Showing posts with label promosi_iklan. Show all posts
Showing posts with label promosi_iklan. Show all posts

Monday, 13 June 2016

Jengah Insta: Picoworm!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam ^^


I'm not in a good mood, to be honest. Hurt someone that we love, just because they hurt us; that kind of feeling is so sick. We try to understand them, but at the same time, we want they to understand us. Complicated. Lol. But the one who lose first, should be the one who love more and it's me!


Intro tak ada kaitan dengan tajuk and content. Tak faham lah, Ary. Lol.


So, last few days, Ary terpana dengan satu entry tentang rakyat malaysia yang buat miniature tetang ostalgia zaman kedai runcit 90'an. Di waktu kita makan gula-gula segala tu, including machine masuk 50 sen and keluar telur digital tuh. Hebat! Daebak! Proud to be a Malaysian sejenak.




For those who want to see karya-karya miniature hebat; boleh lah jengah instagram PICOWORM. Give some supports to our local artists! Hopefully, it can bring Malaysia name worldwide! Who knows, right?

Sunday, 26 October 2014

Syur Kitchen - Homemade Cookies & Cakes


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


Looking for homemade cookies and cakes? Then you may find it from Syur Kitchen.




Syur Kitchen merupakan sebuah perusahaan berdaftar, milik seorang Sabah-an. Syur Kitchen sekarang ni menerima tempahan untuk cookies, kuih-muih dan juga kek. Pemilik Syur Kitchen ini dulunya pernah bekerja di salah sebuah hotel lima bintang terkenal di bahagian dapur.


Ary dah buat food-tester pada beberapa cookies dan kek yang dijual Syur Kitchen. Memang makan sekali, terasa nak beli 10 lagi. Terasa metafora sangat ayat. Haha!




Homemade tart. Even jem pun homemade wokeyyhh...


Homemade Panna Cotta with Chocolate Sauce


Jom connect with Syur Kitchen. Mana tau, in future, ada yang teringin nak rasa. 



Tuesday, 27 May 2014

Jobtact.com - Klon Jobstreet?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Zaman sekarang ni dah ada macam-macam laman web yang menawarkan servis carian kerja (job searching). Actually, kerja kosong pun melambak-lambak. Tinggal nak tak nak je. Ada yang bagi alasan, tak layak dengan kelulusan, tiada pengalaman, gaji kecil, etc. Pesan ary: Jangan Memilih dan Terus Berusaha.


Waktu ary menyemakkan diri ke Jom Heboh dan Hari Belia pada Ahad lalu, ada satu kawasan disediakan untuk BN Youth Job Fair. Maka, berduyun-duyun lah orang cari kerja kat situ. Ary pun usha-usha gak. mana tahu ada peluang kerja lebih baik.


Lalu, ary dikenalkan dengan Jobtact.com - salah satu laman web carian kerja. Ala-ala jobstreet lah juga. Jadi, ary pun mendaftar lah sebagai member. 





Kenapa kena daftar banyak-banyak? Daftar di Jobstreet, cukup lah. 


Sebabnya, zaman sekarang ni, lu apply 500 kerja, belum tentu dapat wa kata lu. Try je lah, der. 

Saturday, 3 August 2013

Jualan Murah Barangan Eletrik Jenama MORGAN - MORGAN Midyear Warehouse Sale!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^  *since 2am already :-P. Plus, it's Autopublish.


Sudah-sudah lah issue tentang Izzue dan Shera. Moga mereka bahagia dengan kehidupan baru masing-masing. 


Raya makin menjelang tiba. Selalunya masa ni semua dah tersedia kan? Jadi, sila check list semula. Perhiasan rumah? Baju raya? Juadah raya? Duit raya untuk ary? HahahaXD


Jika ada yang berniat untuk menggantikan barangan eletrik yang dah rosak kat rumah tu, boleh lah ke MORGAN Midyear Warehouse Sale 2013 di DKSH Malaysia PJ, Jalan Universiti. Landmarknya adalah bersebelahan Jaya One




Apa kaitannya DKSH dan MORGAN? 
DKSH adalah tempat kerja ary sekarang. Kaitannya adalah, jenama MORGAN adalah hak milik DKSH. Macam Famous Amos tu. Sebenarnya DKSH punya tapi DKSH membuat keputusan untuk masih menggunakan nama Famous Amos atas sebab brand Famous Amos tu dah ada strong brand. Macam tu lah if we put it in simple way. Antara brand lain yang merupakan hak milik DKSH adalah Coffee Bean, BiO LiFEdan lain-lain. *sebab tak ingat. HahaXD


Selalunya bila DKSH mengadakan Warehouse Sale, ianya hanya dibuka kepada staf SAHAJA. Tapi, kali ini, warehouse sale dibuka kepada orang ramai (PUBLIC). Jadi, boleh lah plan belanja shopping korang through price list kat bawah ni. 




Tapi, ingat. Jangan pula berlebih-lebihan kerana sesungguhnya sikap suka berlebihan tanpa perlu mungkin akan mengundang kemurkaan Allah. Mungkin juga merugikan diri. Wallahualam.

Wednesday, 3 April 2013

MAGGI Magic Meals - Meals semasa Emergency!



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Mungkin ramai yang tidak tahu tapi baru-baru ini, Nestle telah melancarkan 1 lagi produk baru iaitu Magic Meal. Harus lah korang tak tahu kan? Sebab Magic Meals baru je dilancarkan di Headquarters (ibu pejabat) Nestle yang beroperasi di Menara SUrian, Mutiara Damansara pada 27 March (rabu).


