Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Monday, 28 December 2015

Salman turns 50!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Salman Khan turns 50! Yes, he is! His looks does not reflect like one, but he really did :)


Ary memang minat sangat dengan Salman Khan ni. He just got that charisma that people look for. His look, his aura, his character. To put it in words - amazing, sweet, romantic, cute, tough, good looking, etc etc etc. Can't really describe him coz he's totally superb! 


When I was in form 1 or 2, ary suka sangat pada dia, up to the extent, ary buat name card by using him as my template. 




So, I'm wishing you a blessed life, bhai. Hopefully, there will be a woman may accompany you till the end of your life, and makes your life happier and better. Amin! 

Saturday, 15 March 2014

The Avril Lavigne Tour @ Kuala Lumpur, 14th March 2014


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Dalam kesibukan Malaysia dilanda demam Jerebu-Kajang-MH370, ary mencipta satu lagi pengalaman baru iaitu dengan menonton konsert. The Avril Lavigne Tour. Tanpa segan-silunya, ary katakan, ini adalah konsert pertama ary sepanjang 23 tahun kehidupan ary. 




Agak janggal juga sebenarnya. Sebab pertama kali berasak-asak, beratur panjang, terjerit-jerit macam orang tiga suku. Cukuplah sekali berkelakuan macam orang gila. BwahahahaXD


Avril memulakan konsert dengan lagu "Hello Kitty" selepas montage tentang perjalanan hidup Avril ditayangkan di skrin. Diikuti dengan lagu Girlfriend, Complicated, What the hell, Here's to never growing up, Rock n Roll, Losing grip, Hush Hush, Let me go, Bad girl, etc. 




Kebanyakan lagu yang dinyanyikan adalah lagu yang popular dan diketahui ramai. Ramai di sini termasuk semua lingkungan umur. Ye. Makcik-makcik pon ada tengok konsert ni. Tak tipu punya^^ Susunan lagu yang dinyanyikan pon macam kena je. Dan konsert diakhiri dengan lagu "I'm with You" di mana peminat turut sama menyanyikan. 


Memang terasa kepuasan! Avril, you're the best! Terasa keikhlasan dia menyanyi dan menghiburkan. No wonder people love her, cause I'm started to love her too^^v






Thursday, 6 February 2014

Filem Baru Lakonan Anuar Zain & Nora Danish - Sempurnakan Aku


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Anuar Zain berlakon? Tak hairan tentang fakta Anuar Zain berlakon sebabnya, Anuar Zain memang pernah berlakon sebuah filem bertajuk Bintang Hati bersama-sama dengan Amy Mastura. Tak mustahil jika Anuar Zain sekali lagi menghiasi layar perak dan digandingkan bersama Nora Danish.


Tapi bukan itu pengisiannya. Anuar Zain menggunakan teknik sekuel untuk muzik video beliau. Maksudnya? Music video Sempurnakan Aku yang di-upload pada 26 November 2013 merupakan sambungan bagi music video Ajari Aku. *urgghh.. Just hate Ajari Aku - Remind me of someone yang kurang diajar. Eh? HahahaXD






Monday, 16 December 2013

Broken heart with 2AM


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat petang^^


Asyik bercerita tentang broken heart je. Teruk benar ke broken heart nya nih? Jawapan ary: Broken arm, broken leg, semua tuh benda yang nampak. Broken heart, tak siapa tahu. Broken arm, leg.. Boleh baik dalam masa sebulan dua. Broken heart mungkin selamanya.


2AM - Salah sebuah kumpulan dari Korea. Yang tak boleh blah, semua lagu-lagu broken heart. Memang seswai sangat diterima halwa telinga ary buat masa ni. 



"In a day I looked at the phone thousand of times
And at  one small sound
I checked so many times to see if it iswas a message from you"





"How was the morning commute for you
How was the warmer weather for you
You who always got cold so easily"





"I wonder if you hurt like me
I wonder if you cry like me
I wonder if you live all day in memories like me"





"My heart is still hurting
I can't hold in my tears
Even though I said I had already  forgotten
Even if I try to lie to myself
Because I still can't forget you"



Tapi yang paling ary suka adalah lagu semasa awal kemunculan 2AM - I can't let you go even if I die. Rasanya sekitar 2009. Lama dah. Tapi masih lagi didengar berulang kali sebab terkena batang hidung sendiri. HahahaXD



 
 
"Even if I'm young, pain is the same
That I don't know well the world
Doesn't mean I don't know the pain
Why did you lie, Saying it will be alright?
This broken heart
How can it be easily heal?"

