Tuesday, 31 July 2012

REVIEW | Korean Drama - Big


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Right after ary baca tentang cerita BIG ni dari Miss Banu, ary terus download di dramacrazy.net. Memang diakui yang cerita ni best. Ary bagi markah 7.5/10. Better dari god of study tapi still tak boleh menandingi heartstrings, 49 days, secret garden.


Sinopsis
Berkisahkan Kyung Joon (Won-Ho) yang berada di dalam tubuh Seo Yoon Jae (Gong Yoo) akibat kemalangan yang melibatkan mereka berdua. Kebetulan, Seo Yoon Jae merupakan kekasih Gil Da Ran (Lee Min Jung) iaitu guru yang rapat dengan Kyung Joon. Dalam usaha mencari jalan untuk kembali ke tubuh sendiri, pelbagai perkara dan peristiwa telah berlaku yang bukan sahaja melibatkan Kyung Joon dan Gil Da Ran tetapi turut melibatkan Ma Ri (Bae Suzy) dan Se Young (Jang Hae Jin). 




Critical Thinking & Comments
  1. Semua watak dalam cerita ni tak ada masalah ekonomi. Boleh dilihat yang semua watak dalam cerita ni macam kaya je. Bayangkan. Sepanjang cerita ni, 5-6 kali gak scene terlepas / tak jadi nak naik kapal terbang. Tiket flight murah agaknya? 
  2. Flash back tak sesuai dengan episod sebelumnya. Dalam episod 3, ada flash back scene yoon jae 1st time nampak Gil Da Ran. Then, ary compare dengan episod 1, tapi obviously berbeza. Lagi-lagi scene dalam lif tu. Tak ada pun Yoon Jae dalam lif. 
  3. Storyboard yang interesting dan tidak tidak membosankan. Dialog dan jalan cerita diolah dengan sangat baik. 
  4. Ending yang kusam. Kusam?? HahahaXD  Agak tak best sebab tak tunjuk muka Kyung Joon so ekspresi tu tak sampai. If tunjuk muka Kyung Joon pada waktu itu dan bukan Kyung Joon versi Gong Yoo pasti ekspresi itu lebih sampai. 
  5. Soundtrack yang biasa-biasa je.  Bagi ary, soundtrack cerita ni tidak cukup kuat dan tidak dapat menarik penonton untuk ingat cerita ni.
Kalau yang ada astro, cerita ni ditayangkan di KBS world di channel 391. Ditayangkan pada jam 3.10 petang ataupun 9 malam. Tapi, drama yang ditayangkan di astro dah sampai episod 12 dah. Dah nak habis dah. If not, boleh download di laman web yang berkaitan^^


Label: MESTI tonton.

Friday, 27 July 2012

Pecah Kaca,Pecah Gelas..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


hah.. Sambung.. Sambung.. Pecah kaca, pecah gelas.. Dah pecah tu, tak reti-reti nak sapu?? WakakaXD Tak kena langsung sambungannya tu. Sudah baca, harap balas lah. Beberapa hari lalu ary ada art trade dengan azzah said - pakar doodle tu.


Jadi, malam ini ary dapat balasannya. Comel engko... Sila jangan jeles^^



Hadiah untuk Ayah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat tengahari^^


Ary pernah update pasal persiapan hadiah birthday ayah. Dan hari ni, 27 Julai merupakan tarikh lahir ayah. Memandangkan ini bulan puasa, tiada kek sebab takut tak terhabis. Jadi, semalam, lepas adik ary call untuk wish ayah, ary pun beri kan hadiah pada ayah. 




Kali ini hadiah nya agak simple. Tapi, melihatkan reaksi dari ayah, ary rasakan yang ayah suka hadiah yang ary beri. Katanya, lain dari yang lain. Sebab selalunya ary cuma beli sahaja hadiah ayah dari kedai. Tahun ni ary rancang nak buat sendiri dan inilah hasilnya - lukisan ayah yang ary framekan.




Memang susah nak beli hadiah untuk seorang lelaki. Antara hadiah yang ary dan adik pernah beri pada ayah:
  1. Jam tangan
  2. T-shirt/Kemeja
  3. Wallet
  4. CD soundtrack Grease - favourite ayah
  5. Belt
  6. Photo Album
  7. Kek yang dah hancur @_@ - memori tragis
Hah.. Itulah antaranya. Nak belikan motor,kereta, gadget, takda budget lah plak. Huhuhu. Apapun, bila tiba birthday, tak bermakna kena beri hadiah. Ucapan selamat dan doa sudah mencukupi^^

Thursday, 26 July 2012

Guna Birthday Bf/Gf as Password??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Guna nama atau birthday pakwe dan makwe sebagai password selalu dilakukan oleh anak muda kita. Ada yang guna untuk akaun facebook, e-mail, twitter, etc. Lagi parah, ada yang guna sebagai password akaun atm. 
Tak kesahlah. Bila dah clash or break up sok, tukar je lah password facebook tu. Tapi, kalau lah password tu boleh ditukar. Kalau tak boleh??? Macam akaun atm tuh, mana boleh tukar password suka-suka hati. Kalau kad rosak, or hilang or lupa password, baru boleh tukar passwordnya. Maka, bila dah tak boleh tukar, kenangan tu akan selalu bermain di ingatan. 


Masalah lain pula, bila ada teman baru dan dia tanya, number apa awak jadikan password ni? Takkan nak jawab, birthday ex saya. Giler nak jawab gitu?? Pasti teman baru tu akan ingat yang korang masih teringat-ingat ex korang.


Itulah yang terjadi pada ary. Memandangkan waktu ary set up password kad atm tu, umur ary baru 13-14 tahun, maka ary telah set up password tu tanpa berfikir panjang. Dan kekallah password itu sepanjang hidup ary. Bukan 1 akaun aje. SEMUA pulak tuh @_@

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com