Monday 24 December 2012

Dropbox - Simpan File Di Alam Maya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Ary selalu berhadapan dengan masalah terlupa nak bawa pendrive yang berisi dokumen yang ary nak print di kedai. Jadi, bila dah macam tu, tak dapat lah nak print. Tapi, sejak ary dikenalkan dengan aplikasi dropbox oleh lecturer ary, ary tak perlukan pendrive lagi.




Bagaimana Dropbox Berguna untuk Ary?

Bila ary buat assignment, ary akan save dalam fail dropbox yang ada dalam laptop ary. Jadi, once ary save dokumen dalam fail dropbox, ary boleh akses dokumen tersebut menggunakan device lain di mana-mana sahaja. Ary boleh gunakan Galaxy Ace ary untuk akses assignment ary di jamban mahupun di meja makan. Secara konsepnya, dropbox ni seperti windows8 yang menggunakan konsep cloud computing. 


Apa yang Kurang Best dengan Dropbox?

Aplikasi ini memerlukan internet. Ini adalah kerana, bila save dalam fail dropbox, ianya perlu automatically upload di alam maya. Jadi, kalau tak ada internet, tak boleh lah ianya automatically upload. Selain itu, dari segi sekuriti, ary tak boleh nak beri jaminan. Jadi, once fail tidak digunakan, digalakkan untuk delete fail di dalam dropbox.


icon dropbox menunjukkan fail sedang di-upload


Jadi, jika sesiapa nak mencuba dropbox, boleh lah mendaftar secara PERCUMA di sini. Tak salah mencuba. Kalau tidak, tak merasai teknologi dan kemudahan yang ada. Kalau korang nak test akses fail di dropbox menggunakan smartphone, boleh download aplikasi dropbox di playstore.

5 comments:

kim said...

kitorang satu kelas pun guna dropbox, senang if sape2 nak upload lecture note, tutor, etc. :-)

Unknown said...

wah ary..dalam jamban pon boleh..hehehe

Aujinz said...

dah ada dropbox. tapi guna untuk gambar jer...

senang sebab ambik gambo kat handphone.. on laptop dah boleh tarik gambo tue masuk dalam blog.. walopon guna pc opis.. hehehehhe..

Unknown said...

byk lg yg fungsi dia sama mcm dropbox. Sugardrive, skydrive, google drive...tp apa yg best dropbox, dia boleh hostingkan file kita i.e javascript,flash tu smue utk blog kt public folder. tp fungsi tu dh dimatikan utk new registration..tp func tu masih ada utk yg dh register lama. secure tu secure sbb dia gne https...ada 's' kt belakang http tu...

Cik Kay Jue said...

owh... ada ea.. baru ckj tau..

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com