Sunday, 15 December 2013

Senarai Lagu Persembahan Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 (2013)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat pagi^^


Pasti akhbar esok hari akan memaparkan tentang pencapaian dan kecemerlangan yang ditunjukkan Anugerah Industri Muzik (AIM) 20. Bagi ary, AIM semalam memang hebat. Persembahan, pengacara, pemenang, teaser.. Semuanya HEBAT! Tahniah kepada pihak produksi ^^


Pemilihan lagu persembahan kali ini pun sedap-sedap belaka. Sangat berkesan di halwa telinga. Maka, ary menyenaraikan lagu-lagu yang dipersembahkan. 

  1. Curiga - Ning Baizura
  2. Relaku pujuk - Spider
  3. Lagu kita - Aizat Amdan
  4. I love U - Najwa Latif
  5. Cintaku 100% - Mas Idayu ft. DJ Fuzz, Waris & Juzzthin
  6. Jodoh pasti bertemu - Afgan
  7. Salahkah - Hafiz & Rossa
  8. Masih aku cinta & Zheng fu - Shila Amzah
  9. Hanya aku - Hyper Act
  10. Lebih indah - Dato' Siti Nurhaliza
  11. Ku pendam sebuah duka - Khadijah Ibrahim
  12. Suraya - Zainal Abidin
  13. Kita Insan Biasa - Jay Jay & Dayangku Intan

Tahun lepas, pada AIM 19, Shila Amzah kata,"Terima kasih kepada cinta hati saya..". Tahun ini Shila Amzah datang sorang ke? Ngeh ngeh ngeh.. Tak pe lah,Shila.. Meh lah kita me-nyingle sama-sama^^

Wednesday, 4 December 2013

Sebenarnya "Masih Aku Cinta" Shila Amzah adalah untuk Johan Bukan Sharnaaz?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Ary merasakan yang kontroversi antara Johan dan Shila Amzah sengaja dicetuskan selepas menonton video klip lagu "Masih Aku Cinta" by Shila Amzah ni. Atau Warner Music Malaysia memang pilih timing yang betul? Wallahualam. Tapi kalau WMM ambil kesempatan di atas kontroversi mereka, sorry to say, Ary tak berkenan.



Plot video muzik yang ditonjolkan bagaikan memberi gambaran sebenar tentang kontroversi yang melanda Johan dan Shila Amzah. Di mana Shila Amzah sibuk mengejar kerjaya namun masih mengingati Johan. Johan pula patah hati dan move on lalu memilih Lana Nordin. Sejauh mana kebenaran? Hanya mereka sahaja yang tahu. 

Saturday, 16 November 2013

Music Video Akademi Fantasia 2013


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Esok (17 November 2013), akan berlangsungnya  final bagi Akademi Fantasia tengok konsert AF  2013. Ary memang tak follow sangat AF kali ni. Tapi memandangkan ary pernah ikut kawan ary pergi ke konsert AF secara live, ary pun mula follow. 


Advanced betul AF kali ni. Seminggu sebelum final dah keluarkan video muzik untuk lagu baru. HohohoXD  Haven't watch it yet. Memandangkan line slow di sini, will watch it later^^

 








 








Btw, esok ary akan menonton finale untuk AF2013 di Stadium Negara. Tiket VIP okeyhhhh... Under Nestle. Sila jeles. HahahaXD

Monday, 22 July 2013

Official Music Video Cinta Kasih by Nubhan & Mila


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam sekali lagi^^


Ini merupakan satu lagi music video yang ary nanti-nantikan setelah sekian lama selepas music video Sebulatnya. Bukannya apa.. Bukan sebab nak sangat tengok Mila & Nubhan.


Diakui. Mila & Nubhan bukan lah pelakon professional. Tapi mungkin disebabkan lagu Cinta Kasih yang popular gara-gara drama Cinta Qaseh lakonan Shahz Jaszle, Adi Putra & Wawa Zainal, membuatkan ary terpukau. Sedangkan ary tak tengok pun cerita tu. Huhuhu.




