Monday, 18 February 2013

Chatime, Gong Cha, Cool Blog dan Sewaktu Dengannya



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Ramai yang dah sinonim dengan nama Cool Blog. Malah, kepopularan biji-biji hitam dalam minuman Cool Blog dihangatkan lagi dengan kemunculan Chatime dan Gong Cha. Halal atau tidak? Bukan itu isu yang ary nak tampilkan. 




Tertarik dengan penulisan KhairulNizam Bakeri melalui salah satu kispen yang dimuatkan dalam Cerpen. Kispen yang bertajuk "Pujaan".


... Apa yang ada di Chatime?

Teh. 
Jadi apa yang istimewa minum di situ? Sebab kamu dilihat ikut arus semasa. Sebab kamu tunduk menyembah jenama yang dianuti oleh manusia serba urban. Nampak moden dan ranggi. Nampak up-to-date. Kamu akan ketawakan kawan-kawan kamu yang tak pernah dengar Chatime.

Persoalannya, adakah benar apa yang dicoretkan penulis? Urmmmm.. Mungkin ya. Mungkin tidak. 

Ary turut tergolong dalam golongan mereka yang beratur beli chatime, cool blog, gong cha dan sebagainya. Tapi kalau dah panjang sangat, tak kuasa juga. Tapi kenapa ary membeli? Tak pernah pula ary beli atas sebab trend dan sewaktu dengannya. Sebab rasa menepati mungkin? Pelbagai rasa terbit pada tekak yang berbeza.

Perrggghhh.. Kenapa ayat penuh taman bahasa ni? Pengaruh penulisan cerpen^^

Wednesday, 13 February 2013

Mencari Bakat Diri Melalui Strengths finder 2.0


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^



Ary dapat tahu tentang buku ini melalui sebuah artikel di Gen-Q yang bertajuk "Niat & Cita-Cita" hasil penulisan Mohd Al-Adib Samuri, seorang pensyarah Jabatan Syariah di UKM.Kebetulan, ketika itu ada Pesta Buku 1 Malaysia di PWTC. Harga strengths finder 2.0 yang pada awalnya adalah RM79.90 berkurang menjadi RM71.90. Jadi, dapat juga lah jimat RM8.

Setelah membaca buku ini, ary membuat kesimpulan buku ini bukanlah bahan bacaan yang dapat memberikan pengetahuan baru kepada seseorang individu. Ianya lebih kepada alatan atau instrumental untuk mengenal pasti bakat seseorang. Bakat.. Bukan kekuatan. Tapi kalau ikut pemahaman ary, lebih kurang je.

Tapi, tiada gunanya jika mempunyai sepucuk pistol tapi tidak tahu menggunakannya. Tiada gunanya juga jika membeli gitar tapi tidak tahu memetiknya. Begitu juga dengan situasi ini. Tiada gunanya membaca mahupun membeli beriban buku motivasi seperti Strengths finder 2.0 ini tetapi tidak mengambil langkah untuk berubah menjadi lebih baik.Senang cerita, pokok pangkalnya semuanya terletak pada diri sendiri. 




Selain mengenal pasti bakat seseorang individu, buku ini turut mengandungi 10 langkah yang disarankan supaya bakat itu dapat dibentuk menjadi kekuatan. Contoh yang ary boleh beri adalah salah satu bakat ary iaitu Input. 

Input
Penerangan secara ringkas: Sentiasa ingin tahu dan suka mengumpulkan sesuatu yang menimbulkan minat. Setiap penemuan kepada sesuatu yang baru membawa kepada beberapa persoalan. 
Langkah yang disarankan: Devise a system to store and allocate information.

5 bakat yang di-highlight pada seseorang individu adalah berdasarkan keputusan ujian yang dibuat di laman web strengthsfinder.com. Untuk melakukan ujian itu pula, korang perlu dapatkan kod akses yang diberi di dalam buku tersebut. satu kod akses untuk seorang pengguna.

