Wednesday, 12 March 2014

Monday, 10 March 2014

#throwback - My Chemical Romance


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


My Chemical Romance (MCR) adalah salah sebuah band yang menjadi kegilaan remaja zaman dulu kala. Waktu zaman budak sekolah yang gila Grunge atau Gothic. Waktu pakai celak hitam pergi sekolah. Tak kurang juga dengan pakai tudung pendek gilos. *Rasanya tudung pendek, zaman sekarang pon ada juga kot?


Dan dengar khabar, band ni dah dibubarkan. I'm not sure on that. Cuma lagu-lagu MCR ni sedikit sebanyak menggambarkan identiti jiwa remaja yang memberontak. Bahasa liriknya agak kasar, berapi, kurang ajar, etc-etc. Benda yang tak boleh dicontohi. Nak dengar lagu-lagu macam ni, kena kekuatan mental wooooaaahh. If not, hah.. Memang ke laut dan lemas lah al kisahnya.




Tapi dalam beberapa lagu yang menunjukkan kekasaran, ada juga lagu yang melambangkan kemanusiaan seperti lagu Cancer. Ternyata masih ada kelembutan terselit di celah kekerasan hati.


"But counting down the days to go
It just ain't living
And I just hope you know"

Thursday, 6 March 2014

Kesalahan Selepas Break Up #1 Lagu


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Lagu mendayu-layu. Lagu slow. Lagu sentimental. Lagu cinta. Lagu tentang perpisahan. Semua itu mampu mengalirkan air mata. Malah, ketika mendengar lagu-lagu berunsur cinta, otak ligat membayangkan scene-scene yang pernah berlaku dan perasaan mampu berubah watak. Kadang, terasa macam kena je lagu tu dengan situasi kita yang tengah patah hati.


Ini adalah salah satu sebab seseorang tidak mampu untuk pulihkan hati yang berduka. Lalu akan berlarutan sampai setahun. Kadang, tak mampu langsung nak move on sebab dengar lagu patah hati hari-hari. 
 



Ary suggestkan untuk sediakan satu playlist pemberi semangat/inspirasi/motivasi. Lagu-lagu rancak yang berunsur kan self-standing atau dalam bahasa melayu nya mampu berdiri sendiri, molek lah didengar. Elak lah buka radio sebulan, dua bulan. Pasang je mp3/cd dalam tempoh tu untuk pemulihan diri. 


Sebabnya, radio memang CONFIRM akan mainkan lagu-lagu patah hati ni. If korang keep listening to those love songs, get ready aje lah untuk hurt some more. 

Tuesday, 4 March 2014

Ikhlas dalam Menyayangi



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Semenjak hati ini dikecewakan, makin kerap ary di-expose dengan kisah-kisah cinta tragis.Dan ini adalah salah satu cerita tentang kisah cinta yang berakhir dengan penghujung yang tidak gembira.


"Kau text siapa tu? Dah ada pengganti pulak?" Ary menegur kawan ary yang sibuk menaip ketika pertengahan perbualan kami. Ini lah budak-budak zaman sekarang. Tak ada real life langsung. Masing-masing sibuk dengan gadget masing-masing.


"Text Izham. Wish good night," 


"Eh? Bukan kata dah break up ke?" Seingat ary, kawan ary ni dah break up dengan si Izham ni. Takkan get back together kot?


"Memang lah break up. Saja nak text, tak boleh?"


"Dia reply tak?"
Sengaja ary menduga.


"Tak. Aku je yang keep texting him,"
Riak muka kawan ary dah berubah. Sengih nya makin pudar. Mata dilarikan memandang keliling.


"Like seriously?? Dia tak reply pun, kau keep text him? Pehal meroyan sangat kau ni?"


"Itu je yang aku mampu buat. Aku tak mampu nak lupakan dia since berbulan yang lepas. So, I text him, to please myself. Tak kisahlah if dia tak reply. Sama juga macam perasaan aku ni. Biarlah aku tetap sayang pada dia. Aku ikhlas sayangkan dia. Dan ikhlas bermakna tidak mengharapkan anything in return. Kau takkan faham,ary,"


Dan persoalannya di sini, ary yang tak faham atau kawan ary yang tak faham-faham dengan fakta - "Izham Taknak Dia Lagi"  ?

 
 


hasil tulisan arisyalee.blogspot.com