Ku anggap selamanya tak pernah berubah
Kasih & cintamu kekal untuk aku
Namun bukan aku akhirnya cintamu
Kini takdir engkau milik dia
- Izzue lagi?? HahahaXD


Lately ni, bila dengar lagu jiwang, asyik terbayang budak 2 ekor tu je. Nyampah! HahahaXD    Sebab bagi ary, cerita diorang tu, tragis bebenor. Entah bila nak sambung cerita. Nanti-nanti lah ye,nyah.. Amek mood dulu^^

Comeback dari The Fabulous Cats - Official Music Video Sebulatnya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengah Malam^^


Agak excited untuk ary update blog kali ni. Jarang benar ary update malam. Huhuhu. But since penantian ary terhadap music video Sebulatnya ni dah lama, ku gagahkan juga menaip. 


The Fabulous Cats membuat comeback selepas sekian lama dan kali ini The Fabulous Cats sekali lagi bertukar anggota ahlinya. Asyik tukar je. Tapi Cat Farish kata, The Fabulous Cats akan tetap bertahan selagi Zizie stay dalam kumpulan. Apapun, lagu Sebulatnya dari TFC kali ini adalah terbaik.




Aku yang bodoh,
Aku yang buta,
Percayakanmu sebulatnya
-Izzue


Eh? Tetiba. HahahaXD

Thursday, 6 June 2013

Gwiyomi Doodle Ary Lee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Macam-macam pula benda nak hupdate bila diri di-input dengan pelbagai benda. Tapi, ary akan stick pada perkara asal yang ary nak hupdate iaitu tentang gwiyomi. Terus terang, isu ni memang dah agak lapuk. Tapi mengenangkan karya seharian ary yang pending, tak di-approve Blogbuster Nuffnang, ary upload di sini. 




Seperti yang umum tahu, Gwiyomi ni merupakan trend yang dibawa dari Korea. Tak perlu lah diulaskan asal-usul Gwiyomi secara mendalam di sini kerana tak ada manfaatnya. Gwiyomi tu bermaksud "CUTE". Tapi masalahnya, yang buat gwiyomi tu cute ke? *ayat jeles. HahahaXD


Btw, tertarik dengan entri Dont Like That Lah, Bro tentang Gwiyomi. Rasa-rasa ada tak video gwiyomi yang dah dibuat pelepas nafsu? Astaghfirullah-al-azim! Fuhhhh... Kalau ada yang tengok video doodle gwiyomi ary dan mula rasa pelik-pelik, tak tahu lah nak kata apa= ="

Wednesday, 5 June 2013

Music Video Terbaru Najwa Latif - I Love You Tiru MV Korea?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Dah lama tak update pasal dunia hiburan. Secara tiba-tiba malam ni jadi macam Kiah PROPA pula:P


Buat yang masih belum tahu, Najwa Latif telah mengupload sebuah klip video yang dilakonkan Shah Iskandar dan beberapa orang pelakon yang baru sahaja berkecimpung dalam dunia hiburan. Apa yang membuatkan Ary tengok video ini adalah pelakon perempuan nya merupakan ex-student UM dan ary pernah 1 kolej dengan dia. 


Tapi, yang membuatkan ary rasa tak best adalah, video ini seakan-akan sebuah music video lagu Korea iaitu merupakan lagu kumpulan 8Eight - Goodbye My Love. Bukan sikit je sama tapi dah hampir 80%. Bolehlah tonton 2buah music video di bawah dan buat perbandingan sendiri.







Ini bukan kali pertama sesi tiru meniru dalam dunia hiburan. Bukan nak burukkan dunia seni negara. Perbuatan ini turut dilakukan oleh artis-artis seberang yang lain. Contohnya, lagu FT Island - I wish yang seakan-akan lagu Train - 50 Ways to Say Goodbye. Bab lagu-lagu ni, tokseyh nak tipu ary lah. 


