Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^
Lagu mendayu-layu. Lagu slow. Lagu sentimental. Lagu cinta. Lagu tentang perpisahan. Semua itu mampu mengalirkan air mata. Malah, ketika mendengar lagu-lagu berunsur cinta, otak ligat membayangkan scene-scene yang pernah berlaku dan perasaan mampu berubah watak. Kadang, terasa macam kena je lagu tu dengan situasi kita yang tengah patah hati.
Ini adalah salah satu sebab seseorang tidak mampu untuk pulihkan hati yang berduka. Lalu akan berlarutan sampai setahun. Kadang, tak mampu langsung nak move on sebab dengar lagu patah hati hari-hari.
Ary suggestkan untuk sediakan satu playlist pemberi semangat/inspirasi/motivasi. Lagu-lagu rancak yang berunsur kan self-standing atau dalam bahasa melayu nya mampu berdiri sendiri, molek lah didengar. Elak lah buka radio sebulan, dua bulan. Pasang je mp3/cd dalam tempoh tu untuk pemulihan diri.
Sebabnya, radio memang CONFIRM akan mainkan lagu-lagu patah hati ni. If korang keep listening to those love songs, get ready aje lah untuk hurt some more.
2 comments:
bila frust, kite dgr lagu techno.Hahahaha.
dongar lah lagu 'gadis jolobu' dari waris...
Post a Comment