu Forteen yang terbaru tu. To be exact.. Ary dapat idea waktu dengar lagu tu juga:P






Berat ary dari ary sekolah menengah until now adalah sama dan tak pernah berubah. Ary tak ada masalah gangguan emosi macam orang lain. Kalau ibu dan adik ary akan mengeluh setiap kali kaki mereka memijak mesin penimbang tu, ary pula akan buat muka selamba je.


Tapi, yang menyakitkan hati apabila orang lain yang mencucuk-cucuk diri ni. Kata mereka,.. Naik kan lah berat badan tu sikit, baru lawa. Dalam hati,.. sekarang ni aku tak lawa ke? 


Bukannya tak pernah cuba usaha untuk menaikkan berat badan. Tapi masih sama. Tiada keluhan dari diri ary. Tapi rasa sakit hati bila ada mulut yang mengata. 


Ishhh.. macam ada bakat nak masuk VOKAL bukan sekadar rupa je:P

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com