Rasanya kalau ada software macam Turnitin untuk kira kadar plagiarism dalam penulisan blog, berapa ramai penulis blog yang FAIL? ^^

Sunday, 12 May 2013

Teater Chow Kit Road! Chow Kit Road! Penghormatan Terhadap Karya Allahyarham Sudirman Haji Arshad


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Ary menjengah Istana Budaya untuk menyaksikan kehebatan teater Chow Kit Road! Chow Kit Road! pada hari kedua tayangan iaitu 11 Mei 2013. Sebelum tayangan, ary telah meletakkan kayu ukur bahawa teater  muzikal ini mempunyai impak yang hebat kerana ia menggunakan lagu-lagu penghibur nombor 1 Malaysia iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad.


Teater ini diarah dan ditulis oleh seorang yang berbangsa Cina. Biarpun pengarah dan penulis merupakan seorang yang berbangsa cina, beliau dapat mengarah lalu menghasilkan karya yang cukup bagus buat ary. Ditambah dengan gabungan bersama pelakon-pelakon yang mampu berlakon, menari dan menyanyi dengan baik (biarpun masih belum tahap excellent), Chow Kit Road! Chow Kit Road! mampu memberi kepuasan kepada penonton.


Penonton beredar semasa intermission.. A call of nature.. Ngeh3..


Teater ini berlangsung selama 2jam. Termasuk intermission, boleh jadi 2jam 15minit. Huhuhu. Tapi, jangan risau. Waktu intermission, korang boleh membeli snacks/drinks yang dijual di luar hall.


Antara lagu-lagu yang mendapat sentuhan baru adalah lagu Warisan, Punch Card, Chow Kit Road, Pesta Dunia, Pertemuan Abadi, Aku Penghiburmu, Pelangi Petang, Merisik Kabar, Di dalam Sepi itu, Kulit, Dari Kerana Mata, Cahaya Hidupku, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis Ini, Aku Penganggur, Aku dan Perasaanku dan beberapa lagu lagi yang ary tak dapat kenal pasti tajuknya. Supposed dikatakan ada 20 lagu Allahyarham Sudirman. Lagu dan koreografi pilihan ary: Introduction teater lagu punch card, Dari Kerana Mata & Pesta Dunia+Aku penghiburmu.


Pengenalan barisan pelakon di penutupan teater. Cahaya melampaui kualiti kamera, nampaknya..


Ary tak dapat nak kongsi ulasan-ulasan positif mahupun negatif dengan lebih mendalam lagi tapi ary nak highlight beberapa point penting:
  1. Terdapat beberapa lagu Sudirman yang pertama kali ary dengar semasa persembahan. Contohnya, pertemuan abadi dan pesta dunia.
  2. Menyaksikan kemunculan semula Yazid AF setelah sekian lama biarpun hanya watak tak berapa besar.
  3. Menyaksikan lakonan ramai kaum bukan melayu di atas pentas teater. Mereka lebih hebat, ceq habaq... No racism here, hokeyh?

Jika korang masih belum menonton teater ini, better korang pergi watch this theater. Harga tiket bermula pada harga RM55, RM110, RM170. Ary guna student card. So, dapat duduk di position RM170 pada harga RM55!! Tayangan berlangsung bermula 10 Mei hingga 26Mei 2013.




Afterthis, nak tengok Nyonya pula^^v  Psssstttt.. Hari tuh terserempak dengan Amy Mastura & Misha Omar^^ 




Info tambahan: Allahyarham digunakan untuk merujuk kepada si mati yang beragama islam. Membawa maksud "Semoga Allah merahmati.." 

Saturday, 24 November 2012

Kenapa Ary suka menonton Glee?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Glee merupakan rancangan drama siri berbahasa inggeris yang ditayangkan di saluran FOX. Glee juga sudah memasuki musim ke-4. Ary mula mengikuti glee sejak musim ke-2. And sampai sekarang, ary tak pernah miss walau satu episod pun. *Alangkah indahnya if ary tak miss membaca al-quran walau sehari pun,kan?*


Why I would love watching Glee?

  • It's musical. Salah satu elemen kegemaran ary adalah muzik. Glee ini adalah berkonsepkan musical di mana pelakon-pelakon akan menyanyi dan menari untuk beberapa babak tertentu. Malah, terus terang ary cakap, ary lebih mengikuti lagu-lagu inggeris apabila lagu tersebut dinyanyikan dalam Glee. Contohnya, lagu Everyone's Talk. Biarpun lagu tu dah lama, tapi ary mula minat nak dengar selepas tonton episod 5 glee - The Role You Were Born To Play.


