Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^
Kali ini ary nak kongsikan bagaimana ilmu 'Akliah' iaitu ilmu yang berkaitan dengan sains, matematik, engineering, etc boleh digunakan untuk berbuat amal kebaikan / beribadah. Kita mulakan dengan intipati kalimah yang paling disukai Allah s.w.t.
Dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang
membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua
dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan. 100 kali? Nampak banyak kan? Boleh jadi tertidur sambil berzikir.
Di sini adalah situasi bagaimana ilmu akliah boleh digunakan. 100 kali itu jika dibahagi dengan 5 waktu solat iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib & Isyak, setiap individu hanya perlu membaca 20 kali sahaja usai selesai solat. Hukum matematik menunjukkan 5 x 20kali = 100 kali. In shaa Allah.
Jika Allah s.w.t tidak menuntut hambanya untuk menuntut ilmu akliah, umat Islam akan beribadah mengikut cara standard tanpa memudahkan sesuatu ibadah. Lalu, dengan menyangka Islam itu membebankan, ramai yang meninggalkan kewajipan yang perlu. Nauzubillah. Nauzubillah - Kami memohon perlindungan Allah s.w.t.
Islam bukan lah suatu guideline atau peraturan sebagai seorang Islam sahaja. Ianya lebih kepada cara hidup. Segala yang dituntut/diwajibkan adalah untuk kebaikan & kebahagian hamba-Nya. MashaAllah. MashaAllah-Apa sahaja yang Allah s.w.t kehendaki/If Allah wills.
12 comments:
subhanallah... sesungguhnya islam itu mudah cuma kita je yang susahkannya kadang2.. >_< thanks ary for sharing.. :)
thanx for sharing.. :)
Allahu Akbar.. Subhanallah.. suke entry ni.. nak share ye :)
thanks dear for the reminder.. insyallah akan amalkan
terima kasih ary atas perkongsian ini.. insyaallah sama2 kita amalkan utk mendapatkan rahmatnya... :)
Yg sedikit tp istiqamah itu lebih disukai Allah
Salam.
Ary.. ary tau tak..sejak ary buat entry yg menjurus perihal ibadat n agama macam ni..tambah dgn ilustrasi tu.. lana duk terbayang ary tulis buku.
U know, buku untuk budak2..org dewasa pun bleh, tpi sbb ilustrasi yg ary lukis comel2, sesuai lgi tuk budk2.
Ambillah peluang, kelebihan ary pndai lukis ni untuk sebarkan benda bermanfaat camni ea. ^_^
assalamualaikum...
memula nak ckp, akak setuju pendapat Lana ^_^
2nd, kdg2 amik "mudah" jerr bab2 zikir, nak buat susah..padahal, bukan lama pon nak bertasbih 20x tu kan...ya Allah, kosong rasa jiwa nih...
mmg banyak.. tapi bila ikut kata cam ary.. setuju.. ^_^ sentiasa akan berzikir insha allah..
Thanx for sharing.. Islam itu indah.. Semuanya ada kemudahannya.. MasyaAllah
assalamualaikum ary...wah menariknya..;)
zikir really an appetizer.. ^_^
Post a Comment