Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Wednesday, 5 April 2017

Malaysia Women Marathon 2017


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam!



People say if you want get started, just start. Like writing, if you want get writing, but dunno how to start it, just type anything. Like how I'm doing it right now. LOL. Same goes with this run.


Ary bukan type yang suka bersukan. If let say kayuh basikal yang tak gerak kemana-mana tu, boleh lah. But untuk run for 5-6km, it's really not me. But yet, dengan ajakan kawan, ary gagahkan juga kaki ni for 6km Fun run. And yes it's fun! Can't believe that I made it!


Well, let's just make it short and simple this time. Hope that I can write more and more after this. In shaa Allah!

Saturday, 17 September 2016

Sunflower - Sakura - Lavender


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


It's been past one month ago, but I still remember conversation that we had at my previous company. Its about - What's your favourite flower? So, I've asked that question to Mr I - my Senior Manager. 




Mr I: I like Sakura. It's beautiful, and polite sign of flower. 

Ary: Owh, Mr I.. It suits you. 

Mr I: How about ary-chan? What flower ary-chan like? *chan is a nickname given to those youngster, and Mr I is actually a Japanese*

Ary: I like Sunflower. *answer it excitingly, with a bright smile*

Mr I: Sunflower? Really? Like ary-chan character. How about A-san?

Another A: I like Lavender. 

Mr I: Owhhh.. Lavender neyh. Same like you too. 


Well, I just missing them maybe. That's why I've been recall about this conversation. I hope they are doing well. 

Thursday, 15 September 2016

The guy I called Qhalil


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Qhalil. I saw him there. As always, listening to music while reading book. Owh, guys. Introduce you guys to Qhalil, a buddy of mine. 28years old, single and available. Tinggi 170cm, berat around 60kg kot. Dah macam cari jodoh dah. Lol.


source google

Qhalil not like other guy. He is damn introvert. Not playing any sport, and only spend 1-2hours in a day to talk. Totally contra with me. Whenever we've been together, he just smiling and give us some sign instead of talking. Ada emas kot eh. 


But one thing, he always there for those who need him. Not only for those selected one, its just anyone. He even buy snacks for guard like once a month. So nice of him, right? Well, you wish you got one kind like this. I wish for one too. Lol. K bai.


Saturday, 26 December 2015

Tanpa Tajuk


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


It's been a year since ary come back to Melaka. It's been more than a year juga ulang-alik weekend dari Melaka - KL, to go for class. So, my lifecycle, Kerja - study - rumah. Once a while, merasa lah juga hangout with buddies. 


But then, terasa kosong. Kosong. Dan kosong. Despite of my hectic schedule, feel no fun at all. Nothing nice, even there are a lot of things I need to be grateful on. I have place in good company, I've got sponsor for my study, a caring family, friends, and the most important thing, God never leave me even I'm ignoring Him for quite many times. Astaghfirullah al azim. 




Allah, jangan pernah kau tinggalkan aku, sekalipun aku sering terlupa. Jangan pernah berhenti berikan aku peluang untuk kembali pada-Mu. 

Sunday, 22 November 2015

Sujud


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah


Bila hati ni resah, apa yang ary ingin sekali lakukan adalah bersujud. Mengadu pada-Nya. Ary akui, Dia adalah pendengar yang TERBAIK. 



Wednesday, 4 November 2015

Kosong itu kesalahanku


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat^^


Aku kembali menulis
Memenuhi waktu dan masa yang aku punya

Masa yang terluang
Membuat hati merasa kosong
Kesilapanku membiarkan masa ku tidak terisi
Lalu itu yang mengundang rasa gusar
Kebahagiaan terpinggir
Tak mampu mengukir senyum

Lalu ku putuskan kembali di sini
Menulis apa yang aku rasa






Puitis. Ha-ha =.=

Saturday, 10 October 2015

Keep changing

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat malam semua :)


Manusia berubah setiap saat - People change every seconds. 


I'm not sure if it's apply to everyone, or just me. Perhaps korang tak realize yang korang sebenarnya berubah tapi orang lain sedar akan perubahan tu. Tapi, pada ary, diri ary memang berubah setiap saat. Mungkin satu ketika ary suka guna jenama Kotex, tapi esok lusa ary suka dengan Diapers? 




Apa kena mengena Kotex and Diapers? 
Ary pun tak sure but then jari laju menaip seakan-akan telah tertulis untuk ary menaip dua jenama itu dalam blog ni. Lol.

Wednesday, 17 June 2015

The Safest Place to Hide


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Ary loves books. Ary loves reading. So it makes bookstore and library are the places which can make me feel safe. Bila masa hati ni keliru, resah, maka tempat yang banyak buku mampu membuatkan ary rasa tenang. I can spend my whole day in there.