  • Glee memaparkan realiti sebenar dalam satu masa. Realiti sebenar kadang-kadang tidak dapat diterima oleh masyarakat kita. Contohnya, isu hubungan sejenis yang dipaparkan melalui watak Blaine, Kurt, Brittany dan Santana. Ianya membuatkan Glee di-protest oleh beberapa pihak. Dan ary tertarik pada perkara baru yang ditampilkan Glee baru-baru ini iaitu berkaitan dengan Dyslexic.
  • Pelakon-pelakon yang sedap mata memandang. Hehehe. Itu sesiapa pun akan tertarik. Kalau dah pelakon dia hensem, cantik dan comey belaka kan? 
  • Glee would improve my english^^ Biarpun bahasa inggeris yang digunakan dalam Glee adalah diibaratkan bahasa inggeris pasar, namun begitu, glee dapat menambah pengetahuan dari segi vocabulary, penyusunan ayat, etc.

  • 4 sebab tu cukup tak rasanya? heheheXD

    Saturday, 17 November 2012

    Terima Kasih, Cinta Hati Saya.. Kontroversi Penutup AIM 19


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & Selamat Malam^^


    Red Carpet yang mengujakan! Lebih-lebih lagi sebab ary minat giler dengan Dahlia Syazwan dari rancangan On Air tu! Malah, persembahan dari Marsha dengan lagu Firework dan Titanium membuatkan ary tak sabar-sabar nak menonton a whole AIM. Boleh juga ary katakan persembahan Marsha lebih baik dari persembahan Nation One Emcees pada AIM yang lepas.




    Pembukaan AIM dengan pelbagai jenis versi lagu Anak Kampung juga memeriahkan anugerah lalu diikuti dengan pengenalan pengacara majlis berprestij ini - Aznil Haji Nawawi & Adibah Noor. Jadi, sambil menonton, ary telah siapkan senarai pemenang untuk Anugerah Industri Muzik ke-19.

    1. Lagu Nasyid Terbaik - Doa by Nora J.
    2. Lagu Pop Etnik Terbaik - Kuasa Cinta by Noraniza Idris & Black
    3. Lagu Hip Hop Terbaik - Aku Maafkan Kamu by Jamal Abdillah & Malique
    4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Counting Days by Jaclynn Victor
    5. Artis Baru Terbaik - Mojo
    6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di dalam Lagu - Seperti Dulu by Forteen
    7. Video Muzik Terbaik - Sparkle by Yuna
    8. Lagu Pop Terbaik - Patah Seribu by Shila Amzah
    9. Lagu Rock Terbaik - Idola by Azlan & The Typewriter
    10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara - Sudah cukup Sudah by Nirwana Band
    11. Kulit Album Terbaik - unknown *so sorry*
    12. Rakaman Album Terbaik - Hikmah by Nora
    13. Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu - Counting Days by Jaclynn Victor
    14. Anugerah Kembara - Mizz Nina *what?? apapun, congratulations*
    15. Anugerah Sri Wirama - Alleycats
    16. Anugerah Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki) - Bahagia Sementara by Jamal Abdillah
    17. Anugerah Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) - Counting Days by Jaclynn Victor
    18. Album Terbaik - SalamMusik
    19. Lagu Terbaik - Patah Seribu by Shila Amzah
    Sepanjang AIM 19 ini berlangsung, ada beberapa perkara yang menarik perhatian ary.
    1. Untuk kategori Lagu Pop Etnik Terbaik, semua calon pemenang adalah lagu Noraniza Idris dan lagu-lagunya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya. Jadi, confirm-confirm lah Noraniza Idris & Fedtri Yahya menang. Dan boleh jadi pula waktu tu, Aznil Haji Nawawi & Adibah Noor mengusik - Saya rasa 'bukan' Noraniza Idris yang menang. Ngeh3.. 
    2. Hampa kerana lagu Teman Pengganti by Black & Malique boleh kalah. Tapi, diakui, lagu Aku Maafkan Kamu lebih senang berada di halwa telinga mereka yang lebih berusia.
    3. Video klip Terlalu Mencintaimu by Suki Low turut tercalon dalam video muzik terbaik. Eh? Selama ni ary cari video klip lagu ni, tapi tak ada. Then, bila search di youtube, video tersebut baru di-upload 3bulan lalu. Eh? Buat video klip semata-mata sebab nak join AIM kah? Kehkehkeh..
    4. Kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara. Kena ada permit, kalau tidak Zed Zaidi cari. HahahaXD  Isu Zed Zaidi selaku presiden SENIMAN yang menjaga kepentingan artis tempatan menjadi bahan oleh pengacara.
    5. Anugerah kulit album terbaik, rakaman album terbaik & susunan muzik terbaik di dalam lagu hanya disiarkan sekali imbas. Mungkin untuk menjimatkan masa. Tapi kesian depa.. Macam tak adil je.
    6. Ucapan selamba Alleycat. Orang lama berucap di atas pentas - 43 tahun nak ucap dalam 30saat mana cukup~ HahahaXD
    7. Cara Aznil Haji Nawawi membacakan twitter yang ditaip oleh remaja masa kini menunjukkan betapa rosaknya bahasa kebangsaan pada masa kini. Inilah jadinya bila perkataan cuba disingkatkan secara melampau. Rosak bahasa dibuatnya.
    8. Jamal Abdillah sekali lagi memenangi anugerah kategori vokal terbaik (lelaki) buat kali kedua setelah 19 tahun. Pertama kali, dia menang vokal terbaik adalah melalui lagu Kekasih Awal & Akhir. Ayah ary suka benar Jamal menang sebab dia memang peminat fanatik Jamal Abdillah.
    9. Alahai, Shila Amzah~ Siap salam cinta hati oiii~ Apapun, tahniah shila. 
    Tahniah kepada semua pemenang. Jadi, stop watching TV. Nak kemas barang. Cha-chang!