Jika korang nak berubah untuk menjadi seseorang yang lebih berjaya dan gembira dengan diri sendiri, mungkin buku ini akan membantu korang. Mungkin juga bila korang ditanya "Apa bakat kau?", tidak ada lagi jawapan yang cuma setakat "memasak,menyanyi, berlakon,etc". Percayalah yang setiap orang mempunyai potensi masing-masing untuk berjaya.

Friday, 8 February 2013

Bukan Setakat Alhamdulillah Selepas Bersin


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Selalunya, kebanyakan umat Islam akan mengucapkan Alhamdulillah yang bermaksud segala puji-pujian kepada Allah s.w.t. Kalau non-muslim pula, mereka akan mengucapkan Excuse me~ 


Sebab Ucapkan Alhamdulillah.

Ary pernah terbaca satu fakta bahawa jantung manusia berhenti seketika semasa bersin. Ibaratnya mati sebentar. Jadi, umat islam digalakkan untuk mengucapkan Alhamdulillah bagi mensyukuri peluang kehidupan  semula yang diberi Allah s.w.t selepas bersin.


Fakta kedua adalah, perbuatan bersin itu dikatakan dapat menghembus keluar bakteria-bakteria yang ada dalam badan yang mampu memberi penyakit. Jadi, Alhamdulillah kerana Allah s.w.t memberi peluang untuk bersin supaya menjadi lebih sihat.


Ketiganya adalah kerana perbuatan bersin itu sendiri disukai Allah s.w.t. Pernah terdapat sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:

"Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang yang bersin dan membenci orang yang menguap" 
- Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad.


Ucapan Selain Alhamdulillah

Ramai yang dah tahu amalan baik ini iaitu mengucapkan Alhamdulillah sejurus selepas bersin. Tapi ramai yang tak tahu amalan baik selepas bersin bukan terbatas pada ucapan Alhamdulillah sahaja. Malah, boleh disambung dengan kalimah Yarhamukallah (Semoga Allah memberi rahmat kepadanya) & Yahdikumullah Wayuslihu Balakum ( Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).





Amalan baik ini turut disokong dengan sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:

"Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin pula hendaklah mendoakannya dengan menyebut Yarhamukallah. Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebut Yarhamukallah, maka hendaklah dia mengucapkan Yahdikumullah Wayuslihu Balakum".
- Riwayat al-Bukhari.


Mungkin agak sukar untuk mengamalkan amalan baik ini biarpun ayatnya pendek2 sahaja. Tapi kata orang, Allah s.w.t akan sentiasa membantu jika ianya adalah sesuatu yang bermanfaat. In shaa Allah^^

Friday, 1 February 2013

Berzikir dengan Matematik


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Kali ini ary nak kongsikan bagaimana ilmu 'Akliah' iaitu ilmu yang berkaitan dengan sains, matematik, engineering, etc boleh digunakan untuk berbuat amal kebaikan / beribadah. Kita mulakan dengan intipati kalimah yang paling disukai Allah s.w.t.




Dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan. 100 kali? Nampak banyak kan? Boleh jadi tertidur sambil berzikir.


Di sini adalah situasi bagaimana ilmu akliah boleh digunakan. 100 kali itu jika dibahagi dengan 5 waktu solat iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib & Isyak, setiap individu hanya perlu membaca 20 kali sahaja usai selesai solat. Hukum matematik menunjukkan 5 x 20kali = 100 kali. In shaa Allah.


Jika Allah s.w.t tidak menuntut hambanya untuk menuntut ilmu akliah, umat Islam akan beribadah mengikut cara standard tanpa memudahkan sesuatu ibadah. Lalu, dengan menyangka Islam itu membebankan, ramai yang meninggalkan kewajipan yang perlu. Nauzubillah. Nauzubillah - Kami memohon perlindungan Allah s.w.t.


Islam bukan lah suatu guideline atau peraturan sebagai seorang Islam sahaja. Ianya lebih kepada cara hidup. Segala yang dituntut/diwajibkan adalah untuk kebaikan & kebahagian hamba-Nya. MashaAllah. MashaAllah-Apa sahaja yang Allah s.w.t kehendaki/If Allah wills. 

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com