Everyone got their own place which can make they feel safe. Macam dalam cerita "Its okay, Its love". Tempat yang paling selamat untuk hero adalah bilik air. Mungkin ada yang rasa kereta dia adalah tempat yang paling selamat untuk diri dia. Terpulang.


Mungkin pelik.
Mungkin jijik dan kotor bagi yang lain.
Tapi jika diri senang di hati
Apa yang hendak ambil peduli?


Tuesday, 11 November 2014

You say it best, When you say nothing at all


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam




ada kala kita hanya perlu diam
untuk kebaikan semua orang
tapi ternyata diam itu susah nak dibuat

Susah sangat

Wednesday, 8 October 2014

#Alhamdulillah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


Kadang, nikmat dihadirkan apabila harapan kian kabur. Bisikkan pada hati, what's fated for you is the best from Allah. In shaa Allah. Mudah-mudahan Allah setuju!




Friday, 3 October 2014

First Time


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat siang^^


First time. Kali pertama. Dalam filem frozen, ada scene lagu "For the first time in forever". Apa kaitan? Lol.




Ary masih ingat kali pertama ary makan coklat "Crunchie". It's given by senior di asrama, ketika waktu tu masing-masing sibuk mengejar title "adik-akak-abang angkat". Fuhhhh.. Waktu tu, coklat ni mampu beri sejuta pleasure. It did. The magic part is, it still gives me pleasure whenever I feel down. 


Banyak lagi scene kali pertama yang masih kekal dalam ingatan termasuklah for the first time I met that person. *smiling*  And now ary wonder, Is that a good one or bad one?


I believe, it's great! *wink*

Monday, 29 September 2014

Lagu untuk Semua Situasi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hari Isnin^^


Tak perlu lah nak ber-blues sangat. Today is Monday! U are supposed to be hyper and active. Sebab Isnin adalah permulaan untuk hari-hari yang mendatang. Done with motivation hari ini.




Ary ada satu habit - menyahut dialog orang lain dengan lagu. Sampaikan kawan-kawan ary tanya, "Wei, kau memang ada lagu untuk semua benda ke?".




It's just naturally happened. Ada ajer lirik lagu yang terlintas di kepala ni bila terdengar/terbaca apa-apa perkataan. Ada bakat macam ni, sayang kalau tak gunakan. Sayang sayang sayang.. Kamu dah berpunya. LOL. *tak ada kaitan.


Wednesday, 10 September 2014

Penipuan Pekerjaan Part Time secara Online


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Semasa skrol News Feed di Facebook, ary terlihat "Buat part time secara online. RM300 - RM500 seminggu. PM for more details." Dengan rasa ingin tahu, ary PM individu tersebut. Bila direply, "Anda perlu membayar RM20 untuk buku manual dan manual tersebut akan menerangkan bagaimana anda mampu menjana pendapatan secara online."


Ahhh.. This is not my first time dealing in this type of fraud. Ini kerana ary pernah terkena cara seperti ini, dan takkan lagi tertipu. In shaa Allah.


Ary kongsikan di sini, antara sebab ary rasa ini merupakan suatu penipuan bagi ary. Ary mengharapkan agar yang menipu akan berhenti menipu dan yang belum pernah merasai tidak akan rugi di hari yang mendatang. In shaa Allah.



Taktik Penipuan Part Time secara Online

Dealer akan mempromosikan part time online yang mudah dilakukan. Kononnya mampu mengikut kesesuaian masa, mampu memberi pendapatan yang tinggi dalam seminggu. Itu antara ayat-ayat pancing kononnya kerja itu mampu masyuk tanpa perlu buat banyak benda.


Apabila di-PM, dealer akan meminta individu (mangsa) untuk membayar sejumlah wang untuk sebuah manual yang akan menerangkan cara-cara nya dengan lebih lanjut. Selalunya, harga manual yang dijual adalah mampu milik. Dalam RM20-30. Selepas duit di-transfer ke akaun dealer, manual akan dihantar melalui email. 


Manual tersebut akan menerangkan cara untuk menjual manual itu sendiri kepada orang lain. Maknanya, part time yang digembar-gemburkan adalah Menjual Buku Manual itself. Nampak tak indirect fraud yang berlaku? 


Yang paling mengecewakan ary adalah, pada masa itu, ary beli manual dari salah seorang blogger yang agak berpendidikan tinggi dalam undang-undang. Sayang.. Hebat dalam pembelajaran nak jadi lawyer, judge, pengangkat sumpah, tapi.. huh. Sedih bila orang pandai-pandai, perangai macam tak ada akal. Moga Allah ampunkan kamu dan aku. 


