Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^
Ada yang mengidam nak makan chicken chop. Jadi, semalam ary pun ke Bonjour Garden yang terletak berdekatan dengan Burger Bakar Abang Burn, Sunway Damansara. Dah biasa dah lalu tepi Bonjour Garden Cafe ni tapi buat pertama kalinya menjejakkan kaki di sini semalam.
Waktu kami baru tiba di cafe tersebut, kami terus mendapatkan tempat duduk dan menulis menu yang kami nak di atas borang yang disediakan di atas meja. Selepas borang diisi dengan nombor menu yang boleh didapati di dalam menu ala-ala surat khabar, borang tersebut perlu dihantar sendiri ke cashier ye. Huhu.
Cordon Bleu |
Menu yang diorder adalah ringkas. Chicken chop + Cordon Bleu + Latte. Plain water diberi secara percuma. Jadi, kalau nak save, tak payah order air pun boleh.Hehe. Rasanya boleh tahan sedap. Ary bukan lah type yang makan mashed potato tapi, first time makan mashed potato yang disertakan dalam menu Cordon Bleu, mashed potato tu seakan-akan melt dalam mulut. Pehhh..
Chicken Chop |
Harganya adalah standard harga makanan kafe yang high class. Ala-ala Theobroma Chocolate Lounge juga lah. Total untuk Chicken Chop (RM18.90) + Cordon Bleu (RM19.90) + Latte (RM9.80) + Govt Tax + Service Charge = RM56.40.
Ada ke tempat makan chicken chop yang murah area KL/Selangor ni?
Lagi gambar di Bonjour Garden Bakery Cafe:
5 comments:
ary belanja eh..hoho
bonjour ary! wahhhh... sedap tuuu.... harga pun bleh tahan high class cafe nie.. sedap2 ^^
Salam.
Kalau bab makan, memang terbaik la ary!
Kat kampung baru, boleh dpt yg sedap dgn hrga lebih murah. Tapi, kena tengok juga kedai mana pi.
assalamualaikum ary...sedapnya tengok...:)
tempat keje saya dulu :) wink2
Post a Comment