Apabenda Magic Meals ni?
Magic Meals merupakan perencah makanan yang memudahkan mereka-mereka yang penat nak memasak selepas balik dari kerja. Berbezanya Magic Meals ni berbanding dengan perencah-perencah makanan yang lain adalah korang akan masak lauk bersama-sama nasi dalam 1 periuk nasi yang sama dan pada masa yang sama. 




Masih tak dapat bayangkan cara nak masak Magic Meals ni? Jadi, biar ary explain.

Step 1: Potong ayam kepada saiz yang kecil. Kenapa kena potong jadi kecil? Ianya adalah untuk make sure ayam tu masak. 

Step 2: Hiris bawang.

Step 3: Masukkan perencah Magic Meals, ayam yang telah dipotong kecil serta bawang ke dalam plastik yang turut disediakan bersama dalam set Magic Meals.Selepas ikat plastik tersebut, massage (Gaul) plastik tersebut bagi memastikan perencah nya rata dan seimbang dengan ayam tadi. 

Step 4: Masukkan plastik tersebut ke dalam periuk nasi yang mengandungi beras yang ingin dimasak bersama. Make sure beras tu dah basuh siap-siap. (Takkan basuh beras pun nak cakap ye dak?)


Pelancaran Magic Meals di HOU Nestle


Betul ke ary ni? Masukkan beras dengan plastik sekali dalam periuk nasi tu?
Iye. Betul. Jangan khuatir tentang hygiene atau kesihatan. Sebabnya, plastik tersebut telah disahkan mematuhi peraturan US FDA dan EU. Jadi, ianya selamat dimasukkan bersama nasi. Tapi plastik yang perlu digunakan hanyalah plastik yang disediakan bersama sahaja. Tak boleh plastik lain. Kalau plastik kat kedai Apek tu, memang lah cirit kot. 


Harga?
Harganya adalah RM3++. Tak tahu lah specific price dia. Sebab ary dapat free. Hehehe.


Perasa apa ye yang ada?
Magic Meals didatangkan dengan 3perasa iaitu Kari Ayam Beraroma, Ayam Masak Merah & Ayam Kicap Berempah. 




So, kepada mereka yang bekerja mahupun student, boleh lah cuba Magic Melas ni. But please dun say,Magic lah "SANGAT". Hehehe.


Update: Iklan cara memasak MAGGI Magic Meals



Wednesday, 4 July 2012

Mini Aluminium Audio Speaker


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Malam tadi ayah beri ary & adik sebuah mini speaker. Saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Lebih kurang 4cmx4cmx4cm. Jadi, adik pilih warna hijau cair dan ary punya warna merah - favourite.




Speaker ni mempunyai fungsi radio padanya. Selain itu, terdapat ruang untuk memory card dan juga kabel USB. Turut disertakan bersama kabel usb dan caj untuk mengecas speaker ini. So, sekarang ni senanglah sikit nak tengok movie dari laptop ramai-ramai. Tiada lagi masalah bunyi yang perlahan sebab dah ada speaker^^




Harga speaker ni agak mahal iaitu RM50. Tapi, ary dapat FREE je sebab ayah bagi:P  Berminat nak beli? Ary boleh tolong belikan kalau nak. Tapi kalau nak FREE, memang TAK lah:P



Monday, 18 June 2012

Coupon Sausage McMuffin with Egg @ RM2.50 Promotion


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat hari isnin^^


Isy.. Isy.. Isy..
Tahu-tahu je McDonald ni yang ary akan keluar awal-awal pagi esok. Pastinya ary memerlukan sarapan sebelum menaiki kapal terbang. Nak kemana?? Rahsia~~ HahahaXD




Ary tak pernah makan Sausage McMuffin with Egg ni. Kawan-kawan kata kurang sedap. Tapi, apa salahnya cuba kan? Lagipun tengah promosi ni. Harga promosi rm2.50 berbanding harga sebenar RM4.90 tidak termasuk TAX. Jimat RM2.40 di situ^^


Apa lagi?? Print cecepat and then fotostat banyak-banyak. Promosi dijalankan selama 7 hari. 1 hari = 4 coupon. 7 hari = 28 coupon??! Errrr.. Larat ke nak makan benda yang sama tetiap hari? HahahaXD

Tuesday, 15 May 2012

Air Asia Memberi Tawaran FLIGHT secara PERCUMA!!




Ary ternampak status kawan. Katanya air asia bagi flight secara percuma. Dengan laju, ary buka laman web air asia untuk mengesahkannya. Memang betul bahawa tempat duduk akan diberikan secara percuma. Namun begitu, bayaran tetap akan dikenakan untuk cukai lapangan terbang dan yuran masuk tapi rendah lah. 


Bayangkan harga tiket pergi balik ke Sarawak adalah serendah RM80. Kalau ikutkan, ary taknak lepaskan peluang ni tapi pada waktu itu, ary sedang praktikal. Jadi, mungkin tak ada kesempatan nak pergi bercuti. Buat pengetahuan korang, promosi ini hanya untuk beberapa hari sahaja dan akan berakhir pada 20 May ini. Apa lagi, laju-laju plan untuk percutian akan datang!

Tuesday, 17 April 2012

Jaket Varsity UM untuk Dijual




Berminat dengan design di atas? Ada lagi satu design lain untuk jaket varsity ni. Untuk maklumat lanjut, boleh layari FB Dadubintang Arts ni. Tawaran hanya dibuka sehingga 5May 2012 SAHAJA!

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com