Pesan ary, tiada benda yang mudah dalam dunia ni. Dan treat others as you want to be treated. Kalau rasa nak kena tipu, tipu lah orang. *bosan rasanya entri tanpa gambar = ="
 

Tuesday, 9 September 2014

Pinjaman buat Sementara


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Malam ini rasa sepi, Ku duduk seorang diri, Terbayang wajahmu di ingatan.


Bila dah duduk sorang-sorang, pegang gitar, layan perasaan lah al kisahnya. Bila fikirkan semula, apa yang ada di sekeliling kita semuanya berbentuk sementara. Tak kisahlah samaada manusia mahupun objek atau tempat.


Lihat saja tanah melayu pada hari ini. Mana disangka pada suatu ketika dahulu, ramai orang asing akan belajar mengaji di sini pada hari ini, kan? Sedangkan malam turut bertukar siang. Musim bertukar. Manusia sendiri berubah rupa.


Jadi, apa yang dikejar sangat dengan dunia ni? Kerana akhirnya tetap sama di SANA nanti. 


Sunday, 7 September 2014

English & Maths Assessment Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) di Sunway University


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


Semalam ary berkesempatan untuk memenuhi jemputan untuk menduduki English & Math Assessment untuk mendapatkan biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)




Assessment kali ini hanya menguji kemahiran individu dalam bahasa inggeris dan matematik. Dan semua soalan pun dalam bentuk objektif. Setiap calon diberi masa selama 1 jam 30minit untuk setiap subjek. 


English Assessment (9.15 am - 10.45 am)

Mengikut penerangan dari penjaga peperiksaan, calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 30/50 untuk lulus assessment ni. Tak pasti pula kalau maths pun sama.


Soalan dibahagi kepada 6 bahagian.


Bahagian 1

7 ayat diberi dan terdapat 4 perenggan pilihan. Calon perlu padankan ayat dengan perenggan yang mempunyai maksud pengisian yang sama. Contoh:

1 - Individu ini suka makan sate.
2 - Bercakap semasa makan adalah suatu perbuatan yang biadap buat individu ini.

A - Setiap hujung minggu, ayah akan mengajak kami sekeluarga makan di luar. Saya bukan jenis cerewet dalam pemilihan jenis makanan. Cuma saya paling pantang orang bercakap dalam keadaan mulut yang penuh.

B - Saya masih mencari-cari siapa yang perlu diajak minggu ini. Fatimah dah bosan nak keluar makan dengan saya. Jelak katanya makan sate tiap-tiap minggu.

Jawapan: 

1 - B        2 - A


Hah.. Macam tu lah contohnya. Tapi soalan nya tak ada lah tentang sate dan makan. Dan soalannya for sure in English. Agak mengelirukan juga.


Bahagian 2

Bahagian ini seperti fill in the blank. Normally, pilihan A,B,C,D adalah single word kan? Tapi kali ini bukan fill in the blank with single words, but whole sentence. Contoh:

Saya dan adik sangat berbeza. Adik merupakan wakil sekolah dalam bola sepak. ..(1)... Kehebatan adik bermain bola sangat terserlah. ..(2).. 

A - Adik saya main bola sehingga peringkat kebangsaan.
B - Itu yang membuatkan dia gembira.
C - Saya pula suka membaca.


Bahagian 3 

Bahagian 3 seperti soalan peperiksaan pemahaman bahasa inggeris di sekolah. Terdapat teks bacaan diberi dan soalan pula berdasarkan teks diberi.


Bahagian 4,5 dan 6

Bahagian ini lebih kepada menguji grammar dan vocabulary calon. Perkataan apa yang lebih sesuai digunakan, bila guna past tense, future tense, pengunaan "A, An, The".



Maths Assessment (11 am - 12.30 am)

Kebanyakan soalan adalah lebih kepada matematik modern. Soalan yang agak simple, tapi mengelirukan. Namun, ada juga soalan pengiraan akaun, e.g pengiraan production cost; dan soalan asas addmaths, e.g. index number.




Terkial-kial juga nak buat maths sebab tak study langsung. Memang redah je jawab, yeopp.

Thursday, 4 September 2014

Bintang


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Kebelakangan ini, hari-hari ary dipenuhi dengan bintang. Bila difikirkan semula, bukan kebelakangan ni. Actually memang dari dulu. Dari kecil. Semasa merangkak. Mula berjalan. Hingga kini, di kala badan mula membongkok. 


Ketika bayi, bintang sering digantung di buaian. Menceriakan, membuatkan ary ketawa. 