    Wednesday, 19 September 2012

    Sakit Sebab Gangnam


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & selamat malam^^v


    Ada yang sakit sebab gangnam? Pebenda gangnam tu? itu adalah soalan yang muncul dari kepala ary bila heboh satu Malaysia pasal gangnam style. Siap masuk surat khabar lagi. Disebabkan gangnam, ary pasti, ada yang terkehel kaki sebab terjatuh waktu menari gangnam. 




    Ary sebenarnya nak ketengahkan video SO SICK OF GANGNAM yang dipublish oleh redfm. Dengan menampilkan dj radio red fm dan Sarimah Ibrahim, video mengisahkan tentang mereka yang tidak bernasib baik kerana gangnam dan menyampah dengan gangnam ni.


    Cukup-cukup lah gangnam tu, yop. Jom layan lagu lain plak^^

    Monday, 27 August 2012

    Era.FM Penipu??


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & selamat malam^^


    Era.fm pernah menempatkan diri sebagai stesen radio nombor 1 Malaysia. Baru-baru ini, ary tertarik dengan 1lagu dari penyampai era sempena hari raya - Aidilfitri yang Mulia. Ary pun google di youtube untuk download. 



    Then, ary ternampak 1 link bertajuk Eksklusif:Aidilfitri yang Mulia. Di descriptionnya tertulis Untuk muat turun, taip RAYA dan hantar ke 32555. Muat turun PERCUMA....  Tanpa lengah, ary send sms ke number tersebut.  Tapi, mesej balas yang ary terima...




    Ary geram. Dah 90sen dah kredit habis ni. Tapi tak ada pun lagu raya tu dalam senarai. Era.fm penipu ke hape?? Ary pun nak melepaskan geram di blog. Namun begitu, belum sempat ary berbuat demikian, ary ternampak..




    27Ogos2010?? Pehhhh.. Tahun 2010 rupanya.. Ary tengok tarikh video di-upload. Video diupload tahun 2010?? Ngeh3.. Bukan era.fm yang penipu. Ary yang silap pandang. Nasib baik ternampak. Itulah orang kata. Tahu nak cari salah orang je. Sedangkan sendiri yang salah. 


    Apapun, lagu tu selamat berada di mp3 dah^^

    Friday, 13 July 2012

    The Kitchen Musical = Glee Singapura??


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & selamat tengahari^^


    Ary merupakan follower setia Glee. Memang best since it is musical. Plus, lagu-lagu yang digunakan dalam Glee turut terdiri daripada lagu-lagu yang popular.


