Thursday, 29 May 2014

Menjana Pendapatan Tambahan dengan Melabur pada Orang Lain


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Dalam sedang membuat budget untuk memastikan belanja dan pendapatan sekata, ary risau. Takut kalau-kalau belanja lebih. Nak bayar kereta, rumah, duit makan, macam-macam lah. Sambil itu, ary fikirkan apa pekerjaan tambahan yang ary boleh buat untuk tambah duit poket. 


Sambil berfikir tu, terfikir... Macam mana nak cari duit tambahan di jalan ALLAH. HohoXD   Poyo sangat ayat ary. Tapi itu yang ary fikir. Sebab ary teringat pesanan seorang pak cik. 


Katanya, dulu gaji pakcik RM52 tapi waktu zaman dulu-dulu lah. Pak cik cuma belanja RM15. Selebihnya pakcik bagi makcik kau. Duit tu lah pakcik besarkan anak-anak. Kesimpulannya, bukan amaun yang jadi persoalan tapi rezeki tu biar BERKAT.


Malah, beberapa hari ini, ary terdengar di radio pasal Wakaf Selangor Muamalat. Teringat pula pada pesanan lecturer ary tentang wakaf. Katanya, dia belanja sedikit gaji yang diterima untuk dirinya dan dia mewakafkan yang selebihnya. 


Dalam Al-Quran turut ada menyatakan tentang amalan bersedekah. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra' ayat 26:
"Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."


Tapi, nak bersedekah tu ada had nya juga. Dalam surah yang sama, ayat 29 ada menyatakan,
"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan." 


Kadang, kita terfikir, gaji kecil dan cuma cukup untuk diri sendiri. Sedangkan, kita sendiri sedia maklum. Yang memberikan rezeki itu adalah Allah dan Allah jua lah yang menyempitkan kita sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Oleh itu, jangan lah kedekut untuk melabur sedikit pada orang lain. Sebab pasti akan ada ganjarannya. Jika bukan di dunia, pasti di sana nanti. In shaa Allah.


HIGHLIGHT: Amalan wakaf dan sedekah adalah dua amalan yang berbeza.

2 comments:

Unknown said...

nampak macam senang. tapi kita selalu dicucuk-cucuk memikirkan "kalau aku bagi orang, aku macamana?"

CXopportunities said...

nice entry! the matured ary!!! really like this entry! seriously.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com