Ketika remaja, hati ingin menjadi bintang itu. Berazam dalam diri supaya menjadi bintang yang lebih menyinar dari yang lain.


Bila makin menua, tersenyum. Bertanya sendiri, apakah ary adalah salah satu bintang itu? 


Ku miliki bintang. Bukan bintang biasa. Ku bisa hapuskan semua dukamu. Ku tak akan menghilang. Selalu ada di hatimu. Memberi bintang hanya untuk cinta.


Each and every end is always written in the stars.



Tuesday, 2 September 2014

Farewell Gift


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Pejam. Celik. Pejam. Celik. Jarum jam berputar terasa semakin laju.


Dalam tidak sedar, ary akan turut meninggalkan Kuala Lumpur dan pulang ke Melaka untuk selamanya. In shaa Allah. Ikutkan hati memang berat untuk meninggalkan ibu kota ini. Ramai kata, lebih besar punca pencarian rezeki di sini. Tapi cukup lah buat ary.


Dalam masa 5 tahun di Kuala Lumpur, ary akui banyak yang ary dah lalui. Pelbagai perasaan. Segalanya bercampur-baur. Yang dicinta kan pergi, yang didamba kan hilang, hidup kan terus berjalan, meski penuh dengan tangisan. 





Berbaki kan dua bulan, ary sedang menyiapkan semua yang perlu. Antaranya, farewell gift untuk partner ary. Menangis sambil melukis, mengenangkan segala kebaikan dan tunjuk ajar. Susah senang berdiri menguatkan organisasi. 


Adehhhh.. Penatlah dengan emosi ni.

Tuesday, 5 August 2014

Let's aim to be the better person


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Tajuk artikel motivasi pendek di atas yang diselitkan dalam akhbar The Sun berjaya menarik perhatian ary. Ary baca dan cuba ary fahami. Antara yang menarik perhatian ary, "We must always have an aim in our life, if only to be a better person." 


Aim. Matlamat. Ary tanya satu soalan pada diri ary. 





Ary tiada jawapan. Terasa kekosongan memenuhi akal fikiran. 
Ary tak nak apa-apa. Tapi betul ke ary tak nak apa-apa? 
Atau ary tak tahu apa yang ary nak sebenarnya? 
Ary dah grad. Ary dah ada kerja. Ary punya family, kawan-kawan.
Dan yang penting ary ada Dia. 
Dia yang selalu menjaga ary. Melindungi. Mengasihi dengan cara-Nya yang tersendiri. 
Sampai tak tahu nak apa lagi dalam dunia ni.
Sebab Dia telah cukupkan semua yang ary perlukan.


Tapi masih ada rasa KOSONG

ALLAH...

Wednesday, 30 July 2014

Ucapan Raya Klise Seorang Blogger


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi  *since it's 3am in the morning^^


Hari Raya! Semua orang gembira
Bila puasa, buat-buatlah lupa


Apabila hari perayaan menjelang, tak kisahlah hari apa pun. Hari raya Aidilfitri ke.. Chinese New Year ke.. Deepavali ke.. Hari Polis Malaysia ke.. Benda yang paling klise dilakukan oleh blogger adalah dengan memberi ucapan.


Tak salah pon. Sebabnya, ary pun nak tuju lagu,. Eh? Jap. Ucapannnn... Bukan lagu.





Ary ingin ucapkan, Selamat Menyambut Syawal. Semoga Syawal ini dijadikan satu titik di mana kita boleh mulakan semula sebuah kehidupan dengan kemaafan yang ikhlas dan keazaman baru untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan. Semoga ibadah sunat yang dilakukan semasa Ramadhan, dapat diteruskan secara istiqamah biarpun Ramadhan telah jauh meninggalkan. In shaa Allah.


P/s: Kad raya masih belum lagi sempat di-pos. Tak apa... Raya sebulan kan? :-P

P/s/s: Kad rayamu selamat diterima di sini, Lana^^ Thanks! Love you, Lana! XOXO
 

Saturday, 12 July 2014

Media Positif Elemen dalam Diri


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Antara kelemahan ary adalah mood ary sangat mudah swing, motivasi selalu goyah. Ary luahkan pada buddy. Dia kata, kau kena selalu dekatkan diri kau dengan semua perkara yang positif. Orang-orang yang positif, aktiviti-aktiviti positif. Cuba like a few pages yang mampu menaikkan mood kau dan memberi inspirasi. In shaa Allah.


Jadi hari ni ary kongsikan beberapa pages di media sosial, since kebanyakan masa kita dihabiskan di alam maya.












After all, not all things are bad about social media right?

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com