    Sejak cuti semester bermula, ary menyedari ada satu rancangan televisyen yang turut mengunakan konsep muzikal lalu menampakkan seolah-olah Glee. Rancangan The Kitchen Musical itu merupakan terbitan produksi Singapura dan menampilkan beberapa aktor antarabangsa seperti Stephen Rahman yang berlakon teater Puteri Gunung Ledang, Christian Bautista, etc.


    source: google


    So far, bila ary tonton cerita ni, the story is quite plain and boring. Plus, lagu-lagu yang digunakan agak kurang popular menambahkan lagi kebosanan menonton. Apapun, try to watch it by yourself. The Kitchen Musical disiarkan di NTV7 pada setiap hari jumaat jam 11.00 pagi^^




    *Terkejut tetiba ayah minta tolong dia keluarkan biawak dari pejabat dia@_@

    Monday, 2 July 2012

    Rancangan On Air Aznil Haji Nawawi Dianak tirikan Astro?


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & selamat hari isnin^^


    Semalam (ahad), seperti biasa ary buka channel 104 untuk menonton rancangan on air. Namun begitu, tiada on air dan hanya ada rancangan Suara Kami 2012 yang ary rasa tidak relevan. *abaikan


    Dan ary buka page FB rancangan On Air yang diterajui oleh Aznil Haji Nawawi. Rupa-rupanya rancangan tersebut telahpun melabuhkan tirainya pada 1Julai jam 2 petang. Yang peliknya, ramai tak tahu akan perubahan masa tayangan dari 10 malam ke 2 petang.






    Ary sebagai penonton dan pengikut setia On Air sangat berdukacita atas apa yang berlaku. Bagi ary, rancangan untuk mencari pelapis dalam bidang pengacaraan ini sangat bagus dan perlu diketengahkan. Permulaan untuk rancangan ini sangat bagus di mana astro menayangkan sesi uji bakat on air. 


    Masalah dan haru biru muncul apabila on air menyepi selama beberapa minggu kerana konsert mania kononnya. Apabila on air ditayangkan semula, segalanya berjalan lancar. Tapi pengakhiran menjadi haru biru semula. Bagi ary, produksi rancangan ini bagai melakukan kerja melepaskan batuk di tangga. Rancangan on air diibaratkan hanya sebagai rancangan untuk memenuhi slot masa yang ada. Agaknya supaya penonton  tak komen cerita asyik ulang-ulang je kot. 


    Mengikut takwim astro.. Tapi 1Julai dah FINALE??!


    Bukan itu sahaja, malah, mungkin untuk menutup dan memadam kesan atau bekas pernah ada rancangan ini di astro, page rancangan on air di laman web astro turut dipadam. Sebab waktu ary buka http://www.astro.com.my/onair tadi, PAGE NOT FOUND. Untunglah... Lari tanpa penjelasan= ="

    Sunday, 1 July 2012

    OST Maharku Untukmu - Alief


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & selamat malam^^


    Rasanya ramai yang tengok cerekarama malam ni- Maharku Untukmu lakonan Adi Putra dan Nabila Huda. Lagu dia agak menusuk kalbu. Jadi, ary siap cari lagu dia. Bukan setakat untuk kongsian tapi sebagai simpanan peribadi. Nak download, tapi line slow. Ini je termampu^^




    Inilah maharku untukmu 
    Seperti ini kumampu 
    Sepenuh hati kuberikan 
    Sebagai wujud cintaku

    Wednesday, 27 June 2012

    Video Klip OST Dejavu Di Kinabalu : Butterfly - Aqasha


    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum & selamat malam sebelum tidur^^


    Sejak beberapa hari duduk rumah ni, terlekat tengok TV. Baru-baru ni, ada cerita yang baru ditayangkan lakonan Aqasha, makwe Remy Ishak - Tiz Zaqyah, Nazim Othman & Rebecca. Lagu tema cerita tersebut menarik hati ary.




    Lagu ini bertajuk Butterfly dan merupakan lagu asal milik Melly Goeslow. Tapi, ary lebih suka kan versi Aqasha & Tiz. Lebih auuuuuuummmmmmmm~~

    hasil tulisan arisyalee.blogspot.com