Monday 13 August 2012

Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Daripada tak terhupdate blog ni, adalah lebih baik untuk ary join contest simple dari Annas Easkay ni. Siapa Annas Easkay?? Sejujurnya ary tak kenal pun kewujudan annas easkay ni sehinggalah ary ternampak gambar muka-muka popular yang dipenuhi dengan warna.




Saya suka Annas Easkey kerana
Hasil capture dari camera yang merakam setiap detik nampak indah. Gambar itu seakan-akan hidup dan ary dapat merasai feeling ketika gambar itu diambil. Then, ary juga suka annas easkey bila annas easkay buat contest simple macam ni. Tak susah pun. Cuma perlu taip sahaja. Dan ary akan bertambah suka pada annas easkey jika ary yang dapat duit raya tu:P  


Baju raya saya berwarna
Hijau Muda. Actually, ary pakai baju raya dua tahun lepas je. Untuk menampakkan baju itu seakan-akan baru, ary beli manik murah di MYDIN hanya dengan harga RM1.90 sepeket. Meski pun sedih sebab tiada baju raya baru tapi ary masih bersyukur. Berbanding dengan orang lain yang tak ada baju raya. Alhamdulillah.. Jadi, andai ditakdirkan dapat duit raya dari Annas Easkey, ary dah mimpi nak beli tudung sehelai. Huhuhu.


Kata-kata semangat buat Annas Easkey
Dengan bernadakan ala-ala cerita Korea, FIGHTING!! Ngeh3.. 

2 comments:

Cikgu Ma said...

tak kenal beliau...

nazrul ali said...

ingatkan rumah je kena cat sempena raya ni..muka pun kena jugak rupenye..

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com