Wednesday, 4 December 2013

Sebenarnya "Masih Aku Cinta" Shila Amzah adalah untuk Johan Bukan Sharnaaz?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Ary merasakan yang kontroversi antara Johan dan Shila Amzah sengaja dicetuskan selepas menonton video klip lagu "Masih Aku Cinta" by Shila Amzah ni. Atau Warner Music Malaysia memang pilih timing yang betul? Wallahualam. Tapi kalau WMM ambil kesempatan di atas kontroversi mereka, sorry to say, Ary tak berkenan.



Plot video muzik yang ditonjolkan bagaikan memberi gambaran sebenar tentang kontroversi yang melanda Johan dan Shila Amzah. Di mana Shila Amzah sibuk mengejar kerjaya namun masih mengingati Johan. Johan pula patah hati dan move on lalu memilih Lana Nordin. Sejauh mana kebenaran? Hanya mereka sahaja yang tahu. 

Rabu yang Bisu - Keputusan Peperiksaan P Ramlee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^




Monday, 2 December 2013

Percutian di Penang | Padang Brown Hawkers


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^ 


Memang susah nak cari makanan melayu di sekitar Pulau Pinang. Ary masih ingat yang ary hanya dapat menjamah Nasi Kandar selama 3hari berturut-turut pada 3tahun lepas. Tapi kali ini, bukan ary nak kongsi lokasi makanan melayu di Penang. Tapi ary nak kongsi tempat di mana korang boleh cari "kepelbagaian" makanan di Penang iaitu Padang Brown Hawkers.




Padang Brown Hawkers ni tak ubah seperti Mapley di Petaling Jaya. Bila bontot bercium dengan kerusi, akan ramai yang mengelilingi dan tanya apa kehendak selera hati. Ibu dan ayah ary yang tak biasa dengan environment macam tu memang buntu dah. Terasa selera di-cut off. HahahaXD




Terus-terang, harga makanan di sini tak menentu. Ada yang betul-betul mahal, berpatutan dan juga murah. Tapi, kalau nak makan Pasembor, toksahlah. Sini memang mahal gilos ibu wa kata lu.. HahahaXD

Sunday, 1 December 2013

Percutian di Penang | 3D Art Streets


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Saban tahun, ary akan cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk mencuci mata di tempat orang. Jika tahun lepas, ary memilih Pulau Lagenda Mahsuri namun kali ini Pulau Pinang menjadi pilihan hati. 


Hari pertama dan malam pertama ary di Pulau Pinang ditemani seorang rakan lama ketika di matrikulasi. Dah kebetulan dia orang Penang, ary pun luahkan lah keinginan untuk merasai pengalaman di 3D Art Streets




3D Art Streets ni terletak di area Georgetown. Landmark untuk mencari lokasi 3D Art Streets adalah China House atau Masjid Kapitan Keling atau Nasi Kandaq Beratur.


 Pada mulanya, expectation ary adalah terdapat lukisan 3D di sepanjang jalan. Tapi expectation ary silap sebab rupanya lukisan 3D yang ada perlu dicari. 





Hampir setiap jalan ada 1 lukisan 3D tapi kena pandai cari lah. Ary agak beruntung sebab ada orang Penang yang boleh duk tunjuk jalan-jalan yang mempunyai lukisan menarik. Kalau tak, mahu sesat juga rasanya.  Antara jalan-jalan yang mempunyai lukisan 3D adalah Armenian Street, Cannon, Street & Acheh Street.




Environment di kawasan ini macam environment Jonker Street di Melaka. Banyak bangunan di sini yang masih mempunyai rekabentuk klasikal cina. Dan yang membuatkan ary excited adalah, sepanjang perjalanan jalan kaki ary, ary jumpa 3masjid dan 1tokong. So, ary tak tahu di mana kebenaran statement kononnya melayu/islam diperkecil di Pulau Pinang?




hasil tulisan arisyalee.blogspot.com